[Video] Gol Perlawanan Kelantan vs ATM | 25 Oktober 2013 Separuh Akhir Piala Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

KELANTAN LAYAK KE FINAL


Kredit Video : AstroArena
 
Keputusan Akhir : Kelantan 2-2 ATM

Amukan ATM hanya bertahan selama 45 minit pertama sahaja. Seperti yang aku pernah kongsikan dalam entri sebelum ini, ATM perlukan kemenangan 2-0 sekurang-kurangnya untuk layak ke Final Piala Malaysia. Taktik menyerang itu berhasil pada separuh masa pertama. Kelantan dikejutkan dengan gol pertama seawal minit ke-17 oleh Marlon Alex James sebelum menambah gol keduanya pada minit ke-35.



Separuh masa pertama ATM selesa dengan 2-0 dan aggregat 3-2. Bagaimanapun Kelantan tidak rela membiarkan ATM menang di Kota Bharu. 10 minit terakhir usaha mereka membuahkan hasil apabila Ahmad Fakri menyamakan kedudukan aggregat 3-3 sebelum kapten Kelantan, Piya merembat cantik untuk gol pemusnah harapan ATM. Kelantan layak ke Final Piala Malaysia 2013.



Persoalan hangat : Adakah gol Ahmad Fakri itu berpunca dari foul kerana mengangkat kaki yang tinggi ke arah pertahan ATM?


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming Kelantan vs ATM 25 Oktober 2013 | Separuh Akhir Piala Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

SIARAN LANGSUNG KELANTAN VS ATM


LIVE KELANTAN VS ATM PIALA MALAYSIA 25 OKT 2013, LIVE ASTRO kelantan vs atm malam ini 25.10.13

Keputusan Akhir : Kelantan 2-2 ATM [Video Gol]

Selepas berakhirnya Pembentangan Bajet 2014, tumpuan kembali beralih kepada perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 2013 antara Kelantan vs ATM. Berbekalkan kemenangan 2-1 minggu lalu, Kelantan perlu berwaspada dengan amukan ATM malam ini. Kelebihan beraksi di depan penyokong sendiri perlu digunakan sepenuhnya pasukan Kelantan.



ATM mesia-siakan banyak peluang di Stadium Selayang. Jika mereka ingin layak ke final Piala Malaysia 2013, sekurang-kurangnya jaringan 2-0 diperlukan . Cari gol seawal mungkin untuk memberi tekanan kepada Kelantan.



Saksikan perlawanan Kelantan vs ATM dalam separuh akhir kedua Piala Malaysia 2013 malam ini pada jam 8.45 pm di Astro Arena.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming Pembentangan BAJET 2014 | Siaran Langsung 25 Oktober 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

ISU KOS SARA HIDUP JADI TUMPUAN


LIVE BAJET 2014 25 OKTOBER 2013, LINTAS LANGSUNG SIARAN BAJET 2013 NAJIB RAZAK, UCAPAN PEMBENTANGAN BELANJAWAN NEGARA 2014


Petang ini seluruh rakyat Malaysia akan menantikan Pembentangan Bajet 2014 oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Razak di Parlimen Malaysia.



Antara isu yang paling hangat dibangkitkan ialah kos sara hidup yang semakin tinggi saban hari. Masih segar dalam ingatan, kenaikan harga petrol RON 95, RON 97 dan Diesel. Akibatnya ramai peniaga yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan mereka.



Ada juga pihak yang menggesa supaya kerajaan membuat pelepasan cukai kepada golongan pertengahan. Ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban hidup mereka. Untuk penjawat awam, khabar angin mengatakan akan ada berita gembira untuk anda semua. Bonus?

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/