Jadual Penuh Perlawanan EPL Manchester United Musim 2013 / 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

MISI MOYES TAMPAK SUKAR


JADUAL PERLAWANAN EPL MAN UTD 2013/2014, WALLPAPER JADUAL EPL MAN UTD 2014, JADUAL LENGKAP EPL MAN UTD 2014

Jadual Perlawanan Pre Season Tour 2013 [Klik]

Juara EPL musim lepas, Manchester United nampaknya bakal mengharungi permulaan yang sukar dalam misi mempertahankan gelaran kali ini. Setelah berita persaraan pengurus lagenda, Sir Alex Ferguson kini penggantinya David Moyes bakal berhadapan dengan tekanan yang sangat tinggi.


Daripada 5 perlawanan awal, United harus melayan kunjungan skuad "The Special One" dan bertandang ke Stadium Etihad dan Anfield. Musim lepas susunan jadual agak memihak kepada The Red Devils. Apa pun halangan David Moyes perlu persiapkan pasukan yang mantap seawal mungkin kerana United selalu dikenali sebagai pasukan yang lambat panas.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Terkini Pasukan Negara Yang Layak Ke Kejohanan Piala Dunia 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

32 NEGARA KE WORLD CUP BRAZIL 2014


SENARAI PASUKAN NEGARA YANG LAYAK KE PIALA DUNIA 2014, NEGARA YANG BERTANDING DI WORLD CUP PIALA DUNIA 2014, UNDIAN PERINGKAT KUMPULAN PIALA DUNIA 2014


Tinggal setahun lagi sebelum demam Piala Dunia 2014 kembali. Setakat hari ini 5 pasukan sudah mengesahkan tempat ke pusingan akhir Kejohanan Piala Dunia 2104. Selain tuan rumah Brazil yang layak secara automatik, 4 negara yang bertanding di bawah tiket Asia turut mengiringi juara 5 kali itu.


Japan, Korea Selatan, Australia dan Iran masing-masing layak secara automatik kerana menduduki 2 tempat teratas dalam pusingan kelayakan. Sementara Uzbekistan dan Jordan akan merebut 1 lagi slot dengan menentang pasukan tempat ke-5 dari benua Amerika Selatan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Spain Juara Kejohanan Bola Sepak Eropah Bawah 21 Tahun 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

DOMINASI SEPANYOL BERTERUSAN




Hebat! Memang hebat. Pemain remaja Sepanyol mudah mempertahankan gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Eropah Bawah 21 2013. Awal pagi tadi mereka menewaskan pasukan Bawah 21 Italy dengan jaringan 4-2. Pemain Barcelona Thiago Alcantara mencatatkan hatrik pada separuh masa pertama sebelum Isco menambah 1 lagi gol. Gol Italy pula dijaringkan oleh Ciro dan penyerang Liverpool, Borini.


Sebelum perlawanan akhir, pasukan Spain tidak pernah bolos dalam 4 perlawanan dengan penjaga gol Manchester United, De Gea lebih banyak menjadi penonton disebabkan penguasaan bola tiki taka mereka. Penyerang Real Madrid Alvaro Morata dinobatkan sebagai pemenang kasut emas dengan 4 gol.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/