Syabas Khairy Jamaluddin | Demi Maruah Bola Sepak Negara

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

TAK PAYAH NAK MELENTING SANGAT LA




Dah lama tak tulis pasal bola sepak tempatan ni. Bukan apa. Aku ni memang tak ikut sangat pun. Orang kata dah tawar hati dengan pengurusan FAM yang lapuk dan tak relevan. Puncanya? Ada la kerabat sorang tu yang dah jadi Presiden seusia dengan kelahiran aku di dunia ini. Nak cakap bapak lama. Inilah bahana bila kita memberi ruang kepada orang yang kurang arif tentang sukan bola sepak memegang jawatan penting.



Minggu lepas kecoh pasal pembatalan perlawanan separuh akhir Piala FA kedua antara pasukan tuan rumah Presiden FAM (Pahang) dengan  Johor Darul Takzim (JDT) ekoran jumlah penonton yang melebihi dari kapasiti Stadium Darul Makmur. Bagaimana perkara ini boleh terjadi? Adakah Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) sibuk mengutip keuntungan hingga lupa akan aspek keselamatan.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Mourinho Kembali Terajui Kerusi Panas Chelsea! | Dokumentari The Special One

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

CHELSEA MAKIN TERDESAK?



Roman Abramovich terpaksa memanggil semula bekas pengurus Chelsea yang dipecatnya 6 tahun lepas untuk mengembalikan kegemilangan Chelsea sebagai satu pasukan yang digeruni. Sepanjang peninggalan 'The Special One' itu Chelsea hanya menang 1 trofi EPL, 3 FA Cup, 1 Community Shield, 1 Europa League & 1 UEFA Champions League.


Juga dalam tempoh 6 tahun itu, seramai 8 orang pengurus/pengambil alih telah cuba mengulangi kejayaan Mourinho antaranya Avram Grant, Luiz Felipe Scolari, Ray Wilkins, Guus Hiddink, Carlo Ancelotti, Andre Villas-Boas, Roberto Di Matteo dan terbaru Rafa Benitez. Dalam senarai itu hanya Carlo Achelotti sahaja yang berjaya menghabiskan satu musim penuh bersama Chelsea.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Siaran Langsung Perlawanan Piala Konfederasi Brazil 2013 @ Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

PIALA KONFEDERASI 2013 | PRELUDE WORLD CUP 2014


keputusan piala konfenderasi 2013,piala+konfederasi+2013,jadual piala konfederasi 2013, JADUAL PIALA KONFEDERASI 2013 BRAZIL, PIALA KONFEDERASI BRAZIL 2013, JADUAL PENUH PIALA KONFEDERASI BRAZIL 2013 DI ASTRO, LIVE STREAMING, SIARAN LANGSUNG

Keputusan Lengkap & Highlight Piala Konfederasi 2013 [Klik]


Piala Konfederasi 2013 merupakan edisi ke-9 bagi kejohanan seumpamanya yang akan diadakan di Brazil sebagai prelude kepada Kejohanan Piala Dunia 2014. Kempen Piala Konfederasi 2013 akan berlangsung dari 15 Jun hingga 30 Jun nanti dengan tuan rumah, Brazil selaku penyangdang juara.


Sebanyak 8 pasukan akan bertarung merebut Piala Konfederasi 2013 antaranya Brazil, Spain, Italy, Uruguay, Mexico, Japan, Tahiti dan Nigeria. Kesemua negara yang layak adalah berdasarkan gelaran juara kejohanan di setiap benua kecuali Brazil (tuan rumah) dan Italy (kerana Spain menang World Cup 2010 & Euro 2012). Menariknya teknologi garisan gol akan digunakan secara rasminya sebelum World Cup 2014.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/