NO COMMENTS
Syabas Khairy Jamaluddin | Demi Maruah Bola Sepak Negara
Penulis: Que | Kategori: bola sepak , FAM , harimau malaya , isu semasa , KJ , pendapat , sukan
TAK PAYAH NAK MELENTING SANGAT LA
Dah lama tak tulis pasal bola sepak tempatan ni. Bukan apa. Aku ni memang tak ikut sangat pun. Orang kata dah tawar hati dengan pengurusan FAM yang lapuk dan tak relevan. Puncanya? Ada la kerabat sorang tu yang dah jadi Presiden seusia dengan kelahiran aku di dunia ini. Nak cakap bapak lama. Inilah bahana bila kita memberi ruang kepada orang yang kurang arif tentang sukan bola sepak memegang jawatan penting.
Minggu lepas kecoh pasal pembatalan perlawanan separuh akhir Piala FA kedua antara pasukan tuan rumah Presiden FAM (Pahang) dengan Johor Darul Takzim (JDT) ekoran jumlah penonton yang melebihi dari kapasiti Stadium Darul Makmur. Bagaimana perkara ini boleh terjadi? Adakah Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) sibuk mengutip keuntungan hingga lupa akan aspek keselamatan.
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq











