Final : Siaran Langsung Konfrontasi Terakhir Versus Musim Kedua 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

KYOTO PROTOCOL & MANIFESTO CALON JUARA



Esok malam merupakan hari terakhir untuk peminat Versus menyaksikan kumpulan pilihan mereka beraksi. Kyoto Protocol, Manifesto, Estranged, Kristal & Oh Chentaku akan berentap di Final Versus Musim Kedua bagi merebut hadiah utama berjumlah RM 200,000. Untuk malam final setiap kumpulan dikehendaki membawa tiga buah lagu (mash-up, lagu baru sendiri & lagu XPDC).


Kalau ditanya siapa yang layak menang Konfrontasi Terakhir Versus Musim Ke-2, aku akan pilih Manifesto. Sebabnya? Pada aku chemistry antara Modread dan Tomok nampak sangat serasi walaupun mereka baru saja bergabung dalam Versus.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

FESTIVAL FLORIA PUTRAJAYA 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , ,

FLORIA 2013 PUTRAJAYA FLOWER & GARDEN FESTIVAL

FLORIA PUTRAJAYA 2013, FLORIA 2013, PESTA BUNGA DAN TAMAN PUTRAJAYA,festival bunga terbesar putrajaya 2013 floria


Festival Floria Putrajaya 2013 kembali lagi. Tahun ini merupakan edisi ke-6 acara seumpamanya dianjurkan. Bertemakan Orchid - Tropical Treasure dijangkakan lebih sejuta pengunjung akan hadir selama 9 hari berlangsungnya program. Walaupun pengunjung digalakkan untuk hadir pada hari berkerja tetapi aktiviti utama kebanyakannya dijadualkan pada hujung minggu.


Festival bunga terbesar ini sudah pasti menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara serta jurugambar. Tahun lepas lebih kurang 400,000 spesis bunga yang disajikan dan direka dalam pelbagai bentuk. Jualan bunga segar juga turut mendapat sambutan menggalakkan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

UCL : Bayern Munich Juara UEFA Champions League 2013 | Treble Dalam Genggaman

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

ROBBEN AKHIRNYA PADAM MEMORI SILAM



Bayern Munich 2-1 Dortmund

Setahun yang lalu beliau menjadi punca kegagalan Bayern Munich mewaskan Chelsea di Final UEFA Champions League apabila gagal menyempurnakan sepakan penalti sebelum tamat masa tambahan. Kali ini Robben menebus kekecewaan itu dengan gol minit terakhir perlawanan bagi menghadiahkan kejuaraan ke-5 buat Bayern Munich di pentas UCL.


Syabas juga kepada mereka kerana hampir mencipta kejuaraan treble setelah menang liga dan piala domestik (DFB Pokal) minggu depan. Orang yang bertanggungjawab di sebalik kejayaan ini tentunya pengurus mereka yang akan meninggalkan kelab itu - Jupp Heynckes untuk memberi laluan kepada Pep Guardiolla.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/