FESTIVAL FLORIA PUTRAJAYA 2013
Penulis: Que | Kategori: campaign , event , floria , promosi , putrajaya
FLORIA 2013 PUTRAJAYA FLOWER & GARDEN FESTIVAL
Festival Floria Putrajaya 2013 kembali lagi. Tahun ini merupakan edisi ke-6 acara seumpamanya dianjurkan. Bertemakan Orchid - Tropical Treasure dijangkakan lebih sejuta pengunjung akan hadir selama 9 hari berlangsungnya program. Walaupun pengunjung digalakkan untuk hadir pada hari berkerja tetapi aktiviti utama kebanyakannya dijadualkan pada hujung minggu.
Festival bunga terbesar ini sudah pasti menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara serta jurugambar. Tahun lepas lebih kurang 400,000 spesis bunga yang disajikan dan direka dalam pelbagai bentuk. Jualan bunga segar juga turut mendapat sambutan menggalakkan.
Menariknya kali ini tema Orchid - Tropical Treasure sesuai untuk penggemar orkid. Juga terdapat aktiviti malam yang dipanggil Magic Of the Night Boat Parade at Putrajaya. Apakah? Acara ini merupakan persembahan bot yang dihias dengan lampu dan bunga oleh wakil tempatan dan antarabangsa. Pertunjukan ini akan diadakan pada jam 8.30 pm pada hujung minggu setiap hari. Jangan ketinggalan ye.
Maklumat programNama Program : Festival Bunga dan Taman Floria Putrajaya 2013Tarikh : 22 - 30 Jun 2013 (9 hari)Masa : 9 am - 10 pm (Isnin - Khamis) / 9 am - 12 am (Jumaat - Ahad)Tempat : Waterfront, Persint 2, Putrajaya ( Peta Google Maps )Bayaran masuk : PERCUMAKoordinat GPS : 2.924820, 101.685365
Selamat mengunjungi Festival Floria Putrajaya 2013!
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
Leave a Reply
Terima kasih atas komen anda :)
Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK
Selamat Mencuba..