NO COMMENTS
David Moyes bakal ganti Alex Ferguson sebagai pengurus Manchester United
Penulis: Que | Kategori: analisis , bola sepak , david moyes , EPL , manchester united , sukan
MOYES AMBIL ALIH KELAB TERNAMA
Mungkin berita ini tidak mengejutkan banyak pihak kerana nama beliau sudah disebut-sebut sebagai pengganti. Namun tidak ramai yang mengenali dengan lebih mendalam siapa sebenarnya David Moyes dan kenapa beliau dipilih sedangkan banyak lagi nama besar dalam bidang pengurusan kelab. Carlo Anchelotti, Jose Mourinho, Jurgen Klopp dan Guus Hiddink antara mereka yang sudah membuktikan pencapaian di Eropah.
Dilahirkan pada 25 April 1963, Moyes berasal dari Scotland (senegara dengan Sir Alex Ferguson). Beliau memulakan karier sebagai pemain bola sepak bersama kelab Celtic dan bermain selaku pertahanan tengah. Beliau pernah memenagi kejuaraan liga perdana Scotland pada tahun 1981-1982. Kemudiannya beliau dilantik sebagai pengurus kelab divisyen 3 Preston North End.
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq











