David Moyes bakal ganti Alex Ferguson sebagai pengurus Manchester United
Penulis: Que | Kategori: analisis , bola sepak , david moyes , EPL , manchester united , sukan
MOYES AMBIL ALIH KELAB TERNAMA
Mungkin berita ini tidak mengejutkan banyak pihak kerana nama beliau sudah disebut-sebut sebagai pengganti. Namun tidak ramai yang mengenali dengan lebih mendalam siapa sebenarnya David Moyes dan kenapa beliau dipilih sedangkan banyak lagi nama besar dalam bidang pengurusan kelab. Carlo Anchelotti, Jose Mourinho, Jurgen Klopp dan Guus Hiddink antara mereka yang sudah membuktikan pencapaian di Eropah.
Dilahirkan pada 25 April 1963, Moyes berasal dari Scotland (senegara dengan Sir Alex Ferguson). Beliau memulakan karier sebagai pemain bola sepak bersama kelab Celtic dan bermain selaku pertahanan tengah. Beliau pernah memenagi kejuaraan liga perdana Scotland pada tahun 1981-1982. Kemudiannya beliau dilantik sebagai pengurus kelab divisyen 3 Preston North End.
Pada tahun 2002, Everton berjaya mendapatkan khidmat beliau dan antara pencapaian terbaik beliau ketika melayakkan pasukan ke UEFA Chmapions League pada tahun 2005 dan beraksi di Final Piala FA pada tahun 2009. Walaupun dengan kekangan bajet Moyes berjaya membawa Everton berada di kelompok 8 terbaik dalam EPL secara konsisten.
Tahun 2013 merupakan tahun ke-11 beliau berada di Everton dan menjadi pengurus ke-3 paling lama kekal di England selepas Sir Alex Ferguson (27 tahun) dan Arsene Wenger (17 tahun). Dalam tempoh masa itu, beliau juga bertanggungjawab menaikkan nama Wayne Rooney ketika itu baru berusia 16 tahun sehingga menjadi pemain United yang digeruni pemain lawan.
Sudah pasti tugas berat menanti David Moyes musim depan untuk membentuk pasukan pemain dan barisan staf yang kuat untuk mempertahankan kejuaraan EPL.
Selamat bertugas! Welcome to Manchester United
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
Leave a Reply
Terima kasih atas komen anda :)
Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK
Selamat Mencuba..