NO COMMENTS
Tips : Senarai 25 Password Paling Popular Dan Teruk Tahun 2014
Penulis: Que | Kategori: facebook , gadjet , google , internet , isu semasa , password , senarai , teknologi , tips
KATA LALUAN YANG BAHAYA
SplashData telah menyenaraikan 25 kata laluan paling popular dan teruk yang menjadi pilihan ramai pengguna di dunia. Sejak dari tahun 2011, kata laluan "123456" dan "password" mengungguli dua tangga teratas. Antara aplikasi atau laman web yang memerlukan kata laluan seperti emel, perbankan internet, google, facebook dan lain-lain.
Pemilihan kata laluan yang selamat dan sukar diramal amat penting untuk memelihara kerahsiaan data pengguna. Cadangan yang terbaik anda menggabungkan huruf kecil dan besar, masukkan simbol seperti @ untuk a dan $ untuk s di samping nombor-nombor yang sukar diramal (elakkan nombor IC dan plat kereta).
Pengguna juga dinasihatkan menukar kata laluan setiap 6 bulan atau minumum setahun untuk tujuan keselamatan. Kadang kala perkara ini agak rumit dan mengakibatkan kita sering terlupa kata laluan. Oleh itu sediakan tiga set kata laluan dan anda gilirkan dalam kesemua laman web yang anda sering gunakan.
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq