Showing posts with label budget2016. Show all posts

 

Bonus Penjawat Awam & Pesara Kerajaan Bajet 2016

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

TAHNIAH!


Terkini : Bayaran bantuan khas kewangan akan dibayar dalam minggu pertama Jan 2016


Berita yang dinanti-nantikan buat 1.6 juta penjawat awam atau kakitangan kerajaan. Tiada bonus seperti tahun sebelumnya tetapi diberi bantuan khas kewangan berjumlah RM 500 yang akan dibayar pada bulan Januari 2016. Pesara kerajaan juga akan menerima bayaran khas sebanyak RM 250 seperti yang telah diumumkan Perdana Menteri dalam ucapan Bajet 2016 sebentar tadi.



Selain itu juga, kesemua kakitangan kerajaan atau penjawat awam akan menikmati pemindahan gaji atau kenaikan satu tangga gaji pada bulan Julai 2016 yang boleh dikira sebagai bonus 1/2 bulan gaji. Kenaikan gaji bergantung kepada gred masing-masing.



Puas hati? Atau anda rasa tidak layak menerima bonus tersebut? Hehe. Tepuk dada tanya selera. Pokok pangkalnya keberkatan rezeki yang paling utama. Walaupun sedikit tetap mencukupi. Bekerjalah untuk rakyat.



Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming Pembentangan BAJET 2016 | Siaran Langsung 23 Oktober 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

CABARAN LEBIH BESAR BUAT RAKYAT MALAYSIA

JADUAL WAKTU BAJET 2016 JUMAAT 23 OKTOBER HARI INI


Petang ini seluruh rakyat Malaysia akan menantikan Pembentangan Bajet 2016 oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Razak di Parlimen Malaysia. Ini merupakan bajet ke-7 yang dibentang beliau sepanjang menjadi Perdana Menteri.



Antara isu yang paling hangat dibangkitkan ialah kos sara hidup yang semakin tinggi ekoran pelaksanaa Cukai Barang Dan Perkhidmatan atau GST, kejatuhan mata wang Ringgit Malaysia dan kenaikan harga tol di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.



Kenaikan demi kenaikan ini memberi implikasi kewangan kepada sebahagian besar rakyat negara ini. Perancangan kewangan yang telah dibuat pada awal tahun terpaksa disemak semula. Untuk penjawat awam, sudah pasti mereka tertunggu-tunggu berita baik walaupun produktiviti kerja yang masih di tahap sederhana. Layakkah bonus diberi saban tahun?

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/