Showing posts with label azlan johar. Show all posts

 

Astro Arena Perlukan Pengulas Sukan Profesional | Kelantan Juara Lagi

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

Selamat bercuti panjang buat semua. Tadi aku sempat tengok perlawanan bola sepak Piala Sumbangsih 2011 antara pasukan Kelantan dan Selangor. Saluran 801 Astro Arena menjadi pilihan aku. Namun apa yang mengecewakan aku ialah sikap profesionalisme Zainal Abidin Rawop dan Azlan Johar dalam membuat ulasan sepanjang perlawanan. Nampak bercelaru dan kadang-kadang macam syok sendiri. Sebagai seorang peminat bola sepak, apa yang biasa aku lihat, kehangatan sesuatu perlawanan bergantung pada cara penyampaian pengulasnya.



PENGULAS SUKAN ASTRO ARENA, AZLAN JOHAR,BOLA SEPAK PIALA SUMBANGSIH LIVE ASTRO ARENA



Astro Arena perlu melakukan sesuatu untuk mencari bakat baru yang berpengetahuan dengan susunan bahasa atau ayat yang lebih teratur. Maklumlah nama Astro kini terkenal sebagai penyiar sukan no. 1 di Malaysia. Lain pula kisahnya bila aku menukar ke saluran 101 (TV 1). Pengacara bertugas sangat tenang dengan nada suara yang mantap dan jelas. Selaku pengulas, mereka yang diamanahkan perlu bersikap profesional dengan tidak berat sebelah pada mana2 pasukan. Persediaan rapi pada malam sebelumnya amat membantu dalam penggunaan tatabahasa yang sesuai pada waktu tertentu. Bahasa pasar atau rojak amatlah tidak digalakkan kerana ianya boleh mengundang gelak ketawa pendengar. 


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/