Home » , , , , , , , , , , , » Jadual & Keputusan Perlawanan Play Off UEFA Champions League 2015/2016 | Manchester United

Jadual & Keputusan Perlawanan Play Off UEFA Champions League 2015/2016 | Manchester United

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

UNITED PERLU LAYAK


Keputusan Pusingan 1 : Manchester United 3-1 Club Brugge
Keputusan Pusingan 2 : Club Brugge 0-4 Manchester United

Penantian satu musim amat memeritkan. Apatah lagi kelab berprestij seperti Manchester United gagal beraksi di pentas Eropah. Cukuplah sekali peminat melihat pasukan lain bermain pada malam Rabu dan Khamis. Kali terakhir United menyertai UEFA Champions League di bawah kendalian David Moyes dan berjaya melayakkan diri ke suku akhir sebelum tewas kepada Bayern Munich.



Club Brugge merupakan salah sebuah kelab Belgium yang bermain dalam liga Pro Belgium bersama musuh tradisi Anderlecht. Sejarah penglibatan mereka dalam kejohanan peringkat Eropah tidak boleh diambil mudah. Mereka pernah layak ke final UEFA Cup (kini Europa League) dan European Cup (kini Champions League) pada zaman 70-an menentang Liverpool.



Kali terakhir Club Brugge layak ke peringkat kumpulan UEFA Champion League pada musim 2005/2006 kira-kira 10 tahun yang lalu, Sebelum ini mereka hanya mampu bermain di Europa League dan musim lalu mereka berjaya sehingga ke pusingan suku akhir. 



Tolak tepi rekod dan sejarah kedua pasukan ini. United perlu menang dalam perlawanan pertama di Old Trafford dengan jaringan yang besar untuk dibawa sebagai bekalan sebelum beraksi di Belgium dalam tempoh seminggu kemudian. Dalam perlawanan UCL gol tempat lawan akan diambil kira dan itu paling berbahaya jika sesebuah pasukan gagal mendominasi perlawanan di tempat sendiri.




Kemasukan beberapa pemain baru seperti Schneiderlin, Darmian, Depay, Bastian dan Romero diharapkan mampu memberi sedikit kelebihan dan pengalaman untuk beraksi dalam kejohanan Eropah. Dua kemenangan tipis dalam EPL ke atas Tottenham dan Aston Villa juga dapat menyakinkan pemain untuk menempah slot ke peringkat seterusnya.



Siaran Langsung Perlawanan Play-Off UEFA Champions League 2015/2016


Manchester United 3-1 Club Brugge

Pusingan 1 : 

19 Ogos 2015 (Rabu)

2.45 am waktu Malaysia

Live @ Astro Supersport 3 (816) (HD (834)

=============================================

Club Brugge vs Manchester United

Pusingan 2 : 

27 Ogos 2015 (Khamis)

2.45 am waktu Malaysia

Live @ Astro Supersport 3 (816) (HD (834)


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Jadual & Keputusan Perlawanan Play Off UEFA Champions League 2015/2016 | Manchester United "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets