Home » , , , , , , » Analisis Punca Kenapa Insiden Kad Merah Nazmi Faiz Mansor Digantung 6 Perlawanan

Analisis Punca Kenapa Insiden Kad Merah Nazmi Faiz Mansor Digantung 6 Perlawanan

Penulis: Que Haidar | Kategori: , , , , , ,

HARIMAU MUDA TENAT



Kem Malaysia menerima tamparan paling hebat apabila kehilangan khidmat dan pengalaman pemain muda berbakat Nazmi Faiz Mansor. Kad merah yang dikenakan kepada beliau pada minit ke-31 akhirnya menjadi mimpi ngeri apabila Jawatankuasa Tatatertib Konfederasi BolaSepak Asia (AFC) mengenakan penggantungan enam perlawanan akibat kesalahan meludah pemain Timor Leste pada aksi pembukaan Kumpulan B di Stadium Bishan,Singapura, Sabtu lepas.



Jumlah penggantungan itu bermakna Nazmi Faiz tidak akan bermain bersama skuad Harimau Muda sekali pun mereka mampu layak ke final bola sepak Sukan SEA 2015. Dikhabarkan Nazmi Faiz sudah dihantar pulang dan kontijen Malaysia sedang membuat rayuan untuk menamakan pengganti seorang pemain lain bagi dijadikan pemain simpanan.



Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa nazmi dilayangkan kad merah. Bagi mereka yang terlibat secara langsung dalam bidang pengadilan, insiden ini sudah pasti mudah difahami. Peraturan FIFA Perkara 12 menerang dengan terperinci berkaitan kekasaran dan salah laku pemain.






Antara kesalahan yang boleh diberikan kad merah adalah kekasaran yang melampau hingga boleh mencederakan pemain lawan, kelakuan ganas seperti menumbuk atau menendang pemain lawan dan juga meludah pemain atau pengadil. Walaupun perbuatan Nazmi Faiz tidak mengenai lawannya, dalam bola sepak perkara itu sama sekali tidak dibenarkan kecuali pemain meludah bukan niat melakukan provokasi.






Mengenai penggantungan 6 perlawanan, setiap kes atau insiden salah laku akan melalui Jawatankuasa Tatatertib yang akan menilai semula sesuatu keputusan dan tindakan sesorang pemain. Setelah bermesyuarat mereka akan memutuskan hukuman yang dirasakan setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Kesalahan sama pernah dilakukan antara pemain Manchester United (Jonny Evans) dan Newcastle United (Pappis Cisse) yang dijatuhkan hukuman penggantungan 6 dan 7 perlawanan masing-masing.






Sebagai pemain profesional anda perlu menerapkan nilai disiplin yang tinggi untuk tidak mencemarkan permainan bola sepak khususnya dan sukan amnya. Semoga pengajaran ini bakal menjadi pedoman kepada semua pemain yang akan mewakili Malaysia kelak. 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Analisis Punca Kenapa Insiden Kad Merah Nazmi Faiz Mansor Digantung 6 Perlawanan "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Liverpool vs Man Utd
03.00 am, 18 Okt 2016

Watch LIVE Here

KL GANGSTER 2
Hot Movie in Town!! [Klik]

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets