Home » , , , , , , , , , , , , , , » Keputusan Liverpool vs Manchester United 22 Mac 2015

Keputusan Liverpool vs Manchester United 22 Mac 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

LIVERPOOL MILIKI KELEBIHAN


Keputusan akhir : Liverpool 1-2 Manchester United

Perebutan tempat ke Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan semakin sengit. Chelsea mendahului senarai EPL untuk menjuarai liga diikuti Manchester City Arsenal, Manchester United, Liverpool, Southampton dan Tottenham. Hanya 7 mata membezakan tempat kedua dan ketujuh dengan baki 8/9 perlawanan.



Justeru perlawanan malam ini bakal memberi kelebihan psikologi kepada pasukan untuk meneruskan konsistensi hingga bulan Mei nanti. Permusuhan antara Liverpool dan Manchester United dalam arena bola sepak sudah lama wujud. Kejayaan Liverpool dalam era 70-an hingga 80-an disusuli United pada 90-an hingga tahun milenium.



Kemarau EPL Liverpool sudah masuk tahun ke-25. Musim lalu mereka hampir-hampir menamatkan penantian namun terkandas di garisan penamat. Musim ini mereka bermula agak perlahan kerana kecederaan beberapa pemain utama dan kehilangan penyerang berbisa Luis Suarez ke Barcelona.



Manchester United yang berada di tangga ke-4 mempunyai kelebihan 2 mata ke atas Liverpool. Namun dari prestasi semasa, Liverpool lebih berkeyakinan sejak kekalahan di Old Trafford Disember lalu. Kejayaan mengekalkan rekod tanpa kalah termasuk menewaskan Manchester City 2-0 di Anfield harus dijadikan iktibar jika United mahu menjarakkan kedudukan.



Louis Van Gaal dijangka mengekalkan kesebelasan utama ketika menang bergaya ke atas Tottenham tempoh hari. Di Maria yang sudah menjalani penggantungan 1 perlawanan akan kembali menyertai skuad United. Jika menang United mampu merapatkan jurang dengan Manchester City dan Arsenal yang masing-masing menang semalam.


Siaran Langsung Liga Perdana Inggeris 2014/2015

Manchester United vs Liverpool


22 Mac 2015 (Ahad)

09.30 pm waktu Malaysia

Live @ Astro Fox Sports (812) HD (832)

Link Live Streaming [Klik]

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Keputusan Liverpool vs Manchester United 22 Mac 2015 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets