Bila Datuk Siti Nak Ajar KJ Pasal Bola dan FAM
Penulis: Que | Kategori: bola sepak , FAM , harimau malaya , isu semasa , KJ , sukan
KUASAI BIDANG ANDA
Updates : Pengajaran kes Datuk Siti Tegur YB Khairy [Klik]
PANAS! di media sosial Twitter dan Facebook petang tadi pasal teguran peribadi Datuk Siti Nurhaliza kepada Khairy Jamaluddin. Kononnya KJ bertindak kurang ajar apabila menegur FAM tentang isu berkaitan pengurusan bola sepak negara. Siapa Datuk Siti ni dalam arena bola sepak negara? Tiba-tiba bersuara lepas turun Stadium Shah Alam waktu Pahang juara Piala Malaysia.
Sebab tu orang cakap kalau tak tahu duduk diam-diam. Isu FAM ni dah lama. Apa yang KJ dah buat ni adalah memikul tanggungjawab dan amanah beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan. Pasal biadap tu, Datuk Siti kena tanya FAM lah. Berapa banyak tindakan Presiden yang menyebabkan prestasi bola sepak Malaysia jatuh menjunam. Jangan sebab Presiden orang Pahang dia boleh tutup sebelah mata.
Peminat bola sepak tempatan semua berdiri teguh di belakang KJ. Kami tidak pernah mempersoalkan tindakan KJ sebab beliau adalah pejuang suara rakyat! Kalau nak dicari salah KJ dan FAM, FAM juara mutlak. Politik kotor dah lama bertapak dalam FAM. Waktu KJ jadi Timbalan FAM, beliau sendiri akui terbatas kerana ada kuasa yang lebih tinggi dalam persatuan itu.
Sekarang KJ dah jadi Menteri, tetapi FAM di luar kuasa beliau. Dia pun bukan baru dalam bidang bola sepak ni. Cuma perlu dihapuskan kerabat diraja (yang dah tua nyanyuk) dalam sukan. Itu yang peminat harapkan. Kalau tidak protokol istana akan berleluasa dalam persatuan.
Komen yang paling tinggi like. Ramai peminat sokong KJ! |
Buat Datuk Siti, aku hormat kau sebagai penyanyi dan penghibur nombor satu negara. Tapi dalam sukan bola sepak, kami tak perlukan suara lantang anda tanpa usul periksa. Fokuslah pada Akademi Fantasia yang sememangnya bidang kamu.
Sumber : Harian Metro Online 13/13/13 |
Yang Datuk Jamal Nasir ni pulak nak terguris lebih-lebih ni nape? Terasa macam kena batang hidung puak-puak korang eh? Jadi betul lah peribahasa melayu ada berkata "Siapa makan cili, dia terasa pedas"
Ini pula kenyataan sebenar KJ pada Datuk Jamal |
BUKAN 'budak suruhan' FAM itu tidak bermaksud KJ menggelarkan Datuk Jamal Nasir sebagai 'budak suruhan'. Dah nama pun BUKAN. Apa lah. Ni la bahana bila orang tak tahu cerita hujung pangkal, baca paper terus nak nasihat orang pakai twitter. Amik SPM balik la. Ayat sinis/perli dengan biadap pun tak tahu beza ke? Penyokong Datuk Siti tolong fahamkan betul-betul. Kalau tak, dengan korang aku hantar pegi repeat SPM Bahasa Melayu kertas 1 & 2.
Siapa yang biadap sekarang?
1. Seorang Menteri yang melaksanakan tanggungjawabnya dengan mengkritik perkara yang benar?
atau
2. Seorang artis yang cuba berlagak pandai menasihat (boleh dikatakan menyampuk) Menteri secara terbuka tanpa usul periksa?
Menyentuh pasal kebebasan hak bersuara, FAM sendiri tidak mengamalkannya. Lihat saja Artikel 88 menggantung beberapa nama besar dalam sukan bola sepak hanya kerana mengeluarkan kenyataan di media mengkritik FAM. Nampaknya Siti perlu berbincang secara lebih mendalam dengan Presiden FAM berkenaan isu ini. Mana tahu dapat Tan Sri pulak. Kalau artis tegur menteri itu kebebasan bersuara. Bila menteri tegur Sultan itu derhaka? Apa Datuk fikir golongan raja itu maksum?
Nota : Aku syak Datuk Siti ni tak tahu yang KJ bekas Timbalan Presiden FAM.
Lagi artikel Panas Pasal FAM :
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
November 14, 2013 at 1:57 PM
Dato Siti mungkin bercakap dr sudut pandang seorang rakyat biasa yg mungkin terasa dgn ayat sini YB KJ.
[Reply to comment]Apapun, YB KJ! Kami sokong YB utk terus tranformasikan FAM!
November 14, 2013 at 3:18 PM
@Hafiz Md aku xpasti kalau 'terasa' itu adakah sehingga boleh jadi 'biadap'. hmm
November 19, 2013 at 11:35 AM
Dato Siti, belajar takat SPM je, itu pun gred 3, rasanya, tak payah nak ajar cara KJ bekerja, tak payah nak ajar itik berenang.
[Reply to comment]KJ pernah belajar kat Universiti no 4 di dunia. Pelajar cemerlang di sana.
Awak tu tahu nyanyi je, diam-diam sudah!
November 19, 2013 at 1:35 PM
@Anonymous spot on!
November 26, 2013 at 2:50 PM
agaknyer rampas laki orang tu x biadap kot
[Reply to comment]November 26, 2013 at 5:20 PM
@Anonymous ops.. no komen ;)