Home » , , , , , , , , » Kenapa Manchester United Perlu Kekalkan Adnan Januzaj

Kenapa Manchester United Perlu Kekalkan Adnan Januzaj

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

 WE MISS PAUL POGBA




Apa persamaan dua pemain di atas? Ya kedua-dua mereka merupakan produk akademi Manchester United. Tapi sayangnya Paul Pogba memilih untuk menyertai Juventus semasa tahun terakhir kontraknya bermasa United. Mengapa? Sir Alex Ferguson merupakan bekas pengurus yang hebat di Old Trafford. Namun dalam kes Pogba mungkin ada sedikit kesilapan yang beliau lakukan.



Masih ingat lagi perlawanan terakhir tahun 2011 di mana Manchester United tewas 2-3 kepada Blackburn Rovers. Di penghujung musim United terpaksa berpuas hati di tempat kedua liga dengan hanya beza jaringan kepada Manchester City.



Dalam perlawanan itu, Rooney dan Jonny Evans didenda kerana keluar berfoya-foya di malam Krismas. Akibat kekurangan pemain pertahanan, Carrick dipaksa bermain di posisi tersebut. Yang mengejutkan ialah kelibat Rafael dan Park Ji Sung di bahagian tengah walhal ketika itu Pogba sudah menanti untuk disenaraikan.


Sejak itu Pogba merasa sedikit kecewa dan akhirnya beliau meninggalkan United dan mengikat kontrak 4 tahun bersama Juventus pada musim berikutnya. Sayang sekali kerana Pogba pada masa itu dilihat sebagai 'Viera Junior' yang mampu mendominasi tengah United yang agak longgar sejak ketiadaan Roy Keane.



Kini Pogba menjadi pemain penting Juventus bergandingan dengan Pirlo dan Vidal serta telah menjaringkan 6 gol bersama kelab itu.





Perkara yang sama berlaku pada Adnan Januzaj. Beliau masih belum menandatangani kontrak baru dengan United dengan ura-ura menarik minat Barcelona setelah kejayaan menjadi punca kemenangan United di Sunderland. Lihat gol Adnan Januzaj vs Sunderland [Klik].



Nampaknya David Moyes tidak mahu mengikut jejak Sir Alex Ferguson untuk melepaskan bintang muda kelab itu. Walaupun dikritik kerana meletakkan Januzaj dalam perlawanan penting itu, kini semua telah terjawab kerana Moyes lebih kenal pemainnya dari kita sebagai peminat dari jauh.


Adnan Januzaj | Manchester United

 


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Kenapa Manchester United Perlu Kekalkan Adnan Januzaj "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets