KENAIKAN ISTIMEWA GAJI PENJAWAT AWAM JULAI TAHUN 2013
Penulis: Que | Kategori: bonus , gaji , goverment , penjawat awam
BERITA BAIK UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN DENGAN GAJI MAKSIMUM
Semalam Perdana Menteri mengumumkan kenaikan gaji tahunan (KGT) bagi semua penjawat awam yang sudah mencapai gaji maksimum dalam skala gaji mereka. Atau bahasa gomen kita panggil 'langgar dinding'. Pertambahan sebanyak tiga (3) tangga gaji khas berkuatkuasa 1 Januari 2013. Contohnya untuk gred 17 KGT sebanyak RM 90, mereka akan nikmati kenaikan selama 3 tahun lagi bermula 2013.
Selain itu bagi semua penjawat awam akan menerima kenaikan gaji tahunan (KGT) istimewa pada JULAI 2013. Difahamkan dalam pekeliling tersebut pada tahun 2014 kenaikan masih seperti biasa. Kenaikan sebanyak RM 80 - RM 320 mengikut gred.
Kesimpulannya tahun ini akan ada 2 kenaikan gaji. Memang rezeki kepada kakitangan kerajaan. Tapi mutu khidmat perlulah ditingkatkan walaupun gaji maksimum kerana rezeki sebenar bukan dari bos atau kerajaan tetapi Allah yang MAHA MENGETAHUI.
JADUAL GAJI PENJAWAT AWAM TAHUN 2013
Ralat :
Oktober pada 10/10/2013 (Khamis)
Disember pada 19/12/2013 (Khamis)
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
March 12, 2013 at 12:55 PM
yg x gaji maksimum naik gak ke?
[Reply to comment]March 12, 2013 at 4:40 PM
@Kak Bunga ye kak bunga. naik bulan Julai (dicepatkan dari tahun 2014)
March 23, 2013 at 7:43 AM
Same jer mcm xnaik.tp ape pun alhamdulillah.syukur
[Reply to comment]March 31, 2013 at 7:46 PM
@azlannaik awal 6 bulan ok la tu
May 27, 2014 at 10:32 AM
pejabat makmur rakyat semakin mundur
[Reply to comment]