Jersi Ala Keeper Manchester United 2012/2013 | Support De Gea
Penulis: Que | Kategori: bola sepak , EPL , highlight , manchester united , video
MANCHESTER UNITED GOALKEEPER KIT
Glory-glory Man Utd! Akhirnya selepas 6 bulan berlangsungnya EPL musim 2012/2013 barulah aku ada jersi terbaru Manchester United. Jersi Home kaler merah tu tak berapa cun sebab nampak macam alas meja makan je. Haha.
Jersi away kaler putih pulak design klasik pun tak berapa berkenan. Jersi ke-3 yang kaler biru tak leh lawan last season punya. Last-last aku jumpa jersi ala-ala De Gea kaler hijau ni. Nampak sangat rare dan menarik!
Tapi yang ni versi supporter sebab lengan pendek. Keeper biasa pakai lengan panjang punya. Harga masih di bawah RM 50 kalau korang search kat Lelong.my.
Koleksi Jersi Manchester United Musim 2012 / 2013
Anda pilih jersi yang mana?
Aku terus support De Gea walaupun aku tau ramai yang kritik dia lately. Pasal gol yang dia bolos waktu lawan Spurs last minit tu. Aku tak faham apa yang dorang ni tengok sebenarnya. Kalau bukan sebab De Gea save banyak dalam game tu United dah kalah pun. Tapi orang still blame dia kononnya silap dia tumbuk bola jatuh kat kaki Lennon.
Then next game masa lawan Southampton United bolos seawal minit ke-3. Gol berpunca dari hantaran lemah Carrick dan De Gea pulak boleh lompat dan pemain Soton mudah menolak masuk ke arah pintu gol yang tidak dikawal. Well, setiap pemain akan buat mistakes. Kes ni sebenarnya boleh dielak dari awal andai kata Carrick buang bola ke tepi.
Penjaga gol selalu dipersalahkan kalau team bolos. Tapi hakikatnya defend dan midfield perlu bantu supaya bola tidak masuk ke kawasan penalti. Tak ramai orang yang bagi kredit pada De Gea bila dia buat save yang bagi 3 mata pada United. "Pasrah aku dengan korang ni la" (ikut Zizan punya dialog).
Mungkin kelemahan De Gea ketika set pieces sebab dia punya fizikal agak kecil berbanding dengan keeper lain. Tapi itu semua boleh dipertingkatkan dengan cara bagi lebih masa pada De Gea untuk adapt permainan di EPL.
Mungkin kelemahan De Gea ketika set pieces sebab dia punya fizikal agak kecil berbanding dengan keeper lain. Tapi itu semua boleh dipertingkatkan dengan cara bagi lebih masa pada De Gea untuk adapt permainan di EPL.
Oklah kalau korang tak percaya kemampuan De Gea apa kata korang tengok aksi dia save bola yang pada aku 90% akan masuk kalau keeper tak alert.
Video Top Save De Gea Musim 2012 / 2012
Good Luck De Gea untuk baki 4 bulan ni. Kami mahu rampas kembali Juara EPL dari Manchester City!
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
February 2, 2013 at 9:13 PM
honestly, leeza suka sgt dia. haaaaa
[Reply to comment]February 2, 2013 at 9:57 PM
De Gea bagus shotstopper, tapi dia macam kurang bila bola cross, bola tinggi, dia pun kena kuatkan sikit, selalu kena tolak dengan team lawan je.
[Reply to comment]United kelab besar, setiap match penting, sebab tu kalau dia buat mistake memang kenalah.
February 2, 2013 at 10:57 PM
@Leeza dayasari [santai leeza] hehe die bujang lg tu
February 2, 2013 at 10:59 PM
@Izzat Aziz Setuju psl bola tggi tu. Tapi reflex save die one of the best in England
February 2, 2013 at 11:55 PM
mmg sgt rare & menarik
[Reply to comment]http://www.queachmad.com/2013/01/sahabat-yang-dilarang-itu-juga.html
http://quereka.blogspot.com/2012/12/rumah-que-syurga-que-rumahku-syurgaku.html
February 5, 2013 at 4:37 PM
dia ni main dah cantik. cuma agak kurus sikit. badan kena kasih up lagi sikit baru boleh beat lawan bila bola cross.
[Reply to comment]ramai yang terkejut gak masa ferguson bawak dia masuk ke old trafford.
February 5, 2013 at 5:04 PM
@wandisini Yup. Stuju bro. Fizikal dia agk kecik