Home » , , , , , , » EPL : Pasukan Paling Konsisten Akan Menang | Van Persie Buat Pilihan Tepat

EPL : Pasukan Paling Konsisten Akan Menang | Van Persie Buat Pilihan Tepat

Penulis: Que Haidar | Kategori: , , , , , ,

Keputusan Perlawanan Wigan vs Manchester United

ROBIN VAN PERSIE BUAT PILIHAN TEPAT BERPINDAH KE MANCHESTER UNITED

Wigan 0 - 4 Manchester United

Robin Van Persie membuat keputusan paling bijak dalam kariernya apabila memilih Manchester United dari jiran mereka Manchester City. Beliau yang kini sudah menjaringkan 19 gol dalam semua pertandingan amat gembira dikelilingi pemain dengan mentaliti sang juara.


Malam tadi United menentang Wigan, lawan yang menyekat kemaraan mereka untuk mendapatkan kejuaraan EPL musim lalu. Kali ini, SAF membawa masuk penyerang berkualiti bagi memastikan Manchester United mengemudi takhta liga pada awal tahun 2013.



7 mata bukanlah satu kedudukan yang selamat dalam liga yang sangat mencabar ini. Tapi kalau mengikut perkiraan matematik, jika United menang dalam semua baki perlawanan, maka trofi kejuaraan kali ke-20 bakal menjadi milik mereka.


Kemenangan 4-0 ke atas Wigan di tempat lawan boleh dibanggakan kerana dalam 2 perlawanan berturut-turut United mendapat clean sheet. Kuncinya SAF berjaya menggandingkan Carrick dan Cleverley di bahagian tengah.




Manchester City mengikuti rentak kemenangan United dan akan terus mengejar kerana mereka sudah tiada komitmen perlawanan peringkat Eropah (sebuah pelan terancang untuk mempertahankan kejuaraan liga). Namun mereka akan kehilangan pemain utama yang akan beraksi di African Cup 2013.


Arsenal yang kononnya bangga dengan jaringan besar 7-3 ke atas Newcastle (United hanya berjaya menang 4-3) seri pula dengan pasukan yang baru naik ke EPL - Southampton. Ada yang berpendapat mereka patutnya kalah dalam perlawanan tersebut.


Chelsea yang mempunyai kelebihan 2 perlawanan masih boleh mengejar jika menang dalam baki perlawanan tersebut. Benitez semakin mendapat rentak dan strategi baru apabila menukar posisi David Luiz dan menurunkan pemain senior Lampard untuk membantu skuad The Blues melakar kemenangan penting.


Pasukan paling konsisten akan memenangi EPL. Mungkin faktor nasib akan menjadi penentu. Jika United mampu mengekalkan momentum dan mengelakkan pemain utama tercedera mereka akan menjadi pasukan pilihan untuk menjadi juara EPL musim 2012/2013!

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " EPL : Pasukan Paling Konsisten Akan Menang | Van Persie Buat Pilihan Tepat "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Liverpool vs Man Utd
03.00 am, 18 Okt 2016

Watch LIVE Here

KL GANGSTER 2
Hot Movie in Town!! [Klik]

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets