Home » , , , , , , , , » EPL : Manchester United Akhirnya Seri | Chelsea Dapat 8 Gol

EPL : Manchester United Akhirnya Seri | Chelsea Dapat 8 Gol

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

KEPUTUSAN PERLAWANAN SWANSEA CITY VS MANCHESTER UNITED

PERLAWANAN EPL SWANSEA CITY VS MANCHESTER UNITED, REKOD MICHU DALAM EPL, GOL CHELSEA VS ASTON VILLA


Rekod tanpa seri Manchester United musim ini berakhir apabila pasukan Swansea City berjaya mencuri 1 mata dalam perlawanan malam tadi. Michu menjadi wira Swansea sekali lagi apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-29 selepas Evra memberi gol awal Manchester United menerusi tandukan dari sepakan sudut.


Peluang demi peluang dilepaskan United dalam separuh masa kedua untuk menambah jaringan dan terpaksa berpuas hati dengan kelebihan 4 mata di depan pencabar terdekat, Manchester City yang menang 1-0 dengan Reading dengan gola pada minit ke-92


Michu antara pemain yang paling berbaloi musim ni. Dengan hanya kos 2 juta Euro kini beliau sudah mengumpul 13 gol dalam EPL mengatasi Van Persie dengan 12 gol. Cuba lihat perbandingan statistik antara Michu dan Rooney.



Statistik ini dibuat sebelum perlawanan 23 Disember 2012



Michu pada asalnya bermain di posisi midfield sebelum diarahkan beraksi di bahagian serangan disebabkan kebolehannya menjaringkan gol. Swansea agak kebal di tempat mereka lebih-lebih lagi bila bertemua pasukan handalan. Liverpool dan Chelsea juga gagal mendapatkan mata penuh di Stadium Liberty. 


Rooney dan Valencia agak mengecewakan malam tadi dan memaksa SAF membawa masuk Giggs, Hernandez dan Scholes untuk memburu gol kemenangan. Cubaan Van Persie dan Carrick terkena palang dan  mungkin perlawanan malam tadi tiada nasib untuk United untuk menjarakkan 6 mata dari jiran mereka.


 Video Highlight Perlawanan Swansea City vs Manchester United 





Chelsea dalam perlawanan lewat malam berjaya mencatat kemenangan besar 8-0 ke atas Aston Villa. Fernando Torres kini sudah menjaringkan 7 gol selepas kemasukan Benitez ke skuad Chelsea. Lampard kembali dalam 1st eleven untuk mengemudi bahagian tengah bersama David Luiz.


Video Highlight Chelsea berpesta gol | 8-0 vs Aston Villa



Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " EPL : Manchester United Akhirnya Seri | Chelsea Dapat 8 Gol "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets