Nuzul Al-Quran 17 Ramadhan | Baca Dan Fahamilah Kitab Suci Allah
Penulis: Que | Kategori: tazkirah
Salam 17 Ramadhan kepada semua muslimin dan muslimat. Sedar tak sedar kita sudah berada di pertengahan Ramadhan dalam fasa kedua iaitu pengampunan dari Allah S.W.T. MasyaAllah (Allah Maha Agung). Tanyalah pada diri kita berapa banyak kebaikan yang telah kita lakukan di bulan yang mulia ini. Adakah kita mengambil peluang yang diberikan Allah untuk bersama-sama merasai kedatangan Ramadhan pada tahun ini.
Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini. Perkataan 'Nuzul' bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Ia dipercayai berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira', bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.
Persoalannya sekarang sejauh manakah kita umat Nabi Muhammad s.a.w pada hari ini menjadikan Al-Quran ini sebagai panduan hidup? Berapa ramai antara kita yang membaca serta memahami kandungannya? Adakah kita mengerti makna Surah Al-Fatihah yang dibaca hari-hari dalam solat kita?
Umpamanya seperti kita mengulangkaji pelajaran atau membaca surat khabar. Kita baca sesuatu topik itu, tapi kita tidak faham. Apalah gunanya. Betul tak?
Terjemahan Al-Fatihah
Kadang-kadang lebih mudah menghafal sesuatu dengan melagukannya.
Dalam kita mengejar kesenangan dan keseronokan dunia, ada yang sanggup melupakan Al-Quran. Mari kita lihat beberapa hadis mengenai Al-Quran.
Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Bacalah Al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa’at kepada pembacanya”.
( Hadith Riwayat Muslim )
Daripada Osman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda :
“Sebaik manusia di antara kamu ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”.
Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al Quran”.
( Hadith Riwayat Muslim )
Surah-surah di dalam Al-Quran (114)
Sebagai peringatan kepada diri saya sendiri dan semua umat Islam, kembalilah kepada ajaran Al-Quran kerana di dalamnya terdapat segalanya tentang halal haram, kehidupan dan sebagainya. Baca, fahami dan amalkan. InsyaAllah kita semua akan diberkati Allah s.w.t. Allahu Akbar!!
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
Leave a Reply
Terima kasih atas komen anda :)
Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK
Selamat Mencuba..