Kelebihan Bersedekah di Bulan Ramadhan
Penulis: Que | Kategori: puasa , tazkirah
Salam 3 Ramadhan kepada pembaca Kafe Que. Dah bace entri kelebihan orang yang berpuasa dan sunat berbuka dengan kurma?? Kalau belum jemputlah baca ek. Asyik bace gosip je ;) Hari ni topik ape pulak?? (kan dah tulis kat tajuk tu) Bersedekah.. Siapa yang tak pernah sedekah kan.. Senyum pun sedekah.
Selalu orang salah faham dengan konsep sedekah. "Kalau kita bagi orang duit, kuranglah duit kita". Jadi ada antara kita yang berkira untuk bersedekah. Sebenarnya lebih banyak kita bersedekah (ikhlas) Allah akan murahkan rezeki kita. Tidak semestinya kita sedekah RM 1000 kita akan dapat balik duit tu. Mungkin balasannya kita akan dapat beli ipad 2 (yg korang nak sgt2) dengan harga RM 1000 tapi kualiti yang sama seperti harga yang asal (diskaun giler2). Untung tak?
Sebaliknya apa akan jadi jika seseorang itu terlalu kedekut untuk bersedekah. Kadang-kadang masalah yang menimpa kita seperti kereta rosak atau laptop rosak memerlukan kita mengeluarkan duit lebih untuk membaikinya. MasyaAllah.
Hadith
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan."
-Riwayat at-Tirmidzi
Pengajaran Hadith
- Setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti membanyakkan bersedekah kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah di hari akhirat kelak.
- Bersedekah bukan hanya memberikan wang, tetapi termasuk di dalamnya mengajak berbuka puasa kepada fakir miskin dan orang-orang yang berpuasa.
- Konsep “memberi” (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja selama Ramadhan bahkan di bulan-bulan lain juga kerana selalu bersedekah akan memberikan pengaruh yang baik pada peribadi dan masyarakat umumnya di mana seseorang itu akan dapat menghakis sifat kedekut dalam dirinya di samping mempereratkan lagi ikatan kemesraan di dalam anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.
- Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.
sumber : JAKIM
“Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.”
Jelas dari penerangan di atas bahawa sedekah di bulan ramadhan ini lebih besar pahalanya. Apa lagi guys "Tangan kanan memberi, sorokkan tangan kiri". InsyaAllah diberkati semuanya.
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
Leave a Reply
Terima kasih atas komen anda :)
Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK
Selamat Mencuba..