Home » » Watak Que Mati Dalam Transformers 3 : Dark Of The Moon | Wheeljack The New Autobots

Watak Que Mati Dalam Transformers 3 : Dark Of The Moon | Wheeljack The New Autobots

Penulis: Que | Kategori:

Salam 1 Malaysia kepada rakyat jelata sekalian. Mesti ramai yang dah tengok filem Transformers 3 : Dark of The Moon. Cubaan kali kedua aku untuk menonton filem ini akhirnya berjaya juga pada 6 Julai 2011 (Sabtu lepas gagal sebab tak book tiket).  Seperti yang hangat diperkatakan sebelum ini, pelakon wanitanya telah digantikan dengan orang baru, Rosie Alice Huntington-Whiteley (Megan Fox lebih hot kot) Terdapat beberapa penambahan dalam siri kali ini. Kehadiran watak-watak atau kereta sport baru menarik perhatian penonton.


autobots,dotm autobots,new car in transformers 3
New Autobots in Transformers 3


Apa yang aku nak highlight kat sini sama ada korang perasan atau tak ada 1 watak bernama Que dalam filem ni. Peminat siri transformers kenal dia sebagai Wheeljack. Sebuah robot saintis tua mirip Einstein yang gemar mencipta peralatan canggih. Alat beliau ini telah digunakan oleh Sam untuk membunuh Starscream padan muke ;)


Perbandingan watak Que & Einstein
wheeljack autobots,que transformers 3,einstein,autobots inventort scientist
Blue Mercedes-Benz E550 - Autobot Wheeljack @ Que


Tapi akhirnya Que mati ditangan Decepticon (Barricade) setelah ditangkap ketika cuba menyelamatkan bumi. Sedihnya. Secara keseluruhannya aku boleh bagi 4 bintang tuk filem ni. Ada babak yang aku rasa Optimus Prime patut dah mati tapi pengarah nak die putus tangan jek ;p Megatron nampak sekadar melengkapkan barisan Decepticon dan hanya jadi pak turut Sentinel Prime. 


  Que The Inventor - Autobots
wheeljack transformers 3,que the autobots inventor
Kredit : Wikipedia


Yang menariknya ialah teknik CGI yang memang hebat. Adegan pertarungan robot sungguh mengasyikkan. Kalau ada yang tertido 2 memang rugi la kan. Ada yang kata jalan cerita slow. Nisbah Decepticon terlalu banyak dibandingkan dengan Autobots. Mujur bantuan NEST dan tentera udara tiba tepat pada masanya.


p/s : kalau nak tengok senarai kereta Transformers boleh cek kat sini

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Watak Que Mati Dalam Transformers 3 : Dark Of The Moon | Wheeljack The New Autobots "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets