Home » , » Tiket Malaysia vs Singapura | 2nd leg Kelayakan Piala Dunia 2014

Tiket Malaysia vs Singapura | 2nd leg Kelayakan Piala Dunia 2014

Penulis: Que Haidar | Kategori: ,

Tinggal 3 hari lagi pasukan Malaysia akan menentukan nasib mereka dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2014. Setelah menerima tamparan hebat di Stadium Jalan Besar malam Sabtu lepas, kini misi pasukan Harimau Malaya hanya tinggal 1.. 'Menang dengan kelebihan 2 gol atau lebih'. Peluang masih belum berakhir buat kem negara walaupun tewas 3-5 kerana 3 gol ditempat lawan akan membantu sekiranya percaturan taktik serta pemilihan pemain yang tepat di Stadium Bukit Jalil nanti.

Perlawanan Kedua Malaysia vs Singapura | 28 Julai 2011
8.45pm @ Stadium Nasional Bukit Jalil

tiket perlawanan malaysia vs singapura 28 julai 2011,tiket online malaysia vs singapura kelayakan piala dunia 2014,formasi malaysia vs singapura,keputusan malaysia vs singapura 28 julai 2011,malaysia vs singapuran bukit jalil stadium,pasukan malaysia harimau malaya


Tiket-tiket akan mula dijual seawal jam 9 pagi esok (26 Julai 2011) hingga hari perlawanan di Pintu Utama, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Pintu A, Stadium Shah Alam.

Harga Tiket :   RM 50 - Grand stand
                        RM 30 - Terbuka
                        RM 5 - kanak-kanak bawah 12 tahun


Kepada mereka yang nak tempah tiket secara online bolehlah layari www.tickethotline.com.my


Penjualan dan penebusan tiket dibeli secara online boleh dibuat di Pintu Kuning, Stadium Nasional Bukit Jalil.

Trivia : Malaysia tidak pernah mara ke pusingan akhir Piala Dunia sejak pertama kali beraksi dalam pusingan Kelayakan pada 1974 di Jerman.


Marilah sama-sama memberi sokongan padu kepada pasukan Harimau Malaya untuk membuat comeback di Stadium Nasional Bukit Jalil. Tiada yang lebih penting dari sorakan serta semangat daripada peminat sukan bola sepak tanah air. Jangan kita mudah menuding jari atas kesilapan pemain atau jurulatih. Mereka sudah mencuba sehabis baik, namun mungkin nasib tidak menyebelahi kita.

tiket perlawanan malaysia vs singapura 28 julai 2011,tiket online malaysia vs singapura kelayakan piala dunia 2014,formasi malaysia vs singapura,keputusan malaysia vs singapura 28 julai 2011,malaysia vs singapuran bukit jalil stadium,pasukan malaysia harimau malaya
 Kena main 4-4-2 nampaknya untuk cari 2 gol awal


Buat Datuk K. Rajagobal, rombakan di bahagian pertahanan perlu dilakukan segera. Sama ada perlu panggil S.Subramaniam sebagai emergency backup (yang beraksi cemerlang ketika Harimau Muda kalah bermaruah kepada Chelsea) atau tidak terletak pada keputusan Datuk. Kehilangan kapten, Safiq Rahim yang digantung perlawanan perlu digantikan dengan pemain berpengalaman supaya dapat mengawal bahagian tengah pasukan Malaysia.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

2 Responses to " Tiket Malaysia vs Singapura | 2nd leg Kelayakan Piala Dunia 2014 "

  1. Farn Fizrix Says:

    x harapan singapore

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  2. Kafe Que Says:

    farn : aku yakin malaysia mampu balas dendam di depan penyokong sendiri ;)

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2017
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets