Program Menu Rakyat 1 Malaysia | Kurangkan Beban Tambah Penyakit?
Penulis: Que | Kategori: campaign , isu semasa
Salam Jumaat.. Aku malas nak komen sangat pasal isu perhimpunan 9 Julai 2011. Baik aku cerita pasal bola lagi best. Pagi tadi dengar Hot FM pasal Menu 1 Malaysia. Terkejut gak harga menu sarapan pagi RM2..Lunch pulak RM4 so total RM6 je sehari kalau nak belanja makan. Tak masuk makan malam ok. Memang murah la kot. Tapi apa je menu yang murah sangat ni. Kafe Que bagi free entri je kat korang bace ;p
'Q' Bistro dah mula promosi Menu 1 Malaysia
Kredit : akudansesuatuz
Setelah digodek2 rupanya pakej sarapan pagi yang RM2 hanya roti canai dan teh tarik (murah ke??) makan tengahari nasi putih + sayur + telur dadar + air sirap@teh 'O' ais.(kalau salah tolong betulkan ye). Setakat ini, restoran yang terbabit dalam program itu ialah ahli Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Persatuan Pengusaha Restoran India (PRISMA), Persatuan Kedai Kopi Malaysia dan Singapura serta restoran Melayu di bawah koperasi.
Piramid Makanan
Kredit : Piramid Pemakanan Seimbang
Aku kurang arif pasal tips pemakanan sihat ke apa. Biase aku tengok kalau makanan berkhasiat ni boleh tahan gak harganya. Tapi ramai di kalangan kita susah nak amalkan pemakanan sihat. Kita lebih kepada makanan segera dan sedap. Hehe. Mungkin kerajaan ada sebab tersendiri untuk lancarkan program ni. Mengurangkan beban rakyat di bandar metropolitan yang kos sara hidupnya sangat tinggi. Terima kasih!!
Teh Tarik vs Jus Oren
Roti canai ni dikatakan mempunyai kandungan minyak yang tinggi yang mana tidak elok dimakan selalu. Yelah kan dah goreng2 mesti ada minyak. Bosan gak kalau makan menu sama tiap hari. Kenapa tak tukar sandwich ke. Pakai roti gak. Lepas 2 air teh tarik ditukar dengan jus buahan. Banyak songeh pulak aku ni. Pada aku elok kita belanja lebih sikit tuk kesihatan. Duit boleh cari, tapi nikmat sihat kalau tuhan tarik? Hmm.. Renungkan lah. Pilihan di tangan anda ;)
Balik2 McD jugak.. Dari RM5.95 sebelum tax ye
Kalau ada yang tak setuju boleh komen la ye. Jadilah insan yang bersyukur. Sekadar pandangan aku je.
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
July 8, 2011 at 1:17 PM
sesuai dengan program motivasi dkt opis hari tuh.. hargai nikmat kesihatan...
[Reply to comment]July 8, 2011 at 1:41 PM
alamak. kenapa banyak blog hari ni bercerita pasal makanan ye? laparrrrr T_T.
[Reply to comment]tapi betul tu, kena jaga makan. satgi banyak lemak, banyak penyakit.
Teguran Ikhlas Dari Seorang Lelaki Untuk Wanitanya
July 8, 2011 at 2:49 PM
Kak is : iyolah..wekk
Miss Y : sbb hari ni kan jumaat..rehat lme..so leh pegi mkn kt shoping komplex
July 8, 2011 at 3:12 PM
tu laa orang kita..pantang nampak murah jee serbu walhal sama jee kalau betul2 telek...kurang pon 2-3 posen je..ceh..mamak mana yg murah??semua mahal!!
[Reply to comment]July 9, 2011 at 10:21 PM
merah : 2 la..org kite suke yg murah2 je
July 9, 2011 at 10:40 PM
Kenapa kita selalu mengambil makanan segera kerana ia mudah didapati lagi kehidupan orang bekerja makan gaji boleh kira berapa yang bawa bekal dari rumah
[Reply to comment]July 9, 2011 at 10:43 PM
AKubiomed : yeah betul..xpyah ssh nk bgn awl masak kn..tp mknn segera xelok dimkn slalu