Home » , » Keputusan Penuh Perlawanan Pusingan Pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia | Taiwan vs Malaysia

Keputusan Penuh Perlawanan Pusingan Pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia | Taiwan vs Malaysia

Penulis: Que | Kategori: ,

Tahniah Malaysia kerana melayakkan diri ke pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia. Walaupun tewas 2-3 kepada tuan rumah Taiwan, Malaysia layak dengan agregat 4-4 mengikut kiraan gol tempat lawan. Aku terpanggil untuk memberi pendapat tentang perlawanan malam semalam [4 Julai 2011]. Rabu lepas kita dah menang 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Boleh lihat entri lepas kat sini.


keputusan malaysia vs taiwan kelayakan piala dunia 2014 zon asia,malaysia 2 - taiwan 3,gol aidil zafuan safiq rahim lawan taiwan,jadual pusingan kedua kelayakan piala dunia 2014 zon asia.faktor kekalahan pasukan malaysia
Kredit : www.amboi.com


Namun yang menjadi kerisauan aku dan penyokong tempatan (kalau korang riso gak la) ialah disiplin pemain negara kita ketika bertahan. Jika minggu lepas kita membiarkan gawang kita dibolosi 1 gol disebabkan kelekaan benteng pertahanan. Malam tadi kita bukan sahaja tewas tapi kita membenarkan gawang Malaysia dibolosi 3 kali.


keputusan malaysia vs taiwan kelayakan piala dunia 2014 zon asia,malaysia 2 - taiwan 3,gol aidil zafuan safiq rahim lawan taiwan,jadual pusingan kedua kelayakan piala dunia 2014 zon asia.faktor kekalahan pasukan malaysia
Gol sepakan percuma Aidil dan Safiq berada pada kelas dunia


Keputusan Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia | Taiwan vs Malaysia


Apa puncanya? Kenapa kita gagal meneruskan kecemerlangan sewaktu memenangi Piala Suzuki AFF 2010. Jom kita rungkaikan permasalahan ini satu per satu.


1) Formasi skuad negara

Persoalan timbul sama ada Datuk K. Rajagobal sedar tentang formasi 4-4-2 tidak menjadi untuk skuad negara. Ini dapat dilihat dalam perlawanan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil di mana kita kurang produktif dengan formasi ini. Mungkin berdepan dengan kelab EPL Arsenal, Liverpool & Chelsea boleh menjadi medan untuk Datuk K. Rajagobal mengubah strategi dan melakukan sedikit eksperimen. Formasi 4-5-1 mungkin dilihat option terbaik untuk pasukan negara mengawal permainan.


2) Pertahanan negara

Jika dahulu kita mempunyai masalah untuk mendapatkan pemain pertahanan yang berkualiti, namun jika dilihat dari barisan pertahanan sedia ada, kita ada potensi untuk pergi lebih jauh. Dari segi fizikal tidak banyak beza dengan pasukan Taiwan. Perebutan bola tinggi juga tidak bermasalah. Cuma dari segi kawalan permainan, kita kelihatan gopoh ketika melakukan clearance & tackles. 3 penalti dalam masa 30 minit adalah detik mengecewakan buat kem Malaysia. Komunikasi sesama bek dan penjaga gol itu penting.


3) Peranan kapten@ketua pasukan

Jika di liga kelab Eropah, mandat ketua pasukan diberikan kepada mereka yang mempunyai visi, lantang, dan mempunyai daya kepimpinan yang tinggi. Safiq Rahim perlu lebih tegas dalam memastikan keberkesanan taktik pasukan di atas padang. Mungkin sebelum perlawanan bermula jurulatih telah memberi arahan tertentu. Bak kata pepatah "Kita hanya mampu merancang". Di sinilah gunanya seorang kapten. Beliau perlu lantang bersuara apabila nampak corak permainan pasukan negara mula kucar kacir dan kembali menenangkan keadaan. Tahniah kepada Safiq Rahim kerana berjaya menyumbangkan 2 gol dalam pusingan pertama ini.


Keputusan Penuh Perlawanan Pusingan Pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia
keputusan malaysia vs taiwan kelayakan piala dunia 2014 zon asia,malaysia 2 - taiwan 3,gol aidil zafuan safiq rahim lawan taiwan,jadual pusingan kedua kelayakan piala dunia 2014 zon asia.faktor kekalahan pasukan malaysia
Hanya perlawanan Malaysia - Taiwan ditentukan dengan kiraan gol tempat lawan


4) Kawalan tengah padang

Pasukan negara beberapa kali membiarkan kawalan bola hilang di tengah padang. Ini sangat bahaya kerana serangan balas pasukan lawan membuatkan pertahanan kita dalam keadaan tertekan. Bila tertekan maka banyak kesilapan boleh berlaku. Tidak salah sekiranya kita memperlahankan permainan dan melakukan hantaran pendek supaya ruang untuk menyerang lebih terbuka. Selain itu, dalam ketika kita mendahului 2-1, pemain tengah sepatutnya mengawal permainan supaya tekanan beralih kepada pasukan Taiwan. Penggunaan pemain sayap juga agak kurang di sebelah kiri menyebabkan permainan tidak seimbang.


5) Penyudah tumpul

Bukan kita tak dapat peluang. Tapi penyudah kita sangat tumpul. Desicion making dalam kawasan  final third juga perlu diperbaiki. Bila nak cross tinggi, bila perlu cross rendah, bila perlu tarik ke belakang, bila perlu thru pass pada rakan yang tidak dikawal. Diharapkan perlawanan persahabatan bersama kelab Arsenal, Liverpool dan Chelsea dapat memberi pengalaman lebih bermakna buat skuad negara.

6) Keputusan pengadil

Mungkin ada yang meragui beberapa keputusan pengadil perlawanan yang tampak seakan-akan menyebelahi tuan rumah. Kita tiada kuasa untuk mengawal pengadil. Bermain di tempat sendiri memberi sedikit kelebihan kepada Taiwan.


Jadual Perlawanan Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia
keputusan malaysia vs taiwan kelayakan piala dunia 2014 zon asia,malaysia 2 - taiwan 3,gol aidil zafuan safiq rahim lawan taiwan,jadual pusingan kedua kelayakan piala dunia 2014 zon asia.faktor kekalahan pasukan malaysia
1st leg : 23 Julai 2011, 2nd leg : 28 Julai 2011


Secara amnya, pemain kebangsaan Malaysia telah berusaha sehabis baik untuk memastikan kita layak walaupun hanya penentuan gol di tempat lawan. Usaha itu perlu dihargai dan dipuji. Jangan hanya tau mengkritik sahaja. Aku nampak potensi skuad Harimau Malaya untuk beri saingan yang lebih sengit pada pertemuan dengan Singapura nanti. Sekalung tahniah kepada wira-wira negara kerana mengharumkan nama negara yang sebelum ini sering terkandas di peringkat awal Kelayakan Piala Dunia Zon Asia.


Malaysia XI vs Arsenal | Malaysia XI vs Liverpool | Malaysia XI vs Chelsea

keputusan malaysia vs taiwan kelayakan piala dunia 2014 zon asia,malaysia 2 - taiwan 3,gol aidil zafuan safiq rahim lawan taiwan,jadual pusingan kedua kelayakan piala dunia 2014 zon asia.faktor kekalahan pasukan malaysia,malaysia vs liverpool arsenal chelsea,tiket percuma lawan liverpool arsenal chelsea
Nak dapatkan tiket? Klik sini


Kelemahan yang telah dianalisis perlu diperbaiki segera. Plan B perlu ada sekiranya Plan A menemui jalan buntu. Teori mudah, tempat sendiri kita serang dan cari gol awal, tempat lawan kita main tenang dan lihat corak permainan lawan kita dulu. Kebiasaannya formasi 4-4-2 sesuai di gelanggang sendiri. Penjaga gol Malaysia Sharbinie Alawi boleh diangkat sebagai wira negara kerana menyelamatkan 1 daripada 3 penalti Taiwan. Dan beliau berjaya merebahkan badan pada arah yang betul untuk 2 lagi sepakan penalti.

Harimau Malaya Pamerkan Kebangkitan Anda.. AAUUMMMMMM!!

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Keputusan Penuh Perlawanan Pusingan Pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia | Taiwan vs Malaysia "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets