Home » , , » [Edisi Copa America 2011] Keputusan Perlawanan Akhir Uruguay vs Paraguay | Rekod Juara 15 kali

[Edisi Copa America 2011] Keputusan Perlawanan Akhir Uruguay vs Paraguay | Rekod Juara 15 kali

Penulis: Que | Kategori: , ,

Uruguay menjadi raja bola sepak Amerika Selatan setelah muncul juara Copa America 2011 dengan rekod 15 kali. Pasukan itu menewaskan Paraguay 3-0 dalam perlawanan penutup tirai awal pagi tadi. Gol Luis Suarez (12') dan Diego Forlan (41' & 89') membantu Uruguay mencatatkan kemenangan selesa dan menguasai keseluruhan permainan.

Keputusan Terkini Final Copa America 2011 | Uruguay vs Paraguay | 25 Julai 2011




Paraguay yang melayakkan diri ke pusingan akhir dengan 2 penentuan sepakan penalti tidak bernasib baik kali ini. Uruguay mengasak seawal minit pertama dan hampir mendahului namun pertahanan Paraguay berjaya menyelamatkan bola dari melepasi garisan gol.

 Uruguay Juara Copa America kali ke-15

keputusan terkini perlawanan akhir final copa america 2011 uruguay vs paraguay,final copa america 2011 uruguay vs paraguay astro,highlights gol perlawanan uruguay vs paraguay,juara copa america 2011,gol luis suarez dan forlan final copa america 2011,rekod juara 15 kali copa america,copa america 2011 awards,penjaring terbanyak copa america 2011,pemain terbaik kejohanan copa america 2011,keputusan penuh copa america 2011
 kredit : soccernet


Gol Luis Suarez hadir pada minit ke 12 dengan menyudahkan hantaran cantik dengan rembatan kaki kiri. Luis Surez sekali lagi memberi tekanan kepada pertahanan Paraguay dengan skill kawalan bola menarik dan hampir menambah jaringan 13 minit kemudian. Tetapi bola hanya menyinggah di tepi jaring gol. Kelekaan benteng Paraguay akhirnya dihukum kali ini oleh Diego Forlan yang ketandusan gol dalam kempen Copa America 2011. Beliau yang mendapat lorongan bola dari tengah kawasan Paraguay menewaskan Justo Villar untuk gol kedua Uruguay sebelum separuh masa pertama.


 Mantap.. Suarez dan Forlan mengganas ketika menentang Paraguay


Kebangkitan Paraguay pada separuh masa kedua berjaya dihalang oleh ketangkasan penjaga gol Uruguay, Muslera. Pada minit ke-89 Luis Suarez berganding dengan Diego Forlan untuk gol ketiga Uruguay dan menutup peluang Paraguay untuk bangkit. Keputusan penuh perlawanan, Uruguay 3 - 0 Paraguay. 


Trivia : Gol kedua Forlan menyamai rekod Hector Scarone sebagai penjaring terbanyak Uruguay dengan 31 gol


Awards


Kedudukan Akhir Copa America 2011

keputusan terkini perlawanan akhir final copa america 2011 uruguay vs paraguay,final copa america 2011 uruguay vs paraguay astro,highlights gol perlawanan uruguay vs paraguay,juara copa america 2011,gol luis suarez dan forlan final copa america 2011,rekod juara 15 kali copa america,copa america 2011 awards,penjaring terbanyak copa america 2011,pemain terbaik kejohanan copa america 2011,keputusan penuh copa america 2011
kredit info : wiki


Berakhirlah sudah Edisi Copa America 2011. Terima kasih kepada semua yang telah bersama Kafe Que sepanjang kejohanan ini berlangsung. Semoga bertemu lagi di lain waktu. Sekian..

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

2 Responses to " [Edisi Copa America 2011] Keputusan Perlawanan Akhir Uruguay vs Paraguay | Rekod Juara 15 kali "

  1. Admin Says:

    Kesian Argentina and Brazil macam teruk je rekod kali ni...

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  2. Que Says:

    miss s: brazil pasukan feveret aku..tp dorg gagal score..kalah penalti..huhu

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets