Home » , , » [Edisi Copa America 2011] Argentina 1 - Bolivia 1 | Messi Masih Mencari Sentuhan

[Edisi Copa America 2011] Argentina 1 - Bolivia 1 | Messi Masih Mencari Sentuhan

Penulis: Que | Kategori: , ,

Salam kaki lepak Kafe Que. Buat peminat bola sepak, hari ini merupakan pembukaan kepada Kejohanan Copa America Argentina 2011.. Pada jam 8.45 am waktu tempatan, pasukan tuan rumah Argentina gagal memdapatkan 3 mata berharga apabila sekadar mampu seri 1 - 1 dengan Bolivia dalam perlawanan Kumpulan A. Kejutan sering terjadi dalam perlawanan pembukaan dan Argentina nyaris menerima aib besar sekiranya tewas. Sebagai pasukan pilihan, Argentina perlu bermula lebih yakin dalam misi merampas piala Copa America dari musuh tradisi Brazil yang menewaskan mereka dalam 2 final sebelum ini.

Jadual Copa America 2011 waktu Malaysia di Astro Supersport [Klik SINI]

Keputusan copa america 1 julai 2011 argentina 1 - bolivia 1, jadual perlawanan copa america 2011 waktu malaysia, video perlawanan argentina vs bolivia
Pemain Argentina kecewa selepas wisel penamat [Argentina 1 - 1 Bolivia]


Argentina yang menurunkan kesebelasan terkuat mereka dibarisi pemain ternama seperti Carlos Tevez, Lionel Messi, Estaban Cambiasso, Javier Macherano, Javier Zanetti & Gabriel Milito gagal mencari gol di awal permainan. Pada separuh masa kedua, bermula dari sepakan penjuru, Bolivia dihadiahkan gol mudah (min 47') apabila bola terkena kaki pertahanan Argentina dan gagal diselamatkan oleh penjaga gol, Sergio Romero. Bola kelihatan hanya sedikit sahaja melepasi garisan gol dan pengadil dibantu penjaga garisan memberikan gol pertama Kejohanan Copa America 2011 kepada Edivaldo Rojas.


Maruah Argentina terselamat apabila pemain gantian Sergio Aguero menyumbat gol penyamaan melalui sepakan volley terus ke penjuru kanan gawang Bolivia pada minit ke 77. Kedudukan kekal hingga tamat permainan. Kem Bolivia menarik nafas lega kerana berjaya mencuri 1 mata berharga menentang pasukan tuan rumah yang beraksi di hadapan penyokong sendiri.


Keputusan copa america 1 julai 2011 argentina 1 - bolivia 1, jadual perlawanan copa america 2011 waktu malaysia, video perlawanan argentina vs bolivia
Persembahan Messi ketika menyarung jersi Argentina masih menajdi tanda tanya


Perlawanan Copa America 2011 Kumpulan A - [ Argentina 1 - Bolivia 1 ]







Perlawanan seterusnya di antara Columbia vs Costa Rica pada 3 Julai 2011 jam 2.30 am waktu Malaysia. Siaran langsung boleh ditonton di saluran Astro Supersport 811@ HD 831.


Keputusan copa america 1 julai 2011 argentina 1 - bolivia 1, jadual perlawanan copa america 2011 waktu malaysia, video perlawanan argentina vs bolivia
Jadual Copa America Argentina 2011 di Astro Supersport dalam waktu Malaysia boleh klik SINI

Kafe Que akan update setiap perlawanan sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

6 Responses to " [Edisi Copa America 2011] Argentina 1 - Bolivia 1 | Messi Masih Mencari Sentuhan "

  1. Ur Other Half Says:

    aku tgh tgu brazil men ne..

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  2. Que Says:

    Dark : Brazil esok pg..kul 3 pagi esok..best2 ade pato,neymar,luiz..aku support brazil gak

  3. olen Says:

    heh~ nak tengok david villa! ;p

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  4. Que Says:

    zureen : erk..david villa tgk kt gambo je la ek..die xjoin copa :)

  5. olen Says:

    spaque - haha! tahu.. zureen xlayan copa ni... ;p

    kalau epl, champions league, world cup tu layan laa.. ehhe

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  6. Que Says:

    zureen : pergh..mntop2..leh join next season ek..tgk bola ke player2 je? hehe

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets