Home » » Taufik Hidayat Halangan Terakhir Chong Wei | Proton Malaysia Open Super Series 2011

Taufik Hidayat Halangan Terakhir Chong Wei | Proton Malaysia Open Super Series 2011

Penulis: Que Haidar | Kategori:

Salam peminat badminton tanah air.. Kepada mereka yang menonton siaran langsung perlawanan separuh akhir petang semalam pastinya terhibur dan bangga dengan persembahan menyakinkan Datuk Lee Chong Wei menewaskan wakil tunggal China dalam perseorangan lelaki, Chen Long. Chong Wei yang mendapat sokongan padu peminat di Stadium Putra menang mudah straight set 21-9, 21-9 dalam masa 39 minit. Chen Long nampak seperti gagal membaca gerakan Chong Wei dan kerap kali melakukan kesilapan.




Lawan yang menanti Chong Wei di pusingan akhir adalah Taufik Hidayat dari Indonesia. Taufik di peringkat separuh akhir menewaskan rakan senegaranya Simon Santoso 21-15, 21-19. Sebuah lagi pertarungan epik antara 2 buah negara yang sememangnya tak lekang dengan kontroversi. Chong Wei yang berada pada prestasi terbaik pastinya bersemangat untuk memburu gelaran ke-7 dalam Malaysia Super Series. Dalam rekod pertemuan sebelum ini, dari 16 perlwanan menentang Taufik Hidayat, Chong Wei menang 10 daripadanya. Namun Taufik, pemain pilihan ke-2 kejohanan tidak akan memberi laluan mudah untuk Chong Wei merakamkan kemenangan di hadapan penyokong sendiri.


Dalam 4 lagi pertemuan peringkat akhir, hampir kesemuanya didominasi wakil dari China. Beregu campuran, perseorangan wanita dan beregu wanita sudah pasti milik negara China. Hanya beregu lelaki yang bakal menyaksikan saingan dari negara Denmark. Apa pun yang pastinya perlawanan yang dinantikan adalah perseorangan lelaki yang melibatkan pemain negara kita yang tercinta. Jika mengikut jadual, perlawanan akhir beregu campuran akan bermula tepat pukul 2.00pm. Diikuti beregu lelaki, perseorangan wanita, beregu wanita dan perseorangan lelaki menutup kalendar Malaysia Open Super Series 2011. Jika tiada aral Datuk Lee Chong Wei akan beraksi sekitar jam 5.30pm - 6.00pm. Sama-samalah kita doakan kejayaan wakil tunggal negara di perlawanan akhir nanti. Adakah kemenangan itu nanti bakal menjadi titik tolak kepada penyatuan semula Misbun dan BAM??Tunggu..




Siaran Langsung di TV1, Astro 811, 831 HD 
(2pm-7pm) Available in Visual LiveScore Here

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

4 Responses to " Taufik Hidayat Halangan Terakhir Chong Wei | Proton Malaysia Open Super Series 2011 "

  1. Ain Tralala Says:

    agak2 chong wei menang kan.. 1 malaysia ..doakan agar malaysia menang,dan menang lagi...amin....

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  2. SpaQue Says:

    Ain : Harap cm2 r..klu tgk smlm cm bes je Chong Wei jinakkan pemain China 2..Tp Taufik jauh lebih berpengalaman..Perlu berwaspada..Tmbh2 plak rmai supporters Indon kt cni..masak la

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  3. fara feroza Says:

    haruslah menang..:)

    pasti..yakin gile...:)


    nak love bite tak..?

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  4. SpaQue Says:

    fara : men kt malaysia kne mng..peminat hrpkn die je

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2017
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets