22
Jan
2011
Home
»
sukan
»
Chong Wei Harapan Tunggal Malaysia | Proton Malaysia Open Super Series 2011
Chong Wei Harapan Tunggal Malaysia | Proton Malaysia Open Super Series 2011
Penulis: Que | Kategori: sukan
Kejohanan yang masuk hari ke-5 menyaksikan wakil Malaysia semakin berkurang hari demi hari. Kekalahan beregu utama negara pada pusingan pertama mengejutkan ramai peminat badminton Malaysia. Tambahan pula kita beraksi di gelanggang sendiri. Bak kata Rexy, jurulatih beregu Koo Kien Keat - Tan Boon Heong 'Pasangan kita sudah hilang taring dan corak permainan mudah dibaca oleh beregu China'. Peringkat suku akhir pula hanya menampilkan 2 wakil Malaysia dalam acara beregu lelaki (Mohd Zakry Abdul Latif - Hoon Thien How) dan perseorangan lelaki siapa lagi kalau bukan pemain nombor 1 dunia Datuk Lee Chong Wei.
Persoalannya sekarang sampai bila kita mahu mengharapkan Datuk Lee Chong Wei untuk meraih kejayaan untuk negara. Jika dilihat dari senarai perlawanan separuh akhir hari ini, rata-rata dikuasai pemain China. Walaupun ramai yang mengharapkan pertarungan 2 musuh ketat Lin Dan - Chong Wei, namun hakikatnya Choog Wei hanya akan bertemu pilihan ke-3 kejohanan, Chen Long. Kecederaan belakang yang dialami Lin Dan memastikan beliau tidak dapat meneruskan perlawanan suku akhir menentang rakan senegara Chen Long yang akan turun menentang satu-satunya wakil negara dalam separuh akhir petang ini.
Kredit : Proton Malaysia Open
Sesuatu harus dilakukan oleh BAM untuk melatih lebih ramai pelapis negara bagi kejohanan besar akan datang. Jepun yang dahulunya hanya negara kecil dalam dunia badminton kini sudah menampakkan peningkatan mendadak. Tidak mustahil dalam 4 tahun akan datang mereka bakal memberi saingan sengit kepada China, Indonesia, Malaysia dan Denmark. Perancangan yang teliti harus dilakukan dan kita perlu melihat dan mengkaji bagaimana cara negara China menghasilkan begitu ramai pemain hebat. Sehingga kini dalam 4 edisi terakhir Piala Thomas mereka mendominasi dari semua aspek.
Kredit : The Star Online
Untuk peminat badminton negara, jom sama-sama kita memberi sokongan padu kepada Datuk Lee Chong Wei dalam perlawanan separuh akhir sebentar lagi. Jika sebelum ini kehadiran Misbun Sidek memberi semangat luar biasa kepada beliau untuk melakar kemenangan mudah, bagaimana pula hari ini?
Siaran langsung di TV1, Astro 811, HD 831
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
January 22, 2011 at 9:12 PM
gua macam takde harapan je.. keh keh
January 23, 2011 at 2:49 PM
mejah : ko hrpn negara tuk blog plg glamer la..haha