Showing posts with label undian. Show all posts

 

Jadual Keputusan Undian Pusingan Ketiga Piala Capital One 2014/2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

UNITER TESINGKIR AWAL




Pasukan elit Liga Perdana Inggeris mendapat tuah undian di laman sendiri dalam perlawanan pusingan ketiga Piala Capital One. Keputusan paling mengejutkan pada pusingan kedua apabila kelab Manchester United yang mempertaruhkan skuad simpanan dibelasah teruk 0-4 kepada MK Dons di tempat lawan.



Buat kali pertama sejak 1995 United gagal bermain di pusingan ketiga Piala Capital One. Tanpa penglibatan dalam bola sepak Eropah, United dilihat mempunyai jadual perlawanan yang agak alapng musim ini.



Chelsea, Arsenal, Liverpool, Manchester City dan Tottenham masing-masing mengelak dari bertemua sesama sendiri di pusingan awal. Kebanyakannya diundi menentang pasukan divisyen bawah kecuali Arsenal yang dijadual menentang Southampton yang merupakan kelab Liga Perdana Inggeris.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siaran Langsung Super Spontan 2014 Astro Warna & Mustika HD

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

LAWAK SPONTAN KEMBALI



Setelah menobatkan Zizan Razak dan Jep Sepahtu sebagai juara pada musim terdahulu, program realiti bercorak permainan yang menampilkan para selebriti bermain komedi secara improvisasi kini kembali dengan judul Warna Super Spontan. Program realiti yang sudah pun memasuki musim yang ketiga ini bakal bersiaran secara langsung menerusi Astro WARNA di saluran 132 dalam pakej Mustika setiap Jumaat bermula 29 Ogos 2014, jam 10.00 malam dan ditayangkan serentak di Mustika HD (saluran 134).



Seramai 14 orang peserta lawak akan membarisi rancangan Super Spontan 2014. Kumpulan pertama dinamakan Mawas Berduri yang diuruskan oleh Rashid Salleh dan disertai oleh Johan Raja Lawak, Syuk, Jihan Muse, Rahim, Fad, Didie Alias dan Yus.



Manakala kumpulan kedua dengan nama Biawak Laser akan diuruskan oleh Reza dan dibarisi oleh Shuib, Taukeh, Shahrol, Micheal Ang, Achey, Sharifah Sakinah dan Abam.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Undian Peringkat Kumpulan UEFA Champions League 2014/15 | Liga Juara-Juara Eropah

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

TIADA KELIBAT MANCHESTER UNITED

JADUAL UNDIAN BALANG KUMPULAN LIGA JUARA EROPAH 2015


Jadual Liga Juara-Juara 2014/15 di Astro [Klik]

Sesi undian peringkat kumpulan malam ini dijangka hangat walaupun tanpa kelab Manchester United yang tidak layak beraksi musim ini. Kembalinya Liverpool selepas 4 tahun menyepi dari UCL sangat dinantikan peminat mereka seluruh dunia. Ditambah pula dengan kedudukan mereka di balang ke-3 yang memungkinkan The Kop bersama-sama dengan Real Madrid dan PSG dalam kumpulan maut.



AS Roma naib juara Serie A, juga layak dan mengisi balang ke-4 disebabkan gagal beraksi di kejohanan eropah dalam tempoh yang agak lama. 32 pasukan yang layak akan dibahagikan kepada 8 kumpulan mengikut balang yang disediakan.



Balang 1 dikhaskan untuk juara bertahan - Real Madrid dan 7 pasukan yang mempunyai mata terkumpul yang tinggi. Balang 2 hingga 4 akan diisi mengikut turutan dengan 8 pasukan setiap balang. Pasukan yang berasal dari negara yang sama tidak akan diundi dalam satu kumpulan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Capital One Cup 2014/2015 Pusingan Kedua | Manchester United vs MK Dons

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

Misi Kemenangan Pertama Louis Van Gaal



Keputusan akhir : MK Dons 4-0 Manchester United

Louis Van Gaal (LVG) sudah menjangkakan permulaan yang sukar di England setelah beliau membuat kajian terperinci terhadap skuad semasa Manchester United. 'Tidak seimbang' itu hasil penelitian setelah mula mengambil alih tugas selaku pengurus baru di Old Trafford.



United dalam dua perlawanan EPL hanya mampu meraih 1 mata. Kalah dalam perlawanan pembukaan 1-2 kepada Swansea dan seri 1-1 dengan Sunderland semalam. Nampaknya pemain masih lagi bertungkus lumus untuk menyesuaikan diri dengan formasi 3-5-2 yang diamalkan LVG sewaktu Piala Dunia 2014.



Tambahan pula senarai kecederaan pemain yang semakin kritikal apabila Herrera, Fellaini dan terbaru Smalling mengehadkan pilihan di barisan tengah dan pertahanan. Musim ini buat pertama kalinya sejak 1995 United akan memulakan kempen Piala Capital One seawal pusingan kedua. Ini semua kerana kegagalan mereka untuk melayakkan diri ke Piala Eropah.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Undian Peringkat Kumpulan Piala AFF Suzuki 2014 | Nasib Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

MALAYSIA DALAM KUMPULAN MAUT



Piala AFF Suzuki 2014 bakal bermula pada 22 November hingga 20 Disember 2014. Singapura yang juga juara bertahan bersama Vietnam akan menjadi tuan rumah untuk edisi ke-10 ini. Kejohanan tertinggi peringkat Asia Tenggara ini bakal disertai sebanyak 8 negara.



Undian peringkat kumpulan yang baru sahaja berakhir tadi menyaksikan pasukan negara diundi  dalam kumpulan B bersama Singapura, Thailand dan juara pusingan kelayakan nanti. Kumpulan A akan menjadi pertembungan antara tuan rumah Vietnam, Filipina (ranking tertinggi Asia Tenggara), Indonesia dan naib juara pusingan kelayakan.



Juara dan naib juara setiap kumpulan akan mara ke pusingan separuh akhir. Tahun 2012 langkah Malaysia tamat di tangan Thailand sewaktu pusingan separuh akhir. Pada tahun 2010 yang lalu kita juara. Mampukah para pemain kebangsaan merampas kembali Piala AFF Suzuki 2014?

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Video] Gol Tercantik Piala Dunia 2014 - James Rodriguez

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

GOL RODRIGUEZ DAPAT UNDIAN TERTINGGI



Pemenang kasut emas Piala Dunia 2014 menerima penganugerahan sekali lagi menerusi pemilihan gol terbaik kejohanan. Gol tersebut dijaringkan oleh James Rodriguez ketika menentang Uruguay di pusingan kedua kempen Piala Dunia yang lalu.



Undian di laman web rasmi FIFA meletakkan gol jaringan Rodriguez di tangga teratas mengetepikan jaringan tandukan terbang Robin Van Persie ketika menentang Spain dalam perlawanan pembukaan kumpulan B.



Pemain tengah Colombia itu mengawal tandukan dari rakan sepasukan, Juan Cuardado dengan dada sebelum melepaskan sepakan volley hanya sedikit di bawah palang gol yang dikawal Muslera. Colombia mendahului 1-0 pada minit ke-28 dan James menambah satu lagi jaringan di separuh masa kedua untuk memberikan kemenangan 2-0.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Undian Separuh Akhir Piala FA Inggeris 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

PELUANG ARSENAL AKHIRI PENANTIAN



Arsenal mendapat berita gembira awal pagi tadi apabila juara Piala FA musim lalu, Wigan mengejutkan Manchester City di laman mereka. Wigan merupakan kelab divisyen 1 yang berjaya melayakkan diri ke separuh akhir Piala FA Inggeris 2014. Selain Arsenal dan Wigan, dua lagi kelab yang layak ialah Sheffield United (divisyen 2) dan Hull City.



Kekalahan Manchester City itu sememangnya tidak diduga dengan kualiti pemain yang dimiliki serta bermain di laman sendiri. Ini sekaligus merencatkan usaha mereka untuk menambah bilangan koleksi trofi selepas menjuarai Piala Capital One baru-baru ini.



Di peringkat separuh akhir nanti, Arsenal akan menentang Wigan manakala Hull City bakal berdepan cabaran pasukan kerdil Sheffield United. Kedua-dua perlawanan akan diadakan di Stadium Wembley pada 12 dan 13 April 2014.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Undian Suku Akhir Piala FA Inggeris 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

ARSENAL ATAU MAN CITY



Arsenal dan Manchester City meneruskan pemburuan trofi mereka di dalam Piala FA Inggeris 2013/2014. 8 musim lalu, trofi terakhir yang dimenanangi Arsenal ialah Piala FA. Mungkinkah musim kesembilan ini tuah akan kembali bersama mereka?



Arsenal menewaskan Liverpool 2-1 dalam perlawanan pusingan ke-5 awal pagi tadi. Sehari sebelum itu, Manchester City membalas dendam kekalahan kepada Chelsea dalam EPL dengan kemenangan bergaya 2-0 untuk melayakkan diri ke suku akhir Piala FA Inggeris.



Setakat hari ini, Manchester City merupakan satu-satunya kelab yang masih berpeluang memenangi 4 trofi (Piala Capital One, Piala FA, EPL dan UEFA Champions League). Minggu ini kita akan saksikan pertarungan hebat antara Manchester City dan Barcelona manakala Arsenal pula akan melayan Bayern Munich.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Undian Perlawanan Piala FA Inggeris 2014 Pusingan 5

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

4 KELAB BERTEMBUNG



Undian pusingan ke-5 Piala FA Inggeris 2013/2014 menyaksikan dua pertembungan hebat antara 4 kelab elit yang masih bertahan. Finalis musim lalu, Manchester City akan menentang pasukan Chelsea manakala Arsenal akan melayan Liverpool di Stadium Emirates.



Perlawanan ini akan diadakan pada 15 dan 16 Februari 2014. Arsenal dan Manchester City bakal menghadapi ujian getir kerana perlawanan Piala FA Inggeris dijadualkan hanya beberapa hari sebelum perlawanan UCL menentang Bayern Munich dan Barcelona.



Arsenal yang kali terakhir memenangi trofi pada tahun 2005 mengharapkan tuah Piala FA untuk menamatkan kemarau selama 8 tahun. Mampukah mereka mengharungi jadual padat bulan depan?

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Siaran Langsung Piala FA Inggeris 2014 Pusingan 4 | Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

KELAB ELIT TERPISAH



Penyingkiran Manchester United seawal pusingan ke-3 memang tidak diduga. Tambahan pula prestasi di Old Trafford yang tidak menentu menggusarkan peminat. Mungkin ada baiknya mereka terkeluar dari saingan Piala FA Inggeris ni supaya boleh fokus untuk tempat ke-4 EPL.



Dalam pusingan ke-4, kesemua kelab elit mendapat undian yang selesa kecuali Chelsea yang terpaksa menentang pasukan Stoke City dari liga yang sama. Arsenal, Liverpool dan Manchester City masing-masing akan bertemu pasukan divisyen bawah.



Kesemua perlawanan akan berlangsung minggu ini dan keputusan seri membawa kepada perlawanan ulangan di tempat yang berlawanan. United akan ada masa seminggu untuk rehat sebelum melayan Cardiff dan Solksjaer Rabu depan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Undian Piala FA Inggeris 2014 Pusingan 4

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

MANCHESTER UNITED TAK LEPAS


Keputusan Piala FA Inggeris 2013/14 Pusingan 3 [Klik]


Masalah di kem Manchester United semakin parah. Sejak ketiadaan Sir Alex Ferguson semangat dan prestasi pasukan semakin merudum. Paling menyedihkan bila satu demi satu rekod tanpa kalah dipecahkan di kubu keramat Old Trafford. Apa sudah jadi David Moyes? Nampaknya beliau merupakan insan yang paling malang kerana terpaksa menggantikan SAF yang sudah lebih 20 tahun membimbing kelab Manchester United menjulang pelbagai trofi.



Swansea City menjadi pasukan terbaru mencatatkan kemenangan pertama mereka di Old Trafford dan menyingkirkan juara Piala FA Inggeris 11 kali itu. Kekalahan 1-2 itu sekaligus menamatkan saingan United untuk merebut trofi Piala FA



Antara kejutan besar lain ialah kekalahan Newcastle United kepada kelab Stevenage (Divisyen 2). Nampaknya kelab EPL lain perlu berhati-hati dengan sebarang kemungkinan dari kelab bawahan ini. Dalam undian pusingan 4 tempoh hari hanya satu perlawanan melibatkan kedua-dua pasukan dari EPL iaitu Chelsea vs Stoke.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siaran Langsung Perlawanan Piala FA Inggeris Musim 2013/2014 | 3rd Round @ Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

ARSENAL ATAU TOTTENHAM



Minggu ini akan bermula kempen Piala FA Inggeris Musim 2013/2014 dengan perlawanan tumpuan pusingan ketiga antara musuh tradisi Arsenal dan Tottenham. Dalam EPL, Arsenal kini menduduki tempat teratas liga manakala Tottenham di tempat ke-6. Pengurus sementara Tottenham, Tim Sherwood yang menggantikan Andre Villa Boas telah berjaya memberi nafas baru dan suntikan semangat kepada para pemain.



Tindakannya memanggil semula Adebayor ke dalam pasukan membawa kemenangan di Old Trafford menggunapakai formasi 4-4-2 yang tidak digemari Villa Boas. Arsenal yang dibelenggu masalah kecederaan memerlukan jaringan minit-minit akhir sebelum menewaskan Cardiff City pada Tahun Baru 2014.



Agak malang bagi kedua pasukan ini kerana hanya salah satu yang akan meneruskan cabaran dalam Piala FA Inggeris tahun ini. Arsenal walaupun mendahului liga, kekuatan skuad Arsene Wenger itu dipertikai dikala Manchester City dan Chelsea mampu menurunkan dua pasukan yang mempunyai kualiti yang sama.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Undian Pusingan Kalah Mati 16 Terakhir UEFA Champions League 2013/14

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

NASIB BERBEZA KELAB INGGERIS

UNDIAN PUSINGAN KALAH MATI UCL 2013/14, KEPUTUSAN UNDIAN DAN JADUAL PERLAWANAN 16 TERAKHIR 2013/2014


Saat ini 16 pasukan terakhir UEFA Champions League Musim 2013/14 bakal ternanti-nanti siapa lawan mereka di pusingan kalah mati pada bulan Februari 2014. Dua kelab England, Chelsea dan Manchester United berjaya menjuarai kumpulan masing-masing. Manakala Arsenal dan Manchester City bakal berdepan undian sukar kerana hanya berjaya mendapat tempat kedua.



Secara teorinya, juara kumpulan akan mengelak pasukan juara dari  kumpulan lain. Setiap pasukan juga tidak boleh diundi semula dengan pasukan dari kumpulan dan negara yang sama. Sebagai contoh Bayern Munich tidak boleh diundi dengan Manchester City (kumpulan D) dan Bayern Leverkusen atau Schalke 04 (kelab Bundesliga).



Kejutan besar berlaku apabila juara Serie A, Juventus tersingkir ke Europa League setelah tewas kepada Galatasaray dalam perlawanan terakhir kumpulan. Begitu juga nasib Napoli yang terpaksa akur dengan format UEFA walaupun mereka mendapat 12 mata dari kumpulan F (kumpulan maut).

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Perlawanan Piala FA Inggeris Musim 2013/2014 | Pusingan Ke-3

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

FA CUP 3RD ROUND



Tumpuan undian pusingan ketiga Piala FA Inggeris 2013/14 awal pagi tadi terarah kepada perlawanan musuh setempat antara Arsenal dan Tottenham. Piala FA ini jugalah merupakan trofi terakhir yang dimenangi Arsenal pada 2005 menewaskan Manchester United menerusi sepakan penalti.



Sejak itu kemarau trofi Arsenal berlarutan selama 8 musim. Juara musim lalu, Wigan mendapat undian mudah menentang keleb divisyen bawah MK Dons. Manchester United pemenang terbanyak Piala FA dengan 11 kejuaraan diundi bertemu Swansea di Old Trafford.



Dengan prestasi yang tidak menentu dalam EPL, United hanya mengharap kepada piala domestik dan UCL untuk mendapatkan trofi pertama Moyes. Semua perlawanan akan berlangsung pada 4 dan 5 Januari 2014.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Undian Piala Dunia 2014 Brazil | Peringkat Kumpulan

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

KUMPULAN MAUT?

UNDIAN AKHIR PIALA DUNIA 2014 BRAZIL 6 DISEMBER 2013


Malam ini seluruh dunia akan menantikan upacara undian peringkat kumpulan Piala Dunia 2014 Brazil. Debaran pastinya lebih dirasai oleh pemain dan pengurus pasukan untuk mengetahui siapa lawan mereka dan laluan ke pusingan akhir nanti. Bagaimana pula dengan nasib wakil Asia?



FIFA mengasingkan balang mengikut keutamaan dan memberi keadilan kepada semua pasukan. Balang 1 dikhaskan kepada 8 negara ranking paling tinggi yang diambilkira kedudukan mereka pada bulan Oktober lalu. Balang 2 pula diberi kepada wakil negara Afrika dan wakil Amerika Selatan bukan pilihan.



Balang 3 terdiri daripada wakil negara Asia dan Amerika Utara manakala balang 4 diwakili negara bukan pilihan dari benua Eropah. Isu hangat yang diperkatakan sejak dari awal minggu ini tentang format baru yang diperkenalkan FIFA iaitu 'Undian Balang X'.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Panas : Tiket Masuk Percuma MAHARAJA LAWAK MEGA 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

SIAPA CEPAT DIA DAPAT

MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 TIKET FREE, TIKET PAS FREE MLM 2013, CARA NAK AMBIL PAS MASUK MAHARAJA LAWAK MEGA 2013

Terkini : Dapatkan tiket Final MLM 2013 di sini [Klik]

Pengumuman, Pengumuman! Perhatian kepada peminat Maharaja Lawak Mega 2013 yang ingin menyaksikan persembahan secara langsung di Auditoriam MBSA, Shah Alam setiap minggu. Anda boleh dapatkan tiket pas masuk percuma di Pondok Pengawal North Entrance Astro, Bukit Jalil bermula jam 10.00 pagi setiap hari Jumaat.



Pas masuk akan diedarkan secara percuma bergantung pada siapa cepat dia dapat kerana bilangannya agak terhad. Jadi kepada yang berminat kena lah beratur awal supaya tidak pulang dengan tangan kosong. #MaharajaLawakMega 2013  di Twitter untuk info terkini.



Cara mengundi :

SMS: Taip ML<jarak>[nama singkatan PESERTA] atau ML<3/5/10><jarak>[nama singkatan PESERTA] untuk (3/5/10 undian) ke 32777

Contoh : ML10 [nama singkatan PESERTA] ke 32777.

Untuk 20 undian: Taip ML20<jarak>[nama singkatan PESERTA] ke 32777.



Nota : Bagi yang tak berkesempatan ke Astro boleh lah beratur di perkarangan MBSA pada setiap petang Jumaat.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Undian Suku Akhir Piala Capital One 2013/14

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

UNITED DAN CHELSEA TERPISAH


JADUAL MANCHESTER UNITED VS STOKE DIS 2013, CHELSEA VS SOUTHAMPTON 2013, PIALA LIGA DISEMBER 2013, UNDIAN SUKU AKHIR PIALA LIGA 2013 2014

Keputusan Penuh Perlawanan Capital One Cup Pusingan 4 [Klik]

Selepas menewaskan lawan masing-masing dalam pusingan ke-4 Piala Capital One semalam, United dan Chelsea mendapat berita gembira kerana kedua pasukan itu terpisah dalam saingan suku akhir.  Undian awal pagi tadi dilakukan selepas sahaja berakhir perlawanan antara Newcastle vs Manchester City dan Tottenham vs Hull City.



Manchester City dan Tottenham masing-masing layak selepas bermain 120 minit awal pagi tadi dengan Spurs terpaksa menunggu sehingga sepakan penalti ke-9 untuk mara ke tahap ini.



Keputusan penuh undian peringkat suku akhir Piala Capital One 2013/14 adalah seperti berikut :


Leicester City vs Manchester City
Stoke City vs Manchester United
Tottenham vs West Ham
Sunderland vs Chelsea

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Undian Peringkat Kumpulan | Bola Sepak Bawah-23 Sukan SEA 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

DEBARAN DATUK OKS DAN HARIMAU MUDA


KEPUTUSAN UNDIAN BOLA SEPAK SUKAN SEA MYANMAR 2013, KUMPULAN BOLA SEPAK SUKAN SEA 2913, UNDIAN SKUAD HARIMAU MUDA DI SUKAN SEA 2013


6 November 2013 akan menjadi detik yang mendebarkan untuk Datuk Ong Kim Swee dan pemain Harimau Muda. Pada hari tersebut mereka akan diundi bersama 9 negara lain untuk menentukan di mana Malaysia dalam kumpulan bola sepak Sukan SEA 2013. Proses undian akan diadakan di Nayphitaw, Myanmar.



Berjuta peminat bola sepak di rantau ini ternanti-nanti apakah keputusan undian kejohanan kedua terpenting selepas Piala AFF Suzuki itu. Dua  tahun lalu, Malaysia mempertahankan pingat emas apabila menewaskan tuan rumah, Indonesia dalam Final Sukan Sea 2011.



Undian itu nanti akan memberi gambaran siapakah lawan yang akan Malaysia hadapi di Sukan SEA 2013. Myanmar semestinya mahu mengelak berjumpa dengan Malaysia di peringkat kumpulan melihat kepada prestasi semasa Harimau Muda Pesta Bola Merdeka 2013.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Panas] Tiket Final Super Spontan 2013 | 1 November Sungai Petani Kedah

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , ,

PAS MASUK PERCUMA SUPER SPONTAN 2013


TIKET FINAL SUPER SPONTAN 2013, HARGA TIKET PAS MASUK FINAL SUPER SPONTAN 2013 1 NOVEMBER, LOKASI TIKET FINAL SUPER SPONTAN 1.11.2013

Updates : Keputusan Final Super Spontan 2013 [Klik]

Minggu ini merupakan minggu terakhir pertandingan Super Spontan 2013. Tinggal 6 peserta sahaja yang akan merebut hadiah utama berjumlah RM 100,000. Siapakah juara pilihan anda antara Jep, Johan, Tauke, Yus, Nabil dan Rahim. Edisi Final Super Spontan 2013 akan diadakan di Dewan  Kenangan MPSP, Sungai Petani, Kedah.



Kepada mereka yang teringin untuk menyaksikan Final Super Spontan 2013 secara langsung boleh dapatkan tiket atau pas masuk percuma di perkarangan Dewan Kenangan MPSP bermula jam 10 pagi hingga 4 petang pada hari Jumaat ini (1 November 2013).



Tiket adalah terhad. Orang-orang Kedah jom pakat tengok! Jumaat korang cuti so boleh lah beratur panjang-panjang. Bagi yang tidak berkesempatan ke Sungai Petani, Kedah, anda boleh menyaksikan Siaran Langsung Final Super Spontan 2013 di kaca TV anda.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Undian Perlawanan Play-Off Zon Eropah | Kelayakan Piala Dunia 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

PORTUGAL DAN FRANCE TERPISAH


SENARAI UNDIAN PLAY OFF KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014, PERLAWANAN PLAY OFF ZON EROPAH NOVEMBER 2013


Harapan peminat ternyata lega apabila keputusan undian play-off memisahkan Portugal dan France. Sebelum ini dalam ranking FIFA yang baru dikeluarkan, France berkemungkinan diundi bertemu dengan Portugal disebabkan mereka bukan dalam pasukan pilihan. Kedua-dua negara kini mempunyai peluang untuk menyertai 27 negara yang sudah layak ke Piala Dunia 2014.


Berikut adalah keputusan undian play-off zon Eropah :


Portugal vs Sweden

Ukraine vs France

Greece vs Romania

Iceland vs Croatia



Antara 8 buah negara di atas, hanya Portugal, Greece dan France yang menyertai Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Kesemua perlawanan akan diadakan pada 16 & 20 November 2013 dengan format timbal balik.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/