Showing posts with label video. Show all posts

 

[Video] Gol Keputusan Perlawanan Manchester United vs Barcelona 26 Julai 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

PETANDA BAIK


Anak buah Louis Van Gaal meneruskan kecemerlangan dalam siri jelajah pra musim dengan kemenangan ke-3 ke atas juara Eropah Barcelona 3-1. Gol-gol United dijaringkan kapten, Wayne Rooney pada separuh masa pertama sebelum barisan pemain muda menambah jaringan pada separuh masa kedua menerusi Jesse Lingard dan Adnan Janujaz.



Walaupun ini sekadar perlawanan pemanas badan, ini cukup penting untuk Manchester United menguji kekuatan pasukan setelah tercicir dari kejohanan Eropah musim lalu. Persediaan awal menentang kelab ternama memberi gambaran dan memudahkan mereka memperbaiki kelemahan sebelum beraksi di play off UEFA Champions League.



United selepas ini akan menentang Paris Saint Germain dari Perancis dalam perlawanan terakhir International Champions Cup 2015. Jika menang mereka berpeluang besar mengulangi kejayaan 2014 dengan membawa pulang trofi jelajah pra musim.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Video] Gol Barcelona Juara UEFA Champions League 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

TREBLE JADI KENYATAAN



Barcelona menamatkan musim 2014/2015 dengan trofi UEFA Champions League menewaskan Juventus 3-1 dalam final awal pagi tadi. Ivan Rakitic, Suarez dan Neymar meletakkan nama mereka selaku penjaring gol Barcelona manakala gol saguhati Juventus dijaringkan Morata. Keputusan Luis Suarez meninggalkan Liverpool untuk beraksi di pentas tertinggi amat tepat.



Juventus terpaksa bermain tanpa tonggak utama di bahagian pertahanan apabila Chiellini mengalami kecederaan sewaktu latihan sebelum perlawanan penting itu. Barcelona membuka jaringan seawal minit ke-4 dan terus menguasai perlawanan dalam separuh masa pertama. Juventus menyamakan kedudukan pada minit ke-55 sebelum Suarez kembali meletakkan Barcelona di depan pada minit ke-68.



Neymar melengkapkan kemenangan bergaya Bacelona pada masa kecederaan menerusi serangan balas pantas setelah pemain Juventus berada di atas untuk mencari gol penyamaan. Kejayaan ini juga amat bermakna kepada pemain lagenda Barcelona Xavi yang melakukan penampilan terakhir bersama pasukan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Akhir Final Badminton Piala Sudirman China vs Jepun | 17 Mei 2015 di Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

CHINA BURU GELARAN KE-10


Keputusan akhir : China 3-0 Jepun

China menepati ramalan layak ke pusingan akhir Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2015. Selaku tuan rumah, China bakal memburu gelaran ke-10 dan ke-6 berturut dalam sejarah. Mereka melepasi halangan dengan mengetepikan cabaran pasukan Germany dan Indonesia. Lawan mereka di final nanti merupakan pasukan Jepun yang menunjukkan peningkatan sejak menjuarai Piala Thomas 2014.



China ketika itu diaibkan Jepun dalam saingan separuh akhir dengan keputusan 3-0. Walaupun Piala Thomas hanya melibatkan pemain lelaki dan berbeza dengan format berpasukan Piala Sudirman, sudah pasti luka tersebut masih dirasai. Pentas petang ini bakal menjadi medan bagi China untuk mempamerkan kekuatan sebenar.



Jepun mengejutkan Korea Selatan yang menjadi naib juara dalam edisi sebelum ini. Perlawanan yang berlangsung lebih 4 jam itu berakhir dengan keputusan 3-2 memihak kepada negara matahari terbit itu. Jepun mungkin bukan pasukan pilihan kerana mereka buat pertama kali layak ke perlawanan akhir Piala Sudirman. Namun China harus berhati-hati dan memberi sepenuh tumpuan supaya trofi Piala Sudirman kekal menjadi milik mereka.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Suku Akhir Malaysia vs Korea Selatan Piala Sudirman | 14 Mei 2015 Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , ,

PISANG BERBUAH DUA KALI?


Keputusan Akhir : Malaysia 1-3 South Korea 

Jutaan peminat badminton Malaysia bakal mengharapkan magis kedua ketika menentang pasukan pilihan Korea Selatan dalam pusingan suku akhir  malam ini. Setelah mencatatkan keputusan mengejut 3-2 dalam perlawanan peringkat kumpulan, Malaysia sekali lagi diundi bersama Korea Selatan semalam. Format pertandingan Piala Sudirman hanya memisahkan balang juara dan naib juara kumpulan sahaja tanpa ada batasan untuk kumpulan yang sama.



Jika dilihat dari keputusan tempoh hari, Malaysia menang dalam set beregu lelaki, perseorangan lelaki dan beregu campuran. Manakala perseorangan dan beregu wanita agak lemah. Semuanya bakal bergantung kepada perlawanan pertama antara Goh V Shem / Tan Wee Kion vs Lee Yong Dae / Yoo Yeon Seong.



Jika menang, Malaysia ada harapan untuk menewaskan Korea Selatan. Jika tewas, harapan agak tipis dan kita perlu mengharapkan wanita untuk menyumbangkan sekurang-kurangnya 1 mata. Menanti di pusingan separuh akhir adalah pemenang antara pasukan Jepun dan Denmark.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Video] Keputusan Arsenal vs Manchester City | Perisai Komuniti 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

CITY TERIMA PADAH



Keputusan akhir : Arsenal 3-0 Manchester City


Ketiadaan pemain utama dan kesilapan percaturan Manuel Pellegrini akhirnya menyaksikan pasukan juara EPL 2013/14 Manchester City dibelasah 0-3 oleh Arsenal dalam perlawanan Perisai Komuniti 2014. Arsene Wenger menurunkan kebelasan terbaiknya dengan menyenaraikan pemain bintang Alexis Sanchez dan Calum Chambers mengisi tempat Mertesacker yang direhatkan selepas kempen Piala Dunia 2014.



City kehilangan khidmat kapten pasukan Kompany, Zabaleta, Aguero, Demichelis, Fernadinho, dan Negredo. Boyata yang diturunkan di posisi pertahanan nampak goyah dan kekalutan itu digunakan sebaiknya oleh Arsenal. Mereka lebih mengusai permainan dan berhak untuk menang Perisai Komuniti kali ini.



Kejayaan ini akan menaikkan moral pemain-pemain Arsenal sebelum perlawanan EPL minggu depan. Buat City dan Pellegrini, musim ini bakal menjanjikan cabaran yang lebih sukar dari musim lalu. Gol-gol perlawanan dijaringkan Cazorla (21'), Ramsey (42') dan Giroud (60').

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Manchester United vs Liverpool | Final International Champions Cup 5 Ogos 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

MASA UNTUK BALAS DENDAM


Keputusan Akhir : Manchester United 3-1 Liverpool


Perlawanan akhir International Champions Cup 2014 antara musuh tradisi Manchester United vs Liverpool memberi ruang kepada Louis Van Gaal merasai trofi pertama sebagai pengurus baru kelab itu. Musim lalu Liverpool menang dalam dua perlawanan liga manakala United pula menang dalam perlawanan Piala Capital One.



Liverpool bakal meneruskan perjuangan tanpa penyerang berbisa Luis Suarez yang hampir-hampir membawa Liverpool menjuarai Liga Perdana Inggeris yang kali terakhir dimenanagi pada musim 1989/90. Suarez menjadi pemain ketiga termahal dunia dengan yuran perpindahan 75 million ke Barcelona.



Walaupun pertemuan ini sebahagian dari jadual pra musim, sudah tentu kedua pasukan mahu menang dan memberi kelebihan sebelum bermulanya Liga Perdana Inggeris pada 16 Ogos nanti. Mampukah Liverpool bersaing sekali lagi untuk takhta EPL? Adakah Louis Van Gaal orang yang paling layak menggantikan Sir Alex Ferguson? Sama-sama kita nantikan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Video] Keputusan Manchester United vs Real Madrid | Pre Season US Tour 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

UNITED PAMER KEHEBATAN SEBENAR



Kejayaan pasukan Manchester United membenam juara Eropah 10 kali Real Madrid membawa kepada pertembungan dengan musuh tradisi, Liverpool di final International Champions Cup 2014 esok pagi. Walaupun sekadar perlawanan persahabatan, status kelab Real Madrid tidak boleh disangkal lagi. United di bawah kendalian Louis Van Gaal kini berubah wajah.



Beberapa tonggak utama kedua-dua pasukan tidak beraksi kerana direhatkan selepas berakhirnya Piala Dunia 2014. Keputusan akhir Manchester United 3-1 Real Madrid. Gol-gol United dijaringkan oleh Ashley Young pada minit ke-21 dan 37 serta Chicharito (80'). Gol saguhati Real Madrid dijaringkan oleh pemain termahal dunia, Gareth Bale menerusi sepakan penalti pada minit ke-27.



Untuk pengetahuan semua, Stadium Michigan (The Big House) mencatat sejarah dengan jumlah penonton melebih 109,000 orang memecahkan rekod sejak tahun 1984. Kebanyakkan mereka datang untuk menyaksikan bintang dunia Cristiano Ronaldo beraksi tetapi Ronaldo hanya dimasukkan pada minit ke-76 kerana masih belum cergas.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Video] Keputusan Manchester United vs Inter Milan | Pre Season US Tour 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

UNITED KEKAL SEBAGAI PENDAHULU





Louis Van Gaal masih mengekalkan rekod tanpa kalah dalam perlawanan pra musim Manchester United. Awal pagi tadi, anak buah LVG berjaya memenangi sepakan penalti apabila kedua pasukan terikat 0-0 dalam 90 minit. United mengumpul 2 mata dan Inter Milan terpaksa berpuas hati dengan 1 mata sahaja. United mendahului kumpulan A International Champions Cup dengan 5 mata. Dalam perlawanan terakhir kumpulan, United akan bertemua Real Madrid pada 3 Ogos 2014. Jadual lengkap di sini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Video] Keputusan Manchester United vs AS Roma | Pre Season US Tour 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

KEMENANGAN KE-2 LVG


Jadual Pre Season Manchester United 2014/2015 [Klik]


Manchester United memulakan kejohanan International Champions Cup 2014 dengan kemenangan 3-2 ke atas pencabar dalam kumpulan A iaitu AS Roma. Wayne Rooney sekali lagi menjadi wira United dengan menyumbangkan 2 gol manakala Juan Mata menjaringkan gol pertama beliau untuk sesi pemanas badan di USA Tour.



Louis Van Gaal mengekalkan formasi 3-5-2 yang berjaya menghasilkan 7 gol menentang LA Galaxy dalam perlawanan pertama beliau selaku pengurus Manchester United. Beliau bagaimanapun kurang bersetuju dengan jadual perlawanan yang diadakan pada jam 2.00 pm waktu tempatan kerana altitud dan suhu sangat tinggi.



Sam Johnstone penjaga gol ke-3 dalam skuad pra musim dan Blackett serta James diletakkan sebagai kesebelasan utama. Cleverley dipilih selaku kapten pasukan dalam misi LVG memerhati kekuatan dan kemampuan skuad United sedia ada.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Video] Keputusan Manchester United vs LA Galaxy | Pre Season US Tour 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

BERMULANYA ERA LOUIS VAN GAAL


Jadual Pre Season Manchester United 2014/2015 [Klik]

Era Louis Van Gaal selaku pengurus baru Manchester United bermula dengan cemerlangnya. Kejayaan pasukan itu membelasah kelab MLS 7-0 membuka mata peminat bola sepak. Umum sudah mengenali siapa Louis Van Gaal. Beliaulah orang penting yang membawa negara Holland meraih tempat ke-3 semasa Piala Dunia 2014 yang lalu.



Perlawanan persabahatan dilihat sebagai medan terbaik untuk setiap pengurus menilai kekuatan pasukan dan mempersiapkan mental serta fizikal pemain sebelum kempen liga domestik bermula. Van Gaal menurunkan kesebelasan utama dengan menggunakan formasi 3-5-2 yang sudah terbukti berjaya sewaktu beliau meminpin pasukan Holland.



Ander Herrera dan Luke Shaw membuat penampilan pertama untuk kelab Manchester United. Masih terlalu awal untuk melihat kemampuan sebenar dua pemain ini. Namun Herrera sudah memperlihatkan keserasian apabila lorongan dan hantaran tepat beliau membantu United menjaringkan 7 gol.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Video] Gol Tercantik Piala Dunia 2014 - James Rodriguez

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

GOL RODRIGUEZ DAPAT UNDIAN TERTINGGI



Pemenang kasut emas Piala Dunia 2014 menerima penganugerahan sekali lagi menerusi pemilihan gol terbaik kejohanan. Gol tersebut dijaringkan oleh James Rodriguez ketika menentang Uruguay di pusingan kedua kempen Piala Dunia yang lalu.



Undian di laman web rasmi FIFA meletakkan gol jaringan Rodriguez di tangga teratas mengetepikan jaringan tandukan terbang Robin Van Persie ketika menentang Spain dalam perlawanan pembukaan kumpulan B.



Pemain tengah Colombia itu mengawal tandukan dari rakan sepasukan, Juan Cuardado dengan dada sebelum melepaskan sepakan volley hanya sedikit di bawah palang gol yang dikawal Muslera. Colombia mendahului 1-0 pada minit ke-28 dan James menambah satu lagi jaringan di separuh masa kedua untuk memberikan kemenangan 2-0.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siaran Langsung Final Piala Thomas Malaysia vs Jepun | 25 Mei 2014 di Astro dan RTM

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

PELUANG AKHIRI PENANTIAN 22 TAHUN


Jepun menang 3-2. Tahniah!

Seluruh negara kini semakin berdebar menantikan siaran langsung perlawanan akhir badminton Piala Thomas 2014 antara pasukan Malaysia dan Jepun petang ini. Kali terakhir Malaysia mara ke final pada tahun 2002 namun tewas 2-3 kepada Indonesia. Mampukah sejarah terukir di bumi India?



China yang merupakan kuasa besar dunia badminton menerima tamparan hebat apabila tewas mengejut 0-3 kepada Jepun di separuh akhir. Bagaimanapun pasukan Piala Uber China berjaya melebarkan penguasaan mereka untuk kategori wanita. Mereka mudah menewaskan tuan rumah India yang menunjukkan peningkatan pada edisi kali ini.



Malaysia layak ke peringkat akhir dengan mengetepikan cabaran Indonesia 3-0. Persembahan beregu utama negara semakin nampak peningkatan apabila berjaya menewaskan beregu nombor 1 dunia Mohammad Ahsan/ Hendra Setiawan dalam rubber set.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Video] Keputusan Perlawanan Real Madrid vs Atletico Madrid | Final UEFA Champions League 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

SERGIO RAMOS DAN BALE MUNCUL WIRA


Keputusan akhir : Real Madrid 4 - 1 Atletico Madrid

Sergio Ramos menjadi penyelamat Real Madrid apabila menjaringkan gol penyamaan dalam masa kecederaan ketika peminat Atletico Madrid sudah mula meraikan kemenangan pasukan mereka. Nyata gol tersebut sedikit sebanyak membunuh semangat pemain Atletico setelah mereka mendahului sejak minit ke-35 hasil jaringan pemain pertahanan, Godin.



Juara baru La Liga itu kehilangan penjaring terbanyak mereka, Diego Costa di awal permainan. Percaturan pengurus Diego Simeone nampaknya kurang bijak apabila mempertaruhkan pemain yang baru saja pulih dari kecederaan.



Ronaldo yang beraksi di tempat kelahirannya juga gagal menyinar. Walaupun Real Madrid lebih banyak mengatur serangan tetapi kualiti penyudah gagal menghasilkan gol. Gareth Bale muncul wira apabila menjaringkan gol kedua Real Madrid dan menjadi batu loncatan kepada kemenangan besar 4-1 awal pagi tadi.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

VIDEO MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 MINGGU 10 | JAMBU PULAK BOTTOM 3

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

SHIRO POPULARKAN LAGU BINTANG MALAM INI




Persembahan Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 10 kembali menghiburkan. Minggu lalu suasana pentas terbuka memberi kesan terhadap kebanyakan kumpulan. Tema 'Radio' Sinar FM menjadi pilihan untuk episod minggu lepas. Antara persembahan yang boleh dikira mantap ialah kumpulan Sepahtu dan Shiro.



Datuk Yusof Haslam yang menjadi perintis mempopularkan lagu nostalgia 'Bintang Malam Ini' menjadi sumber inspirasi kumpulan Shiro. Memang terbaik lagu remix yang dipersembahkan. Punchline yang tak disangka dan fizikal komedi yang bersahaja.



Sepahtu yang menang kereta Perodua Alza baharu kembali bersemangat. Mereka mengambil pendekatan menceritakan sejarah penyerapan Rahim ke dalam Sepahtu. Seperti biasa, ahli yang baru akan selalu menjadi bahan lawak. Hehe.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

VIDEO MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 MINGGU 9 | SEPAHTU MENANG ALZA

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

1 UTAMA HAVOC



Tahniah kumpulan Sepahtu yang telah berjaya membawa pulang sebuah kereta perodua Alza baharu pada persembahan Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu ke-9. Sebelum itu kita dikejutkan dengan keputusan anugerah 'Man Of The Match' kepada Rahim Sepahtu. Walaupun sebelum ini sering diperli tentang fungsinya dalam kumpulan, tetapi malam itu  nampaknya pengundi majoriti memilih Rahim.



Buat pertama kalinya, team produksi Maharaja Lawak Mega 2013 membuat siaran di luar Auditorium MBSA. Lokasi bertuah minggu lepas di perkarangan 1 Utama, Damansara. Bertemakan 'Bebas', para peserta dilihat kurang menyengat pada malam itu.



Mungkin perbezaan suasana mempengaruhi persembahan mereka. Kumpulan SYJ yang sebelum ini begitu konsisten dengan lawak yang segar juga kurang menjadi. Punchline yang agak suram dan jalan cerita yang bosan. Nabil pula lebih kepada terkinja-kinja macam pengacara Lawak Ke Der.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

VIDEO MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 MINGGU 8 | SEPAHTU BANGKIT

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

GIMIK TIADA PENYINGKIRAN

MAHARAJA LAWAK MEGA MINGGU 8 ASTRO


Astro memang pandai buat gimik. Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 8 menyaksikan tiada penyingkiran. Bila kumpulan Shiro dan SYJ tiba-tiba dipanggil bersama-sama Wala sebagai bottom 3, ada penonton dan peminat yang mula risau. Tapi juri pantas menenangkan keadaan apabila mengumumkan yang minggu tersebut tiada penyingkiran.



Tema 'Rancangan TV' menjadi pilihan untuk minggu ke-8. Kesemua peserta sangat kreatif memilih bahan untuk parodi. Ada yang meniru rancangan Macam-Macam Aznil, Meletop, Fear Factor, AC Di Mana? dan Tom Tom Bak



Sepahtu yang beberapa kali dikritik hebat akibat persembahan yang mengecewakan, kembali bangkit minggu ini. Jep pula dipilih sebagai pemenang anugerah 'Man Of The Match'. Mampukah mereka mengekalkan prestasi hingga ke final?

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

VIDEO MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 MINGGU 7 - BANYAKNYA 4 BINTANG

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

JIHAN PELAWAK WANITA TERBAIK?




Minggu tema 'Muzikal Komedi' memang ditunggu setiap kali pertandingan Maharaja Lawak Mega. Terbukti bila 7 kumpulan atau peserta mendapat 4 bintang! Hanya kumpulan Wala dan SayWho gagal memikat hati juri. Adakah juri-juri ni pemurah? Sebenarnya tidak. Bila ada elemen muzikal secara tak langsung persembahan akan jadi lebih menarik dan tak bosan.



Tapi itu bergantung juga kepada idea dan pengisian lawak yang dibawa. Kalau ada ahli kumpulan yang hanya menumpang dan setakat jadi feeder (tanya soalan) pun tak best jugak. Itu yang berlaku pada kumpulan Wala. SayWho pulak sejak bertukar ahli kumpulan agak kurang serasi kali ini. Akhirnya berakhirlah perjuangan wakil dari Indonesia. Tapi jangan gusar sebab kita masih dapat tonton Luna Maya. Hehe.



Persoalannya, kenapa Datuk AC Mizal yang dapat award Man Of The Match? Dia pengacara memang lah dia boleh keluar setiap kali peserta buat persembahan. Minggu depan bagi pada juri pulak ok. Jihan pada aku antara yang menyinar malam tu. Mungkin dia antara pelawak wanita yang menonjol sekarang. Tak mustahil anugerah pelakon komedi atau pelawak wanita akan menjadi milik Jihan dalam beberapa tahun lagi.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 MINGGU 6 - SEPAHTU BOTTOM 3

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

BOBOI DIBENARKAN KELUAR



Kumpulan Sepahtu meneruskan persembahan mengecewakan mereka di pentas Maharaja Lawak Mega 2013 sehingga mereka dipanggil ke depan di waktu penyingkiran. Ramai peminat yang mengkritik cara mereka berlawak yang seolah-olah terlalu selesa dek populariti Jep yang baru dinobatkan sebagai Juara Super Spontan 2013.



Seperti kekurangan idea, mereka gemar membuat lawak yang diluar skrip seperti menyalahkan anggota baru Rahim sebagai tiada fungsi. Punchline pula tak sampai kerana lawak yang diulang-ulang dan nampak bosan. Bila berada di bottom 3 barulah mereka rasa yang pengundi tidak akan membuang duit mengundi lawak yang tidak berkualiti. 



Banyak lagi kumpulan yang bagus seperti Jambu, SYJ, Shiro dan Bocey yang cuba memberi persembahan terbaik setiap minggu. Apakah zaman Jep akan berakhir di Maharaja Lawak Mega 2013? Sebab tu orang cakap jangan terlalu bangga dengan kejayaan lalu. Kelak akan memakan diri.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 MINGGU 5 - SHIRO PALING MANTAP

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

BOBOI TAK SABAR NAK KELUAR


LAWAK KUMPULAN SHIRO BANGLA JUAL KARPET MINGGU 5 MLM 2013, KUMPULAN BOCEY MINGGU 5 MAHARAJA LAWAK MEGA 2013


Shiro mendapat pujian daripada juri kerana sering kali tampil dengan idea dan lawak yang segar di pentas Maharaja Lawak Mega 2013. Sepatutnya tema 'bebas'  menjadi makanan para peserta lain kerana tidak terikat dengan mana-mana topik. Malam semalam antara kumpulan yang mempamerkan lawak berkualiti ialah kumpulan Shiro, SYJ dan Bocey.



Boboi mula menunjukkan sikap kurang profesional mereka dengan mengetengahkan lawak secara perli sebab mereka tidak dibenarkan keluar dari Maharaja Lawak Mega 2013. Format pertandingan dah jelas bergantung pada undian peminat dan markah juri. Tolong lah respek duit orang.



Akhirnya Zero yang terkeluar pada minggu ini. Mungkin pengundi di Sabah mempertaruhkan dan percaya bakat kumpulan Wala untuk pergi lebih jauh kali ini. Sepahtu dan Nabil juga dilihat kekurangan idea bila terpaksa mengulang lawak yang sama beberapa kali. Jambu pulak masih dengan lawak mengarutnya tetapi mampu membuat penonton tergelak.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 MINGGU 4 - SEPAHTU JAMBU & NABIL HILANG PUNCA

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

BINTANG SEMAKIN PUDAR

VIDEO MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 MINGGU 4 TEMA SPOOF FILEM PARODI


Minggu Spoof atau Parodi nampaknya betul-betul menguji kemampuan peserta Maharaja Lawak Mega 2013. Kebanyakan pelawak feveret seperti Sepahtu, Nabil dan Jambu gagal menyerlah. Mungkin kerana kesuntukan masa dan ketandusan idea. Di penghujung rancangan, kumpulan Mamu terpaksa disingkirkan kerana kekurangan undian.



Kejutan berlaku apabila Afdlin dari kumpulan Boboi yang juga mendapat undian bottom three cuba menawarkan diri mereka untuk keluar dari Maharaja Lawak Mega 2013. Tetapi Datuk AC menenangkan keadaan untuk berlaku adil kepada pengundi mereka yang telah mengundi.



Bilangan 4 bintang semakin berkurang. Hanya Jambu diberi 4 bintang oleh juri pemurah Nora Danish. Mungkin standard lawak Nora agak rendah. Kita layankan saja sebab Astro dah buat kesilapan sejak dari awal lagi. Bagi aku kumpulan SYJ paling banyak kejutan dalam persembahan meraka dengan watak Thor dan Hantu Kak Limah.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/