Showing posts with label capital one cup. Show all posts

 

Jadual Keputusan Undian Perlawanan Separuh Akhir Capital One Cup 2015/16

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

LIVERPOOL PASUKAN PILIHAN?



Kehadiran Jurgen Klopp ternyata mengubah nasib pasukan Liverpool menjadi pasukan pilihan untuk memenangi Piala Capital One Cup musim 2015/2016. Kejayaan membenam Southampton 6-1 di tempat lawan membuka mata pengkritik bola sepak England. Pasukan yang dirundung masalah prestasi di awal musim dan kecederaan kepada pemain utama kini mempamerkan corak permainan menarik dan pantas.



Biarpun dikejutkan dengan gol awal Southampton ketika masa perlawanan baru memasuki 43 saat, namun semangat juang pemain Liverpool tidak pernah lutur. Begitulah impak pengurus berkarisma dari Jerman itu sehingga ada yang memberi harapan pasukan ini mampu mencabar gelaran Liga Perdana Inggeris musim ini.



Manchester City, Everton dan Stoke masing-masing layak ke pusingan separuh akhir Piala Capital One. Mereka perlu bermain dalam 2 perlawanan timbal balik bermula bulan Januari 2016. Mengikut pengalaman sebagai seorang pemain Football Manager, jadual perlawanan akan menjadi lebih padat dengan penambahan 2 perlawanan ini. Apatah lagi jika pasukan itu terlibat dalam pertandingan peringkat Eropah.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Keputusan Suku Akhir Capital One Cup 2015/2016 Waktu Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , ,

TINGGAL CITY DAN LIVERPOOL



Kekalahan mengejut Chelsea, Arsenal dan Manchester United di psuingan ke-4 Piala Capital One 2015/2016 memberi peluang kepada pasukan pilihan Manchester City dan Liverpool merangkul trofi pertama musim ini. Perlawanan minggu ini akan menjadi penentu pasukan mana yang akan layak ke pusingan separuh akhir.



Manchester City mendapat undian paling mudah dengan bermain di laman sendiri menentang pasukan divisyen bawah Hull City. Namun dalam pertandingan seumpama ini, pasukan elit terutamanya tidak boleh mengambil mudah cabaran pasukan kerdil ini kerana sejarah telah menyaksikan banyak kejutan berlaku lebih-lebih lagi di final.



Liverpool yang semakin meningkat di bawah kendalian pengurus Jerman, Klopp berpeluang mara ke pusingan seterusnya jika melepasi halangan di Stadium St. Mary's bertemu Southampton. Dua lagi perlawanan antara Stoke dan Sheffield serta Middlesbrough dengan Everton.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Penuh Perlawanan Piala Capital One 2015/2016 Pusingan 4 | Chelsea & Arsenal Kalah

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

JUARA BERTAHAN TERSINGKIR



Kejutan demi kejutan berlaku dalam bola sepak England sejak akhir-akhir ini. Awal pagi tadi, Chelsea dan Arsenal masing-masing tersingkir dari pertandingan Piala Capital One musim 2015/2016. Chelsea yang juga juara bertahan terpaksa akur dengan kekentalan pemain Stoke City biarpun bermain hanya 10 pemain dalam masa tambahan.



Dalam penentuan sepakan penalti, Eden Hazard pemenang pemain terbaik EPL musim lalu gagal menyempurnakan sepakan terakhir sekaligus memberi kemenangan kepada pasukan tuan rumah. Apa sudah jadi dengan pasukan Chelsea?? Jose Mourinho sudah pasti berada dalam keadaan tertekan ketika ini dengan Liverpool bakal menjadi perlawanan penentu masa depan beliau.



Pasukan muda Arsenal juga tumbang di tempat lawan ditambah dengan kecederaan Theo Walcott dan Alex Oxlade-Chamberlain. Arsene Wenger tidak wajar dipersalahkan kerana selaku pengurus yang mengendalikan pasukan yang bermain dalam pelbagai pertandingan sudah pasti beliau mahu merehatkan pemain utama di samping memberi peluang kepada pemain remaja.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Undian Capital One Cup 2015/2016 | Pusingan 4

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

UNITED DAPAT UNDIAN MUDAH



Manchester United berjaya melepasi halangan pertama dalam pertandingan Piala Capital One yang menyaksikan mereka mara ke pusingan ke-4 bersama-sama beberapa kelab elit England yang lain. Kemenangan ini sangat diperlukan apatah lagi setelah kekecewaan akibat tersingat seawal pusingan ke-2 musim lalu kepada pencabar kelab divisyen 3 MK Dons.



Louis Van Gaal menurunkan kesebelasan terbaik dengan hanya Andreas Perreira sahaja pemain remaja yang tersenarai. Pengajaran dari episod duka itu nyata memberi gambaran baru kepada beliau bagaimana kejutan boleh berlaku kepada kelab besar dalam perlawanan kalah mati. Kebanyakan kelab elit hanya menurunkan barisan kedua untuk memberi masa bermain kepada pemain lain.



Setakat ini Chelsea (juara bertahan), Manchester City, Arsenal dan Liverpool masih terselamat dan mengiringi United ke pusingan seterusnya. Dalam undian Piala Liga Inggeris ini, kebanyakan pasukan berharap untuk bermain di tempat sendiri dan bertemu pasukan yang kurang ternama untuk mencerahkan peluang.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Penuh Perlawanan Piala Capital One 2015/2016 | Pusingan 3

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

CHELSEA JUARA BERTAHAN



Piala Capital One telah memasuki pusingan ketiga awal pagi tadi. Sebanyak 32 pasukan yang telah layak akan merebut 16 tempat ke pusingan seterusnya. Lupakan sejenak perlawanan EPL yang bakal bersambung hujung minggu nanti. Perlawanan ini akan dijadikan medan peluang untuk pemain-pemain simpanan dan remaja kelab untuk menunjukkan bakat mereka.



Perlawanan tumpuan untuk pusingan ini akan menemukan musuh setempat London antara Arsenal dan Totteham. Salah satu akan tersingkir awal dan mempunyai masa yang lebih untuk fokus pada pertandingan lain. Antara kelab EPL yang telah mara ke pusingan 4 adalah Manchester City, Everton, Bournemouth, Aston Villa, Stoke dan Leicester.



8 lagi perlawanan akan berlangsung awal pagi esok. Rujuk jadual waktu perlawanan di sini. Chelsea, Arsenal, Liverpool dan Manchester United dijangka mampu meneruskan saingan dan menewaskan lawan masing-masing.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Perlawanan Pusingan Ke-3 Piala Liga Inggeris 2015/16 | 3rd Round Capital One Cup

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

ARSENAL SEKALI LAGI DAPAT UNDIAN SUKAR



Undian yang berlangsung pagi tadi lebih terarah kepada pertembungan musuh setempat antara Arsenal dan Tottenham Hotspur. Benar kata orang, dalam pusingan kalah mati anda perlukan nasib untuk mengelak dari bertemua dengan pasukan kuat di pusingan awal selain mengharapkan perlawanan di laman sendiri.



Ini bermakna dalam pertandingan Piala Capital One 2015/2016 sama ada Arsenal atau Tottenham akan tersingkir lebih awal. Tottenham merupakan pasukan naib juara kejohanan musim lalu sebelum tewas kepada pasukan juara, Chelsea 0-2. Dalam undian lain, Manchester United yang diaibkan kelab bawahan dalam pusingan ke-2, MK Dons akan melayan kunjungan Ipswich Town di Old Trafford.



Chelsea akan bertandang ke Walsall dan Manchester City diundi menentang Sunderland dalam satu lagi pertemuan kelab EPL. Liverpool pula akan menanti kehadiran kelab bawahan Carlisle. Menjadi kebiasaan kepada kelab-kelab besar untuk menamakan skuad kedua dalam perlawanan Piala Liga Inggeris kerana komitmen yang lebih tinggi diperlukan dalam kejohanan Eropah.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Final Capital One Cup 2015 | Chelsea vs Tottenham

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

MOURINHO BURU TROFI KETIGA

FINAL AKHIR CHELSEA VS TOTTENHAM 1 MAC 2015

Keputusan akhir : Chelsea 2-0 Tottenham

Jose Mourinho dan Piala Liga atau Capital One Cup memang agak sinonim. Beliau merupakan pakar dalam memenangi trofi ke-4 terpenting dalam ranking bola sepak England. Sebelum ini Chelsea pernah menjulang trofi Piala Liga dua kali bersama Mourinho pada tahun 2005 dan 2007. Kali ini mereka berjaya melayakkan ke final Piala Capital One untuk bertemu Tottenham.



Sewaktu peninggalan Mourinho pada penghujung 2007, Avram Grant berjaya membawa Chelsea ke perlawanan akhir namun tewas kepada Tottenham dalam masa tambahan. Kali ini mereka berpeluang untuk membalas dendam kekalahan tersebut di bawah pimpinan Mourinho pula.



Chelsea menewaskan Bolton (3rd round), Shrewsbury (4th round), Derby (5th round) dan Liverpool (semi final) untuk sampai ke final. Tottenham pula menundukkan Nottingham Forest (3rd round), Brighton (4th round), Newcastle (5th round) dan Sheffield United (semi final).
 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Chelsea Mara Ke Final Piala Capital One 2015 | Kalahkan Liverpool

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

MOURINHO MASIH BERBISA


Keputusan Akhir : Chelsea 1-0 Liverpool (Agg 2-1)

Harapan Liverpool untuk memenangi trofi sekali lagi dileburkan Chelsea yang begitu kebal di bawah kendalian Jose Mourinho. Biar pun beraksi cemerlang dalam 2 perlawanan timbal balik, mereka terpaksa akur dengan kelebihan Chelsea dan taktik Mourinho yang sememangnya pakar dalam pertandingan kalah mati. Gol Chelsea dijaringkan Ivanovic pada minit ke-94 (masa tambahan).



Selepas seri 1-1 dalam perlawanan pertama di Anfield, Liverpool perlu menjaringkan sekurang-kurangnya 1 gol kerana Chelsea mempunyai gol di tempat lawan. Semangat pemain Chelsea pastinya lebih membara ekoran kekalahan mengejut kepada kelab kerdil Bradford City 2-4 di Stamford Bridge dalam pusingan ke-4 Piala FA Inggeris Sabtu lalu.



Dari segi rekod pertemuan, Chelsea belum pernah tewas kepada Liverpool dalam 5 perlawanan sejak kembalinya Mourinho ke England. Mereka akan bertemu pemenang antara Tottenham atau Sheffield United di final dalam bulan Mac nanti. 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Keputusan Siaran Langsung Separuh Akhir Piala Capital One Cup 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

LIVERPOOL ATAU CHELSEA?


Update: Chelsea dan Tottenham ke final Capital One Cup 2015

Chelsea dan Liverpool telah diundi bersama dalam pusingan separuh akhir Piala Capital One musim 2014/2015. Format perlawanan timbal balik ini akan mengambil kira gol di tempat lawan. Pertemuan antara protege (Brendan Rodgers) dan sifu (Jose Mourinho) pastinya sengit. Rekod 3 pertemuan sebelum ini memihak kepada Chelsea dengan 3 kemenangan termasuk insiden kapten Liverpool tergelincir semasa perebutan gelaran EPL April tahun lepas.



Jose Mourinho sememangnya pakar dalam pertandingan kalah mati. Strategi dan permainan psikologi memberi kelebihan kepada pasukan Chelsea yang sudah memenangi 2 trofi Capital One di bawah kendalian beliau pada tahun 2005 dan 2007.



Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, Tottenham menanti kunjungan kelab divisyen bawah Sheffield United yang mengejutkan pasukan tempat ke-3 EPL Southampton. Mampukah Tottenham mengulangi kejayaan mereka pada tahun 2008?

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Keputusan Undian Separuh Akhir Piala Capital One 2014/2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

CHELSEA DAN LIVERPOOL BERENTAP

JADUAL CHELSEA VS LIVERPOOL PIALA LIGA CAPITAL ONE CUP CARLING CUP MUSIM 2014 2015 WAKTU MALAYSIA

Keputusan saingan pusingan ke-5 Piala Capital One [Klik]


Liverpool mencerahkan harapan untuk memenangi satu-satunya kejuaraan yang realistik pada musim ini dengan menewaskan pendahulu liga divisyen bawah, Bournemouth awal pagi tadi. Keputusan 3-1 itu melayakkan mereka ke semi final Capital One Cup 2014/2015. Sebelum berangan-angan menjulang piala, Liverpool terlebih dahulu perlu melepasi pertemuan menentang pasukan bimbingan 'The Special One'.



Chelsea mara selepas menewaskan pasukan Derby County juga dengan jaringan 3-1. Satu lagi pertemuan adalah antara Tottenham yang menewaskan Newcastle United 4-0 melawan Sheffield United yang mengejutkan Southampton 1-0 di suku akhir. Setiap pasukan akan bermain 2 kali dalam perlawanan timbal balik pada bulan Januari 2015.



Chelsea sememangnya pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Capital One 2014/15. Jose Mourinho bijak menyusun strategi dan pemilihan pemain. Liverpool perlu mengorbankan perlawanan EPL sekiranya mahu kesebelasan terbaik mereka mengekalkan tahap kecergasan sebelum untuk menyekat kemaraan Chelsea.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Siaran Langsung Suku Akhir Piala Capital One 2014/2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

CHELSEA PILIHAN




Setelah berakhir perlawanan UCL dan EPL minggu lalu, saingan Piala Capital One akan bersambung di peringkat suku akhir. Hanya 5 kelab EPL yang masih bertahan iaitu Chelsea, Newcastle, Southampton, Liverpool, dan Tottenham. Chelsea dilihat sebagai calon pilihan untuk memenangi trofi setelah kembalinya Mourinho. Capital One Cup ini merupakan kejuaraan pertama beliau di England pada musim 2004/05.



Southampton yang begitu hebat di awal saingan EPL kini sudah tewas 4 perlawanan berturut-turut (Man City, Arsenal, Man Utd & Burnley) dan kini menghuni di tangga ke-5. Susunan jadual dan kecederaan pemain akan menjadi faktor kejatuhan sesebuah kelab. Nasib yang sama dirasai oleh Liverpool yang kehilangan khidmat Sturridge selama 3-4 bulan. Tanpa Suarez dan Sturridge Liverpool kembali ke tempat asal mereka (10th).



Tottenham masih lagi dalam proses peralihan di bawah kendalian pengurus baru. Keputusan tidak konsisten menyaksikan mereka berada di tempat ke-7. Newcastle United berada pada prestasi terbaik dengan 10 perlawanan tanpa kalah (9 kemenangan) termasuk kejayaan menewaskan Chelsea 2-1 di EPL dan Manchester City di saingan pusingan 4 Piala Capital One. Namun disebabkan penggantungan seorang pemain, Sissoko, mereka tewas 1-4 kepada Arsenal. 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Keputusan Undian Suku Akhir Piala Capital One 2014/2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

JUARA BERTAHAN TERSUNGKUR


Keputusan saingan pusingan ke-4 Piala Capital One [Klik]

Menjelang pertemuan Manchester Derby hujung minggu ini, City menerima tamparan paling hebat apabila tewas mengejut di laman sendiri kepada Newcastle dalam pusingan ke-4 Piala Capital One. Bagi menambah derita juara bertahan itu, mereka bakal kehilangan khidmat David Silva dan Yaya Toure yang mengalami kecederaan dalam perlawanan awal pagi tadi.



5 kelab EPL yang masih bertahan dalam saingan Piala Capital One ialah Chelsea, Newcastle, Southampton, Liverpool, dan Tottenham. Dalam undian peringkat suku akhir awal pagi tadi menyaksikan Chelsea, Liverpool dan Southampton bakal berkunjung menentang kelab divisyen bawahan manakala Tottenham dan Newcastle melengkapkan saingan kelab EPL.



Persoalannya kelab manakah bakal dinobatkan selaku juara baru pada edisi Piala Capital One 2014/2015? Ramai meramalkan musim ini bakal menjadi milik kelab Chelsea di bawah kendalian Jose Mourinho yang merupakan pakar menjuarai sekecil-kecil pertandingan. Mungkin juga Liverpool bakal menikmati nasib baik sekali lagi di saingan suku akhir?

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Keputusan Undian Pusingan Keempat Piala Capital One 2014/2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

GILIRAN ARSENAL TERSINGKIR




Arsenal menjadi pasukan elit kedua tersingkir dari kejohanan Piala Capital One 2014/15 selepas Manchester United. Pasukan kedua Arsenal kalah 1-2 kepada Southampton di laman sendiri. Liverpool pula mencipta drama tersendiri dalam penentuan sepakan penalti yang berlarutan sehingga sepakan ke-14.



Chelsea dan Manchester City meneruskan kemaraan dengan bergaya. City selaku juara bertahan menurunkan pasukan terkuat mereka untuk membelasah kelab divisyen satu 7-0. Ini menunjukkan mereka mahu memastikan perjuangan mereka musim ini berakhir dengan sekurang-kurangnya satu trofi.



Tottenham, Southampton, Swansea, West Brom, Newcastle United dan Stoke melengkapkan senarai pasukan dari EPL yang masih terselamat.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Keputusan Undian Pusingan Ketiga Piala Capital One 2014/2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

UNITER TESINGKIR AWAL




Pasukan elit Liga Perdana Inggeris mendapat tuah undian di laman sendiri dalam perlawanan pusingan ketiga Piala Capital One. Keputusan paling mengejutkan pada pusingan kedua apabila kelab Manchester United yang mempertaruhkan skuad simpanan dibelasah teruk 0-4 kepada MK Dons di tempat lawan.



Buat kali pertama sejak 1995 United gagal bermain di pusingan ketiga Piala Capital One. Tanpa penglibatan dalam bola sepak Eropah, United dilihat mempunyai jadual perlawanan yang agak alapng musim ini.



Chelsea, Arsenal, Liverpool, Manchester City dan Tottenham masing-masing mengelak dari bertemua sesama sendiri di pusingan awal. Kebanyakannya diundi menentang pasukan divisyen bawah kecuali Arsenal yang dijadual menentang Southampton yang merupakan kelab Liga Perdana Inggeris.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Capital One Cup 2014/2015 Pusingan Kedua | Manchester United vs MK Dons

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

Misi Kemenangan Pertama Louis Van Gaal



Keputusan akhir : MK Dons 4-0 Manchester United

Louis Van Gaal (LVG) sudah menjangkakan permulaan yang sukar di England setelah beliau membuat kajian terperinci terhadap skuad semasa Manchester United. 'Tidak seimbang' itu hasil penelitian setelah mula mengambil alih tugas selaku pengurus baru di Old Trafford.



United dalam dua perlawanan EPL hanya mampu meraih 1 mata. Kalah dalam perlawanan pembukaan 1-2 kepada Swansea dan seri 1-1 dengan Sunderland semalam. Nampaknya pemain masih lagi bertungkus lumus untuk menyesuaikan diri dengan formasi 3-5-2 yang diamalkan LVG sewaktu Piala Dunia 2014.



Tambahan pula senarai kecederaan pemain yang semakin kritikal apabila Herrera, Fellaini dan terbaru Smalling mengehadkan pilihan di barisan tengah dan pertahanan. Musim ini buat pertama kalinya sejak 1995 United akan memulakan kempen Piala Capital One seawal pusingan kedua. Ini semua kerana kegagalan mereka untuk melayakkan diri ke Piala Eropah.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Manchester City Juara Piala Capital One 2013/2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

TROFI PERTAMA PELLEGRINI


Keputusan Akhir : Manchester City 3-1 Sunderland

Pellegrini memulakan karier beliau di England dengan bergaya apabila menyamai rekod Mourinho muncul juara Piala Liga atau Capital One dalam musim pertama bersama Manchester City. Melihat pada kekuatan skuad Man City, mereka merupakan pasukan pilihan sebelum perlawanan untuk memenangi trofi ini.



Walaupun Sunderland melakukan kejutan dengan gol awal pada minit ke-10, tetapi kualiti pemain yang dimiliki Pellegrini jauh berbeza. Gol menakjubkan Toure pada minit ke-55 mencetus kebangkitan. Sepakan lencong bak peluru ke bucu kiri gol Sunderland sangat sukar diagak oleh mana-mana penjaga gol di dunia.



Nasri kemudian menambah gol untuk City mendahului dengan tendangan menarik menggunakan luar kaki kiri terus menerjah jaring Sunderland. Pada minit terakhir, sedang Sunderland berusaha keras mencari gol penyamaan, City melakukan serangan balas pantas dan Navas pemain yang dimasukkan pada separuh masa kedua melangkapkan kemenangan yang bermakna untuk Manchester City merangkul trofi pertama musim ini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Perlawanan Separuh Akhir Capital One Cup 2013/14

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

KELAB MANCHESTER DI FINAL?

JADUAL MAN UTD VS SUNDERLAND PIALA LIGA 2014, MAN CITY VS WEST HAM LEAGUE CUP JAN 2014, KEPUTUSAN PIALA CAPITAL ONE CUP SEMI FINAL SEPARUH AKHIR 2014


Minggu ini akan berlangsung perlawanan separuh akhir Piala Capital One Cup 2013/14. Tinggal 4 pasukan sahaja yang akan menentukan nasib mereka untuk ke final pada awal bulan Mac nanti. Di peringkat ini setiap perlawanan akan diadakan secara timbal balik dengan peraturan gol tempat lawan akan dikira.



Manchester United mengharapkan tuah dalam Piala Capital One selepas terlepas trofi FA Cup dan kesukaran mempertahankan kejuaraan EPL musim ini. Lawan mereka di separuh akhir nanti ialah pasukan Sunderland.



Dalam satu lagi perlawanan, jiran mereka Manchester City akan melayan kunjungan West Ham. Peluang City dilihat lebih cerah untuk ke final kerana kehebatan skuad yang dimiliki Pellegrini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Siaran Langsung Perlawanan Suku Akhir Capital One Cup 2013/14

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

TINGGAL CITY, UNITED, CHELSEA & SPURS


JADUAL CARLING CUP 2013/14 SUKU AKHIR MAN CITY VS LEICESTER, STOKE VS MAN UTD, SUNDERLAND VS CHELSEA


Berakhirnya satu lagi minggu yang penuh debaran dalam EPL. Manchester City membelasah Arsenal 6-3. Manchester United pula berjaya mengelak dari kekalahan ketiga berturut-turut dengan persembahan cemarlang di Villa Park. Liverpool memecahkan badi dengan menewaskan Tottenham 5-0 di White Hart Lane.



Chelsea pula tiada masalah untuk mengumpul 3 mata  ke atas pendatang baru EPL, Crystal Palace. Kini dari 6 pasukan elit EPL, hanya tinggal Manchester City, Manchester United, Chelsea dan Tottenham dalam saingan Piala Capital One 2013/14. Menariknya setelah undian dilakukan, kesemua pasukan terpisah antara satu sama lain. Rujuk entri ini.



Kebarangkalian di pusingan separuh akhir untuk menemukan keempat-empat mereka sangat tinggi. Mungkin trofi ini lebih diperlukan Moyes dan AVB kerana kesukaran pasukan United dan Spurs untuk bersaing dalam EPL.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Undian Suku Akhir Piala Capital One 2013/14

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

UNITED DAN CHELSEA TERPISAH


JADUAL MANCHESTER UNITED VS STOKE DIS 2013, CHELSEA VS SOUTHAMPTON 2013, PIALA LIGA DISEMBER 2013, UNDIAN SUKU AKHIR PIALA LIGA 2013 2014

Keputusan Penuh Perlawanan Capital One Cup Pusingan 4 [Klik]

Selepas menewaskan lawan masing-masing dalam pusingan ke-4 Piala Capital One semalam, United dan Chelsea mendapat berita gembira kerana kedua pasukan itu terpisah dalam saingan suku akhir.  Undian awal pagi tadi dilakukan selepas sahaja berakhir perlawanan antara Newcastle vs Manchester City dan Tottenham vs Hull City.



Manchester City dan Tottenham masing-masing layak selepas bermain 120 minit awal pagi tadi dengan Spurs terpaksa menunggu sehingga sepakan penalti ke-9 untuk mara ke tahap ini.



Keputusan penuh undian peringkat suku akhir Piala Capital One 2013/14 adalah seperti berikut :


Leicester City vs Manchester City
Stoke City vs Manchester United
Tottenham vs West Ham
Sunderland vs Chelsea

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Video Gol] Keputusan Arsenal vs Chelsea | Pusingan 4 Piala Capital One 2013/14

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

REKOD WENGER TERCALAR


REKOD ARSENAL DALAM PIALA CAPITAL ONE CUP 2013 2014, KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN PIALA CARLING 2013/14 PUSINGAN 4 ROUND 4, VIDEO PERLAWANAN MANCHESTER CITY VS NEWCASTLE 31 OKT 2013

Keputusan Penuh Piala Capital One 2013/14 Pusingan 4 [Klik]

Arsenal memulakan 1 daripada 4 perlawanan sukar mereka dengan kekalahan 0-2 kepada Chelsea. Lebih memeritkan apabila Arsenal gagal melayakkan diri ke suku akhir Piala Capital One (Carling Cup) buat pertama kali dalam masa 11 tahun. Seperti diduga, Wenger melakukan 8 pertukaran untuk merehatkan pemain utama mereka untuk pertemuan dengan Liverpool hujung minggu ini.



Jose Mourinho pula melakukan 10 pertukaran dari skuad Chelsea yang menang ke atas Manchester City tempoh hari. Perbezaannya? Barisan kedua Chelsea lebih mahal dan berpengalaman berbanding Arsenal yang lebih banyak pemain muda.



Chelsea masih mampu menurunkan David Luiz, Essien, Mikel, Eto, Willian, Schurrle dan Mata. Arsenal bergantung kepada Cazorla, Koscielny, Wilshere, Ramsey, Vermaelen dan Rosicky.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/