Showing posts with label piala aff suzuki 2014. Show all posts

 

Keputusan Live Streaming Malaysia vs Thailand Final Piala AFF Suzuki 20 Disember 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

PUSINGAN AKHIR 2

FINAL AFF SUZUKI 2014 MALAYSIA VS THAILAND BUKIT JALIL, perlawanan akhir kedua malaysia vs thailand di kuala lumpur

Keputusan akhir : Malaysia 3-2 Thailand

Keajaiban boleh berulang kembali. Tiada yang mustahil dalam sukan bola sepak ini kerana bola itu bulat. Namun tanpa semangat dan persembahan yang baik, impian itu mungkin sukar digapai. Siapa sangka anak buah Dollah Salleh mampu menundukkan Vietnam di gelanggang lawan tatkala tiada sebarang harapan diberikan.



Itu yang menjadi pegangan pemain Harimau Malaya yang masih mempunyai baki 90 minit untuk membuktikan kebangkitan di Hanoi bukan nasib semata-mata. Berbekalkan sokongan padu peminat di stadiun keramat malam ini, kita perlu terus mengasak kubu Thailand untuk mencari gol awal. Ketinggalan 0-2 tempoh hari, pasukan Malaysia perlu menyamakan semula kedudukan agregat tersebut sebelum mempunyai peluang menjulang Piala AFF Suzuki 2014.



Thailand mempunyai pemain muda yang berbakat dan mengamalkan corak permainan pantas. Satu cara untuk menyekat kemaraan mereka ialah dengan mengukuhkan bahagian tengah dan mengawal tempo permainan supaya tiada ruang untuk mereka menyerang balas dan memerangkap pertahanan negara.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Analisis : Punca Kekalahan Malaysia Lawan Thailand di Final Piala AFF Suzuki 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

DOLLAH LAMBAT BERTINDAK



Misi gagal. Itu saja yang boleh diperkatakan selepas melihat persembahan pemain Harimau Malaya di Bangkok semalam. Sebelum perlawanan, kita sudah tetapkan misi 1 gol tempat lawan atau pun keputusan seri untuk dibawa ke Kuala Lumpur Sabtu ini. Kini Malaysia perlu berjuang bermati-matian untuk bergelar juara buat kali ke-2 Piala AFF Suzuki.



Segar dengan kemenangan ajaib di Hanoi tempoh hari, Dollah Salleh mengekalkan barisan yang sama. Permulaan yang baik ditunjukkan dan peluang awal menerusi tandukan Amri Yahyah sepatutnya menerjah jaring jika disasarkan ke kiri atau kanan penjaga gol. Thailand kemudian mengatur gerakan dengan hantaran pendek yang memeningkan pemain negara.



Kenapa kita gagal bermain seperti itu? Kawalan bola yang lemah dan hantaran tidak tepat hanya menguntungkan pasukan lawan. Mujurlah kita berjaya mengekang serangan Thailand dan penyudah mereka dalam separuh masa pertama tidak begitu tajam.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Live Streaming Malaysia vs Thailand Final Piala AFF Suzuki 17 Disember 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

PUSINGAN AKHIR 1


Keputusan akhir : Malaysia 0-2 Thailand

Analisis Punca Malaysia Kalah Kepada Thailand [Klik]

Kejayaan menumbangkan Vietnam di Hanoi menjadi pembakar semangat kepada pasukan Harimau Malaya untuk berjuang bermati-matian di Bangkok malam ini. Tidak perlu mendabik dada kerana peminat yang membayar tiket sepatutnya menyaksikan mutu permainan yang boleh dibanggakan. Jangan contohi sikap seorang pemain yang  menyindir peminat walaupun tidak beraksi pada malam itu.



Dalam perlawanan timbal balik ini, Dollah Salleh wajar merancang strategi yang betul kerana kelebihan beraksi pada pusingan ke-2 di laman sendiri amat diharapkan oleh semua pasukan. Apakah strategi dan keputusan yang harus dicapai malam ini? Secara logiknya keputusan seri sudah memadai kerana rekod menunjukkan kata gagal menang di sana dalam tempoh 10 tahun.



Pendekatan malam ini sepatutnya lebih berhati-hati dan formasi 4-5-1 atau 4-4-1-1 lebih selamat berbanding 4-4-2. Kita sudah lihat bagaimana Thailand menyusun gerak dengan begitu teratur. Seperti Vietnam, Thailand juga memiliki corak serangan balas yang sangat pantas. Jika kita berjaya membawa pulang 1 atau 2 gol ditempat lawan lebih manis.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Harga Tiket Online Final Malaysia vs Thailand Piala AFF Suzuki 20 Disember 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

PERLAWANAN AKHIR 2



Berikut adalah harga jualan tiket online perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia vs Thailand pada 20.12.2014.


Malaysia vs Thailand

Tarikh : 20 Disember 2014 (Sabtu)

Masa: 8.00 malam

Tempat: Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur


Harga Tiket

Dewasa: RM50

Kanak-kanak: RM10 (bawah 12 tahun)



Tiket online di www.tickethotline.com.my

Pembelian mulai 14 Disember 2014 (Ahad) -  maksimum 4 tiket

Tiket boleh ditebus di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula hari Khamis (18 Disember 2014)

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Analisis : Punca Malaysia Menang Lawan Vietnam | Mara Ke Final Piala AFF Suzuki 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

AKHIRNYA DOLLAH SEDAR



Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata apa yang peminat bola sepak tempatan saksikan di kaca TV semalam. 4 gol berjaya dijaringkan di kala Harimau Malaya mengganas di bumi Hanoi. Orang yang paling gembira pastinya Dollah Salleh yang menerima tempias kritikan corak permainan buruk di Shah Alam tempoh hari.



Bukan mudah untuk menyerap segala tekanan apabila tewas di laman sendiri. Apatah lagi dalam kejohanan yang mengambil kira bilangan gol di tempat lawan. Rombakan kepada barisan utama skuad negara nyata membuahkan hasil. Kali ini pujian harus diberikan kepada jurulatih kerana beliau melakukan kajian terperinci bagaimana cara permainan pasukan Vietnam.



Kemenangan 4-2 di Hanoi menjadikan Malaysia menang secara agregat 5-4 dan mara ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014 berdepan Thailand juga dalam format timbal balik. Perlawanan pertama dijadualkan pada 17 Disember dan perlawanan di Kuala Lumpur pada 20 Disember nanti.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Live Streaming Malaysia vs Vietnam Separuh Akhir Piala AFF Suzuki 11 Disember 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

HARAPAN TIPIS


Keputusan akhir : Malaysia 4-2 Vietnam (Malaysia ke final)

Analisis : Punca Malaysia menang lawan Vietnam [Klik]


Harimau Malaya perlu menang dengan margin 2 gol untuk meneruskan perjuangan dalam Kejohanan Piala AFF Suzuki 2014. Ini semua kerana kita gagal memanfaatkan peluang bermain di laman sendiri dan membenarkan Vietnam membolosi gawang negara dan membawa pulang 2 gol berharga. Jika kita berjaya mencatat keputusan 2-1 di Hanoi malam ini, perlawanan akan bersambung dalam masa tambahan.



Persoalannya sekarang mampukah kita menjaringkan 2 gol di Hanoi? Penyerang manakah yang akan diturunkan oleh Dollah? Bila kita akan dapat saksikan kelibat Piya dan Baddrol dalam kesebelasan utama? Khabar angin mengatakan Indra Putra bakal digandingkan dengan Safee di bahagian serangan. Shukor Adan dan Amri akan kembali dalam pasukan setelah menjalani penggantungan 2 kad kuning.



Formasi 4-4-2 nampaknya sekali lagi menjadi pilihan Dollah walaupun beliau sedar akan kelonggaran bahagian tengah negara. Jika itu menjadi pilihan, Amri mungkin akan beraksi di bahagian sayap. Khidmat Safiq masih perlu dikekalkan. Cuma kita perlukan defensive midfield. Gary Steven Robbat mungkin diberi tugas untuk mematahkan gerakan pantas Vietnam dan melorongkan bola ke bahagian serangan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Peluang Terakhir Malaysia di Hanoi Vietnam | Piala AFF Suzuki 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

PERLU JARING 2 BOLOS 0



Harimau Malaya gemar memilih laluan sukar dalam merealisasikan impian peminat negara untuk layak ke final Piala AFF Suzuki 2014. Persembahan buruk di Shah Alam Ahad lalu menghampakan ribuan penonton yang sanggup memberikan sokongan padu kepada anak buah Dollah Salleh itu. Sudahlah tewas, kita bolos 2 gol yang mana akan memberi kelebihan besar buat Vietnam malam ini.



Dalam kejohanan yang mengambil kira gol di tempat lawan, Malaysia kurang bijak mengatur strategi untuk mengekang asakan pemain-pemain Vietnam. Dollah masih dengan pendiriannya dengan meletakkan 2 orang penyerang walaupun umum mengetahui Mat Yo dan Safee sudah lama tidak bermain di liga tempatan.



Malam ini misi Malaysia lebih sukar. Harapan kita pada Amri yang akan diturunkan semula selepas digantung 1 perlawanan. Hanya kemenangan 2-0, 3-2, 4-3 atau dengan margin 2 gol bakal menyelamatkan maruah negara. Mungkin ada yang mengatakan menang 1-0 sudah cukup. Tidak benar sama sekali kerana Vietnam sudah memiliki 2 gol di tempat lawan. Ayuh Malaysia. Buktikan anda masih mampu mengaum di rantau Asia Tenggara.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Live Streaming Malaysia vs Vietnam Semi Final Piala AFF Suzuki 7 Disember 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

BEKALAN 2 GOL

Kredit : HarimauMalaya.com

Keputusan akhir : Malaysia 1-2 Vietnam

Kejayaan dramatik layak ke separuh akhir tempoh hari begitu menggembirakan penyokong bola sepak tanah air. Apatah lagi kita berjaya membalas dendam kekalahan kepada Singapura dalam edisi 2012 yang lalu. Dua gol di akhir perlawanan membantu Harimau Malaya membenam Singa 3-1.



Malam ini bermulalah satu lagi misi Malaysia sebelum mara ke final. Pusingan separuh akhir pertama di laman sendiri harus digunakan sebaik mungkin untuk membawa bekalan ke Hanoi nanti. Kemenangan paling ideal ialah 2-0 atau lebih tanpa bolos. Format Piala AFF Suzuki mengambil kira faktor gol di tempat lawan.



Rekod pertemuan dengan Vietnam di Piala AFF Suzuki pada tahun 2010 Malaysia menang 2-0 di Kuala Lumpur sebelum seri 0-0 di Hanoi. Pada tahun itu kita menjadi juara. Keputusan perlawanan persahabatan bulan lalu pula menyaksikan kita tewas 1-3 apabila terpaksa bermain dengan 10 orang walaupun mendahului di separuh masa pertama.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Harga Tiket Online Malaysia vs Vietnam Piala AFF Suzuki 7 Disember 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

SEPARUH AKHIR 1



Berikut adalah harga jualan tiket online separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia vs Vietnam pada 7.12.2014.


Malaysia vs Vietnam

Tarikh : 7 Disember 2014 (Ahad)

Masa: 8.00 malam

Tempat: Stadium Shah Alam


Harga Tiket

Dewasa: RM40

Kanak-kanak: RM10 (bawah 12 tahun)



Tiket online di www.tickethotline.com.my

Pembelian mulai 2 Disember 2014 (Selasa) jam 9 pagi (maksimum 4 tiket)

Tiket boleh ditebus di Stadium Melawati, Shah Alam bermula hari Jumaat (5 Disember 2014)

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Live Streaming Malaysia vs Singapura AFF Suzuki 29 November 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

HIDUP MATI HARIMAU MALAYA


Keputusan akhir: Malaysia 3-1 Singapura (Layak ke semi final)

90 minit malam ini bakal menentukan masa depan pasukan Harimau Malaya di Piala AFF Suzuki 2014. Selepas membiarkan Thailand mencuri 3 mata dalam perlawanan Rabu lalu, Malaysia tiada pilihan lain kecuali menang dalam pertemuan menentang tuan rumah dan juga juara bertahan Singapura.



Kemenangan Singapura ke atas Myanmar hanya memerlukan mereka seri dengan Malaysia. Keputusan kumpulan A yang telah tamat semalam menyaksikan Vietnam menjuarai kumpulan dan Filipina di tempat ke-2. Jadi jika Thailand juara kumpulan, sama ada Malaysia atau Singapura akan menentang Vietnam di peringkat separuh akhir.



Rekod 6 perlawanan terakhir Malaysia vs Singapura menyaksikan kita hanya pernah menang sekali sahaja. Singapura sebelum ini dibarisi pemain luar yang diberi kerakyatan oleh republik itu. Kini mereka dalam proses peralihan dan peluang Malaysia masih ada jika memperbaiki masalah di bahagian pertahanan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Analisis : Peluang Terakhir Malaysia di Piala AFF Suzuki 2014 | Harimau Malaya Tenat

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

MENANG ATAU BUNGKUS



Kekalahan kepada pasukan Thailand Rabu lalu menjadikan laluan semakin berliku untuk skuad Harimau Malaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Piala AFF Suzuki 2014. Walaupun mendahului 2 kali, namun kehilangan tumpuan di saat akhir memberikan kemenangan seterusnya melayakkan Thailand ke separuh akhir.



Malaysia tiada pilihan lain esok melainkan menang ke atas Singapura yang berjaya menewaskan Myanmar 4-2. Ketika Thailand dijangka menjadi juara kumpulan B, Malaysia mungkin akan bertemu dengan pasukan Filipina yang dibarisi ramai pemain Eropah yang diberi taraf kerakyatan. Indonesia menerima kekalahan besar 0-4 tempoh hari.



Secara keseluruhan, corak permainan Malaysia nampak ada peningkatan. Ketajaman penyudah Amri Yahyah wajar dipuji. Beliau hampir-hampir sahaja menambah gol kedua peribadi dengan percubaan jarak jauh yang sudah menewaskan penjaga gol Thailand namun terkena palang. Calon gol terbaik kejohanan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Live Streaming Malaysia vs Thailand AFF Suzuki 26 November 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

PERSAINGAN KUMPULAN B


Keputusan akhir : Malaysia 2-3 Thailand (Ditunda ke 7.30 pm)

Kredit harus diberikan kepada pasukan Harimau Malaya yang berhempas pulas memastikan kita mengutip 1 mata dalam perlawanan pertama menentang Myanmar. Memang diakui bermain dengan 10 orang selama lebih kurang 60 minit agak mencabar ditambah pula keadaan padang yang lecak menyukarkan pergerakan pemain.



Mungkin Dollah menyalahkan pemain Myanmar melakukan provokasi sehingga Gary Stevan Robbat dilayangkan kad kuning kedua. Tapi bagi aku, kekasaran pertama yang dilakukan Gary berhampiran kawasan penalti Myanmar itu merupakan terjahan keras dan tidak perlu dilakukan. Akhirnya beliau terpaksa digantung 1 perlawanan dan tidak dapat beraksi dalam perlawanan lebih penting menentang Thailand petang ini.



Thailand sebelum ini berjaya menewaskan Singapura 2-1 dan Malaysia tiada pilihan lain kecuali menang untuk menghidupkan kembali peluang ke separuh akhir. Melihat kepada keputusan dalam kumpulan A, Filipina yang sudah layak ke separuh akhir dijangka menjuarai kumpulan setelah mengutip 6 mata ke atas Laos dan Indonesia. 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Live Streaming Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki 23 November 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

PERSAINGAN KUMPULAN B


Keputusan akhir : Malaysia 0-0 Myanmar (Ditunda ke 6.00 pm)

Setelah persiapan dilakukan, tibalah masanya perlawanan pembukaan Harimau Malaya dalam Piala AFF Suzuki 2014 menentang Myanmar saingan kumpulan B petang ini. Tugas berat di bahu Dollah Salleh untuk menggalas misi FAM untuk memastikan Malaysia layak ke final bulan depan.



Diundi bersama juara bertahan dan tuan rumah, Singapura dan jaguh ASEAN Thailand bukanlah sesuatu yang kita harapkan. Namun untuk bergelar juara mereka harus menentang pasukan yang kuat. Semuanya bergantung kepada keputusan petang ini. Jika mampu menewaskan Myanmar, diikuti dengan keputusan memberangsangkan ketika berdepan dengan Singapura dan Thailand, kita mampu mara ke separuh akhir.



Rekod pertemuan dengan Myanmar di Piala AFF Suzuki memihak kepada Malaysia. Dalam edisi 2004, Malaysia menang 2-1 untuk merangkul tempat ke-3. Pada tahun 2007 kita seri 0-0 di peringkat kumpulan. Dari segi ranking terkini FIFA, Myanmar berada di tangga ke-137, diikuti Malaysia (156), Singapura (161) dan Thailand (165).

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan PIALA AFF SUZUKI 2014 | Siaran Langsung Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

MALAYSIA BUKAN PILIHAN

jadual perlawanan dan tarikh aff suzuki 2014, aff piala suzuki 2014 tv 3

Dapatkan tiket Piala AFF Suzuki 2014 di sini [Klik]

Piala AFF Suzuki 2014 bakal bermula pada 22 November hingga 20 Disember 2014Singapura yang juga juara bertahan bersama Vietnam akan menjadi tuan rumah untuk edisi ke-10 ini. Kejohanan tertinggi peringkat Asia Tenggara ini bakal disertai sebanyak 8 negara.



Malaysia bakal berdepan tugas sukar untuk mara ke pusingan separuh akhir apabila diletakkan bersama tuan rumah Singapura dan jaguh serantau Thailand. Melengkapkan kumpulan B ialah negara Myanmar yang semakin meningkat naik.



Kumpulan A pula terdiri daripada Vietnam, Filipina, Indonesia dan Laos. Juara dan naib juara kumpulan akan mara ke pusingan separuh akhir. Melihat kepada prestasi tidak menentu skuad Harimau Malaya kendalian Dollah Salleh, kita memerlukan keajaiban untuk melangkah ke semi final.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Terkini 22 Pemain Kebangsaan Malaysia Ke Piala AFF Suzuki 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

BARISAN HARIMAU MALAYA PILIHAN DOLLAH


Jadual & Keputusan Piala AFF Suzuki 2014 [Klik]

Selepas 5 perlawanan persahabatan antarabangsa di bawah kendaliannya, Dollah Salleh akhirnya memuktamadkan 22 pemain Harimau Malaya yang akan di bawa ke Piala AFF Suzuki 2014. Walaupun hanya mampu menang sekali, Dollah kesuntukan masa untuk melakukan persediaan rapi sebelum kejohanan bermula.



Masalah kecederaan dan keserasian pemain menjadi isu yang perlu diatasi segera. Kehilangan Aidil Zafuan dan Gopinathan amat dirasai. Safiq Rahim bagaimanapun kekal dalam senarai kerana Dollah masih menagih khidmat beliau dalam situasi 'set piece' yang mampu menghasilkan gol.



Melihat kepada 'highlight' pertemuan dengan Vietnam tempoh hari, skuad Harimau Malaya mempunyai banyak peluang tetapi gagal disempurnakan kerana kelemahan di bahagian serangan. Gandingan Amri dan Mat Yo perlu bijak menyudahkan peluang terhidang kerana belum tentu ianya akan datang semula. Akhirnya skuad negara tewas 1-3 walaupun mendahului di separuh masa pertama.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Harga Tiket Perlawanan Malaysia di Piala AFF Suzuki 2014 | Online

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

TIKET MULA DIJUAL ESOK



Tiket bagi perlawanan bola sepak Kumpulan B Piala AFF Suzuki 2014 di dua lokasi berasingan di Singapura akan dijual mulai esok (6 November). Harga tiket untuk dua perlawanan membabitkan Malaysia di Stadium Jalan Besar adalah $S26 (RM66.94) untuk grandstand dan S$18 (RM46.34) untuk tempat duduk galeri.


Penonton Malaysia boleh membeli tiket bagi perlawanan menentang Myanmar dan Thailand menerusi laman web Sports Hub, www.sportshubtix.sg atau kaunter Sports Hub di Stadium Tertutup Singapura dan juga di semua kaunter perkhidmatan pos, SingPost.


Malaysia akan bertemu Myanmar pada 23 Nov dan Thailand pada 26 Nov manakala perlawanan ketiga menentang tuan rumah Singapura akan berlangsung di stadium baru, Singapore Sports Hub National Stadium, pada 29 Nov.


Bagi perlawanan membeli tiket perlawanan antara Malaysia-Singapura, peminat perlu membeli tiket dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Undian Peringkat Kumpulan Piala AFF Suzuki 2014 | Nasib Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

MALAYSIA DALAM KUMPULAN MAUT



Piala AFF Suzuki 2014 bakal bermula pada 22 November hingga 20 Disember 2014. Singapura yang juga juara bertahan bersama Vietnam akan menjadi tuan rumah untuk edisi ke-10 ini. Kejohanan tertinggi peringkat Asia Tenggara ini bakal disertai sebanyak 8 negara.



Undian peringkat kumpulan yang baru sahaja berakhir tadi menyaksikan pasukan negara diundi  dalam kumpulan B bersama Singapura, Thailand dan juara pusingan kelayakan nanti. Kumpulan A akan menjadi pertembungan antara tuan rumah Vietnam, Filipina (ranking tertinggi Asia Tenggara), Indonesia dan naib juara pusingan kelayakan.



Juara dan naib juara setiap kumpulan akan mara ke pusingan separuh akhir. Tahun 2012 langkah Malaysia tamat di tangan Thailand sewaktu pusingan separuh akhir. Pada tahun 2010 yang lalu kita juara. Mampukah para pemain kebangsaan merampas kembali Piala AFF Suzuki 2014?

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/