Showing posts with label AFF SUZUKI. Show all posts

 

Analisis : Punca Kekalahan Malaysia Lawan Thailand di Final Piala AFF Suzuki 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

DOLLAH LAMBAT BERTINDAK



Misi gagal. Itu saja yang boleh diperkatakan selepas melihat persembahan pemain Harimau Malaya di Bangkok semalam. Sebelum perlawanan, kita sudah tetapkan misi 1 gol tempat lawan atau pun keputusan seri untuk dibawa ke Kuala Lumpur Sabtu ini. Kini Malaysia perlu berjuang bermati-matian untuk bergelar juara buat kali ke-2 Piala AFF Suzuki.



Segar dengan kemenangan ajaib di Hanoi tempoh hari, Dollah Salleh mengekalkan barisan yang sama. Permulaan yang baik ditunjukkan dan peluang awal menerusi tandukan Amri Yahyah sepatutnya menerjah jaring jika disasarkan ke kiri atau kanan penjaga gol. Thailand kemudian mengatur gerakan dengan hantaran pendek yang memeningkan pemain negara.



Kenapa kita gagal bermain seperti itu? Kawalan bola yang lemah dan hantaran tidak tepat hanya menguntungkan pasukan lawan. Mujurlah kita berjaya mengekang serangan Thailand dan penyudah mereka dalam separuh masa pertama tidak begitu tajam.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Harga Tiket Online Final Malaysia vs Thailand Piala AFF Suzuki 20 Disember 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

PERLAWANAN AKHIR 2



Berikut adalah harga jualan tiket online perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia vs Thailand pada 20.12.2014.


Malaysia vs Thailand

Tarikh : 20 Disember 2014 (Sabtu)

Masa: 8.00 malam

Tempat: Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur


Harga Tiket

Dewasa: RM50

Kanak-kanak: RM10 (bawah 12 tahun)



Tiket online di www.tickethotline.com.my

Pembelian mulai 14 Disember 2014 (Ahad) -  maksimum 4 tiket

Tiket boleh ditebus di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula hari Khamis (18 Disember 2014)

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Analisis : Punca Malaysia Menang Lawan Vietnam | Mara Ke Final Piala AFF Suzuki 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

AKHIRNYA DOLLAH SEDAR



Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata apa yang peminat bola sepak tempatan saksikan di kaca TV semalam. 4 gol berjaya dijaringkan di kala Harimau Malaya mengganas di bumi Hanoi. Orang yang paling gembira pastinya Dollah Salleh yang menerima tempias kritikan corak permainan buruk di Shah Alam tempoh hari.



Bukan mudah untuk menyerap segala tekanan apabila tewas di laman sendiri. Apatah lagi dalam kejohanan yang mengambil kira bilangan gol di tempat lawan. Rombakan kepada barisan utama skuad negara nyata membuahkan hasil. Kali ini pujian harus diberikan kepada jurulatih kerana beliau melakukan kajian terperinci bagaimana cara permainan pasukan Vietnam.



Kemenangan 4-2 di Hanoi menjadikan Malaysia menang secara agregat 5-4 dan mara ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014 berdepan Thailand juga dalam format timbal balik. Perlawanan pertama dijadualkan pada 17 Disember dan perlawanan di Kuala Lumpur pada 20 Disember nanti.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Peluang Terakhir Malaysia di Hanoi Vietnam | Piala AFF Suzuki 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

PERLU JARING 2 BOLOS 0



Harimau Malaya gemar memilih laluan sukar dalam merealisasikan impian peminat negara untuk layak ke final Piala AFF Suzuki 2014. Persembahan buruk di Shah Alam Ahad lalu menghampakan ribuan penonton yang sanggup memberikan sokongan padu kepada anak buah Dollah Salleh itu. Sudahlah tewas, kita bolos 2 gol yang mana akan memberi kelebihan besar buat Vietnam malam ini.



Dalam kejohanan yang mengambil kira gol di tempat lawan, Malaysia kurang bijak mengatur strategi untuk mengekang asakan pemain-pemain Vietnam. Dollah masih dengan pendiriannya dengan meletakkan 2 orang penyerang walaupun umum mengetahui Mat Yo dan Safee sudah lama tidak bermain di liga tempatan.



Malam ini misi Malaysia lebih sukar. Harapan kita pada Amri yang akan diturunkan semula selepas digantung 1 perlawanan. Hanya kemenangan 2-0, 3-2, 4-3 atau dengan margin 2 gol bakal menyelamatkan maruah negara. Mungkin ada yang mengatakan menang 1-0 sudah cukup. Tidak benar sama sekali kerana Vietnam sudah memiliki 2 gol di tempat lawan. Ayuh Malaysia. Buktikan anda masih mampu mengaum di rantau Asia Tenggara.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Harga Tiket Online Malaysia vs Vietnam Piala AFF Suzuki 7 Disember 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

SEPARUH AKHIR 1



Berikut adalah harga jualan tiket online separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia vs Vietnam pada 7.12.2014.


Malaysia vs Vietnam

Tarikh : 7 Disember 2014 (Ahad)

Masa: 8.00 malam

Tempat: Stadium Shah Alam


Harga Tiket

Dewasa: RM40

Kanak-kanak: RM10 (bawah 12 tahun)



Tiket online di www.tickethotline.com.my

Pembelian mulai 2 Disember 2014 (Selasa) jam 9 pagi (maksimum 4 tiket)

Tiket boleh ditebus di Stadium Melawati, Shah Alam bermula hari Jumaat (5 Disember 2014)

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan PIALA AFF SUZUKI 2014 | Siaran Langsung Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

MALAYSIA BUKAN PILIHAN

jadual perlawanan dan tarikh aff suzuki 2014, aff piala suzuki 2014 tv 3

Dapatkan tiket Piala AFF Suzuki 2014 di sini [Klik]

Piala AFF Suzuki 2014 bakal bermula pada 22 November hingga 20 Disember 2014Singapura yang juga juara bertahan bersama Vietnam akan menjadi tuan rumah untuk edisi ke-10 ini. Kejohanan tertinggi peringkat Asia Tenggara ini bakal disertai sebanyak 8 negara.



Malaysia bakal berdepan tugas sukar untuk mara ke pusingan separuh akhir apabila diletakkan bersama tuan rumah Singapura dan jaguh serantau Thailand. Melengkapkan kumpulan B ialah negara Myanmar yang semakin meningkat naik.



Kumpulan A pula terdiri daripada Vietnam, Filipina, Indonesia dan Laos. Juara dan naib juara kumpulan akan mara ke pusingan separuh akhir. Melihat kepada prestasi tidak menentu skuad Harimau Malaya kendalian Dollah Salleh, kita memerlukan keajaiban untuk melangkah ke semi final.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Undian Peringkat Kumpulan Piala AFF Suzuki 2014 | Nasib Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

MALAYSIA DALAM KUMPULAN MAUT



Piala AFF Suzuki 2014 bakal bermula pada 22 November hingga 20 Disember 2014. Singapura yang juga juara bertahan bersama Vietnam akan menjadi tuan rumah untuk edisi ke-10 ini. Kejohanan tertinggi peringkat Asia Tenggara ini bakal disertai sebanyak 8 negara.



Undian peringkat kumpulan yang baru sahaja berakhir tadi menyaksikan pasukan negara diundi  dalam kumpulan B bersama Singapura, Thailand dan juara pusingan kelayakan nanti. Kumpulan A akan menjadi pertembungan antara tuan rumah Vietnam, Filipina (ranking tertinggi Asia Tenggara), Indonesia dan naib juara pusingan kelayakan.



Juara dan naib juara setiap kumpulan akan mara ke pusingan separuh akhir. Tahun 2012 langkah Malaysia tamat di tangan Thailand sewaktu pusingan separuh akhir. Pada tahun 2010 yang lalu kita juara. Mampukah para pemain kebangsaan merampas kembali Piala AFF Suzuki 2014?

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Ong Kim Swee Patut Ambil Alih Tugas Rajagobal | Soccerkid Main Lagi Bagus

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

ONG KIM SWEE VS DATUK K.RAJAGOBAL

ONG KIM SWEE VS DATUK K.RAJAGOBAL, SIAPA JURULATIH YANG LEBIH BAIK


Minggu ini sahaja kita dapat lihat di dada akhbar tempatan yang mengkritik persembahan pasukan kebangsaan di Jepun. Di laman Facebook ramai individu yang menghentam skuad Harimau Malaya yang tewas dalam semua siri perlawanan persahabatan. Paling memalukan kita tewas kepada pasukan berstatus kelab yang hanya berada di tangga ke-11 dalam liga divisyen 2.



Ke mana hala tuju pasukan Malaysia? Adakah kita hanya bermain bola atau mahu memperbaiki kelemahan dan mencari formula terbaik sebelum kempen kelayakan Piala Asia 2015 bermula? Patutkah Datuk K.R melepaskan saja jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan Malaysia? Atau kita perlu beri peluang sambil melihat berapa gol pula yang akan dilepaskan ketika bertemu kelab gergasi Eropah, Barcelona.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

CUKUP-CUKUPLAH WAHAI TUAN PRESIDEN | PEMINAT BOLA SEPAK DAH JEMU

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

PRESIDEN FAM PATUT LETAK JAWATAN, ULASAN PRESIDEN FAM LETAK JAWATAN, KOMEN ISU PRESIDEN FAM LETAK JAWATAN
sumber : gawang.my


Peminat bola sepak tanah air yang diketuai Ultras Malaya semakin lantang menggesa Presiden FAM letak jawatan selepas aksi kurang memuaskan dalam pertandingan Piala AFF Suzuki 2012. Bukan kerana kegagalan pasukan Malaysia mara ke psuingan akhir tetapi mutu permainan dan pemilihan pemain masih di takuk lama.


Sudah, cukup cukup sudah! Cukup sampai di sini saja


Akhbar hari ini memetik ulasan Naib Presiden FAM yang juga darah daging beliau (Tuan Presiden) mengenai isu ini. Jom kita tengok apa kata orang yang kononnya serba tahu pasal dunia pengurusan bola sepak (sangat).

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

PIALA AFF SUZUKI 2012 : THAILAND VS MALAYSIA | SEPARUH AKHIR 2 | 13 DISEMBER 2012

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

PENENTUAN PASUKAN MANA AKAN LAYAK KE PERINGKAT AKHIR | 13 DISEMBER 2012

LIVE STREAMING PERLAWANAN BOLA SEPAK THAILAND VS MALAYSIA SEMIFINALS AFF SUZUKI CUP 2012 SEPARUH AKHIR KE-2,BILA PERLAWANAN THAILAND VS MALAYSIA PIALA AFF SUZUKI 2012,SENARAI PEMAIN,JADUAL PERLAWANAN,TAKTIK PERLAWANAN THAILAND VS MALAYSIA,PASUKAN YANG LAYAK KE FINAL AKHIR PIALA AFF SUZUKI 2012

Updates : Thailand 2 - 0 Malaysia

Cabaran getir bakal menanti anak buah Datuk K.Rajagobal malam ini. Tuan rumah Thailand, yang juga juara 3 kali akan melayan juara bertahan, Malaysia di Stadium Supachalai, Bangkok.


Kontroversi timbul apabila pihak FA Thailand memberi layanan kurang mesra kepada kem Malaysia di sana. Isu padang bola untuk latihan yang teruk menjejaskan persediaan skuad Harimau Malaya. Lebih menyedihkan, kita melayan mereka dengan baik di Kuala Lumpur.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

PIALA AFF SUZUKI 2012 : MALAYSIA VS THAILAND | SEPARUH AKHIR 1

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN MALAYSIA VS THAILAND | 9 DISEMBER 2012

GAMBAR HARIMAU MALAYA VS GAJAH PERANG PUTIH, MALAYSIA VS THAILAND AFF SUZUKI 2012,BERITA PERLAWANAN MALAYSIA VS THAILAND 9 DISEMBER 2012 BUKIT JALIL

Update Analisis : Malaysia 1-1 Thailand [Klik]

Esok merupakan hari penting buat skuad Harimau Malaya. Mereka akan turun ke stadium bagi mempertahankan PIALA AFF SUZUKI yang dimenangi 2 tahun lalu. Lawan kali ini bukan calang-calang. THAILAND - satu-satunya pasukan yang mempunyai rekod 100% kemenangan dalam kempen kali ini.


Atas kertas, pasukan GAJAH PUTIH ini ada kelebihan berbanding pasukan negara yang dilanda masalah kecederaan. Pemain bintang, Wan Zack Haikal terpaksa direhatkan dalam perlawanan penting malam esok dan juga Selasa nanti untuk perlawanan timbal balik di Thailand.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

PIALA AFF SUZUKI 2012 : MALAYSIA VS INDONESIA | MISI HIDUP MATI SANG HARIMAU

Penulis: Que | Kategori: , , , ,

SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN MALAYSIA VS INDONESIA | AFF SUZUKI CUP 2012

PERLAWANAN MALAYSIA VS INDONESIA PIALA AFF SUZUKI 2012,REKOD PERTEMUAN MALAYSIA VS INDONESIA,TIKET PERLAWANAN MALAYSIA VS INDONESIA PIALA AFF SUZUKI CUP 2012,JADUAL PERLAWANAN MALAYSIA VS INDONESIA

Updates : Malaysia 2-0 Indonesia

Semi final : Malaysia vs Thailand
Singapura vs Filipina

1 Disember 2012 (Sabtu)

8.45 pm waktu Malaysia

Stadium Nasional Bukit Jalil

LIVE @ RTM 1 & ASTRO STAR SPORTS 813

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

PIALA AFF SUZUKI 2012 : MALAYSIA VS LAOS | FAM PILIH KRONI?

Penulis: Que | Kategori: , , , ,

PERLAWANAN KUMPULAN B | MALAYSIA VS LAOS 28 NOVEMBER 2012

JADUAL SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN BOLA SEPAK MALAYSIA VS LAOS,TUKAR PRESIDEN FAM,PEMILIHAN PEMAIN AFF SUZUKI DATUK K RAJAGOBAL,ANALISIS MALAYSIA VS SINGAPURA,LIVE STREAMING MALAYSIA VS LAOS,PUNCA KEKALAHAN MALAYSIA

Updates : Malaysia 4-1 Laos


Salam hormat kepada semua peminat Harimau Malaya. Harap korang masih lagi setia menyokong skuad Malaysia yang kini berada dalam situasi tertekan. Kekalahan besar 0-3 kepada Singapura sukar diterima peminat tempatan apatah lagi kita beraksi di laman sendiri.


Siapa punca disebalik kekalahan memalukan ini? Jurulatih kebangsaan bertegas menyalahkan Apek yang gagal menangkap kemas bola hantaran lintang ke dalam kawasan penalti Malaysia. Akibatnya Malaysia ketinggalan 2 gol dan meruntuhkan semangat moral ahli pasukan lain.


Secara keseluruhannya, pasukan Malaysia tidak beraksi pada tahap yang boleh dibanggakan. Pemain hanya berlari-lari di tengah padang tanpa arah tujuan dan strategi. Semua posisi terdapat kekurangan masing-masing.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

PIALA AFF SUZUKI 2012 : Jadual Penuh Siaran Langsung Perlawanan Peringkat Kumpulan | Separuh Akhir | Akhir

Penulis: Que | Kategori: , , ,

Jadual Perlawanan Bola Sepak PIALA AFF SUZUKI 2012


PIALA AFF SUZUKI 2012 FIXTURES,JADUAL BOLA SEPAK PIALA AFF SUZUKI 2012,jadual perlawanan aff suzuki 2012,SIARAN LANGSUNG LIVE STREAMING AFF SUZUKI CUP 2012 ASTRO ESPN STAR SPORT WAKTU MALAYSIA,DOWNLOAD JADUAL PERLAWANAN PIALA AFF SUZUKI 2012,AFF SUZUKI CUP 2012 FIXTURES DAN SCHEDULES GROUP STAGE SEMI FINAL PERINGKAT KUMPULAN SEPARUH AKHIR


SIARAN LANGSUNG & LIVE @ ASTRO ESPN | STAR SPORTS | RTM | AKTV | CTN | RCTI | VTV | MRTV | BBTV

AFF SUZUKI CUP 2012 

Date : 24 November - 22 December 2012

Venue : 1. Rajamangala Stadium, Bangkok 
           2. Bukit Jalil National Stadium, Kuala Lumpur

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Piala AFF SUZUKI 2012 : Keputusan Undian Peringkat Kumpulan | Hala Tuju Pasukan Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , ,

AFF SUZUKI CUP 2012 | CO-HOST MALAYSIA & THAILAND 

KEPUTUSAN UNDIAN PERINGKAT KUMPULAN A B PIALA AFF SUZUKI CUP 2012,KUMPULAN MALAYSIA AFF SUZUKI CUP 2012,RANKING MALAYSIA AFF SUZUKI CUP 2012,RAMALAN AWAL AFF SUZUKI CUP 2012,KELEBIHAN MALAYSIA PIALA SUZUKI AFF 2012,


Piala AFF SUZUKI 2012 bakal menjelma kurang 2 minggu dari sekarang. Debaran semakin terasa. Lapan (8) negara telah melayakkan diri ke peringkat kumpulan. Malaysia selaku Juara bertahan dipilih menjadi tuan rumah kejohanan bersama negara Thailand.


Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan Stadium Rajamangala, Bangkok merupakan 2 venue utama bagi perlawanan setiap kumpulan. Jom kita lihat dimanakah pasukan negara tercinta kita diundi bersama.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/