Showing posts with label ong kim swee. Show all posts

 

Keputusan Siaran Langsung Malaysia vs UAE 17 November 2015 | Kelayakan Piala Dunia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

PELUANG TEBUS MARUAH


Keputusan akhir : Malaysia 1-2 UAE


Misi berat bakal menanti anak buah Datuk Ong Kim Swee malam ini. Kekalahan besar pada Palestin minggu lepas memberi tamparan hebat kepada pemain dan peminat bola sepak tanah air. Tatkala harapan besar digalas dan isu lokasi perlawanan yang terpaksa diubah, Harimau Malaya jelas tidak bermaya menangkis serangan bertali arus pasukan timur tengah itu.



Masih ingatkah kekalahan 0-10 di tangan UAE yang membawa kepada perletakan jawatan Dollah Salleh? Mampukah kita mencapai kemenangan di hadapan penyokong sendiri? Moral pemain perlu dipulihkan segera jika Malaysia mengimpikan sekurang-kurangnya 1 mata.



Jika kita tidak mampu menyerang dengan baik, lebih baik fokus pada bahagian pertahanan untuk mengurangkan jumlah gol yang bakal dibolosi. Perancangan taktikal seperti menentang Arab Saudi masih boleh diguna pakai. Harapnya tiada lagi insiden amukan Ultras Malaya malam ini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Siaran Langsung Malaysia vs Palestin 12 November 2015 | Kelayakan Piala Dunia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

HARIMAU SEMAKIN GARANG


Keputusan akhir : Malaysia 0-6 Palestin


Malaysia akhirnya mendapat kemenangan sulung dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018 / Piala Asia 2019 di bawah bimbingan Datuk Ong Kim Swee. Lebih menariknya keputusan tersebut diperoleh di tempat lawan ketika menentang Timor Leste. Sebenarnya pemain kita mempunyai semangat dan kehebatan tersendiri. Cuma taktikal perlu tepat.



Malam ini mereka akan melayan negara Palestin di tempat berkecuali atas permintaan kerana isu peperangan yang tercetus di bumi Palestin. Ketika ini pasukan Harimau Malaya berada di tempat ke-4 dengan 1 kemenangan, 1 seri dan 3 kekalahan dari 5 perlawanan. Peluang untuk layak ke Piala Dunia sudah tertutup hanya kelayakan play off Piala Asia yang boleh dicapai.



Dalam perlawanan siri pertama di Bukit Jalil, pasukan negara dibelasah 0-6 oleh Palestin yang menyebabkan para penyokong menyuarakan ketidakpuasan hati kepada FAM. Rentetan itu jurulatih Dolah Salleh meletak jawatan dan kini nasib pasukan Malaysia nampak lebih menyakinkan di bawah kendali Datuk OKS.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Malaysia vs Laos Sukan SEA 11 Jun 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

SASAR TEMPAT KETIGA


Keputusan akhir : Malaysia 3-1 Laos

Pasukan Harimau Muda bakal menamatkan cabaran bola sepak di Sukan SEA 2015 malam ini. Setelah laluan ke separuh akhir tertutup, kini hanya tempat ketiga yang menjadi rebutan antara Malaysia dan Laos. Ketika ini kedua pasukan terikat dengan 6 mata hasil 2 kemenangan dan 2 kekalahan. Tetapi Malaysia memiliki kelebihan berdasarkan perbezaan jaringan.



Ini bermakna untuk kekal berada di tempat ke-3, Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 1 mata atau seri dengan Laos. Jika tewas, kita akan jatuh ke tangga ke-4 kumpulan B. Perlawanan malam ini hanya melibatkan maruah pasukan Malaysia yang gagal menyaingi pencapaian di Myanmar 2013. Beralih ke kumpulan A, Myanmar mengesahkan status selaku juara kumpulan. Singapura dan Indonesia akan menentukan 1 lagi slot ke separuh akhir serentak dengan perlawanan Malaysia vs Laos.



Rekod pertemuan sebelum ini, pasukan Malaysia B23 pernah menang 2 kali ke atas Laos B23. Mungkin dengan status pasukan pilihan meletakkan para pemain dalam keadaan tertekan. Apa yang penting mereka harus bermain sesuai dengan keadaan dan taktik. Kawalan bola lebih kemas dan penyudah yang tajam mampu menghasilkan kemenangan!

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Live Streaming Malaysia vs Brunei Sukan SEA 8 Jun 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

TINGGAL MARUAH


Keputusan akhir : Malaysia 2-0 Brunei

Pemain Harimau Muda malam ini hanya bermain untuk maruah negara kerana peluang untuk layak ke separuh akhir sudah tertutup secara rasminya. Thailand dan Vietnam menang dalam semua 4 perlawanan dan mengumpul 12 mata meninggalkan Malaysia dengan 3 mata setakat ini. Baki 2 perlawanan menentang Brunei dan Laos tidak cukup untuk memintas kedudukan 2 teratas dan Malaysia harus menamatkan saingan di tempat ketiga kumpulan B.



Pencapaian ini mengulangi rekod tahun 2007 yang mana kali terakhir Malaysia gagal layak ke separuh akhir sebelum memenangi emas pada edisi 2009 dan 2011 serta ke-4 dalam tahun 2013. Ternyata persiapan kurang rapi kali ini menjejaskan prestasi selain isu kontroversi Nazmi Faiz yang digantung 6 perlawanan ekoran meludah pemain Timor Leste.



Rekod pertemuan sebelum ini, pasukan Malaysia B23 menang 2-0 ke atas Brunei B23 sewaktu Sukan SEA 2013. Brunei juga merupakan satu-satunya pasukan yang belum mengutip mata dalam kumpulan B. Ayuh Harimau Muda usah biarkan Brunei memecahkan rekod ke atas negara kita. Jaga maruah dan kita akan kembali di Kuala Lumpur 2017.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Live Streaming Malaysia vs Thailand Sukan SEA 4 Jun 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

HARAPAN TIPIS

JADUAL MALAYSIA HARIMAU MUDA VS THAILAND SUKAN SEA 2015

Keputusan akhir : Malaysia 0-1 Thailand


Bukan malam tapi petang! Perlawanan Malaysia menentang Thailand hari ini akan bermula seawal jam 4.00 pm waktu tempatan. Lihatlah permainan tuan rumah yang sengaja mahu Malaysia bermain dalam kepenatan dan cuaca yang panas. Thailand mempunyai lebih masa untuk rehat selepas perlawanan pada 1 Jun yang lalu dan mereka merehatkan beberapa pemain utama untuk bertemu Malaysia.



Selepas kekalahan 1-5 Harimau Muda kepada Vietnam, kita sudah tiada pilihan lain selain menang dengan Thailand yang juga juara bertahan sekiranya mahu mencerahkan semula peluang ke separuh akhir. Perjuangan harus diteruskan walaupun pasukan negara hanya mempunyai masa rehat 36 jam sahaja berbanding Thailand lebih kurang 60 jam.



Datuk Ong Kim Swee juge menyuarakan ketidakpuasan hati dengan padang latihan yang disifatkan sebagai teruk dan boleh mengudang kecederaan pemain. Nampaknya Singapura sudah merancang segalanya supaya Malaysia gagal melepasi pusingan separuh akhir. Para pemain Harimau Muda perlu terus berjuang hingga ke akhirnya. Buktikan semangat Malaysia Boleh!

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Live Streaming Malaysia vs Vietnam Sukan SEA 2 Jun 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

PERLU MENANG 

harimau muda vs vietnam 2 jun 2015

Keputusan akhir : Malaysia 1-5 Vietnam

Misi Harimau Muda bakal diteruskan malam ni. Setelah insiden memalukan oleh pemain harapan negara Nazmi Faiz Mansor dalam perlawanan pembukaan kumpulan B, Malaysia perlu fokus untuk memenangi perlawanan menentang Vietnam jika mahu mencerahkan peluang layak ke pusingan separuh akhir.



Vietnam secara teorinya memiliki kelebihan rehat 1 hari berbanding skuad Malaysia. Pemain kita terpaksa berhempas pulas bertahan selama 60 minit dengan 10 orang dan mungkin agak keletihan. Tambahan pula moral Vietnam meningkat setelah membelasah pasukan Brunei 6-0 Jumaat lepas. Harimau Muda perlu lebih berhati-hati dengan serangan lawan yang dilihat mampu mengkucar-kacirkan pertahanan kita.



Kemenangan malam ini sangat penting kerana selang 2 hari kita akan bertemu Thailand yang menang ke atas Timor Leste semalam. Apa yang lebih malang, perlawanan itu dijadualkan pada jam 4.00 petang. Nampaknya Singapura berjaya mengatur perlawanan supaya Malaysia menghadapi kesukaran menentang pencabar dalam kumpulan B.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Live Streaming Malaysia vs Timor Leste Sukan SEA 30 Mei 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

PERLU MENANG BESAR

SIARAN LANGSUNG MALAYSIA HARIMAU MUDA VS TIMUR LESTE 30.5.2015

Keputusan akhir : Malaysia 1-0 Timor Leste

Pasukan Malaysia mengharapkan kemenangan sulung malam ini di samping jumlah jaringan yang besar selepas melihat pencabar kumpulan B menewaskan lawan masing-masing dengan keputusan 6-0. Vietnam terlebih dahulu membenam Brunei petang semalam diikuti Thailand yang membelasah Laos.



Datuk Ong Kim Swee harus menenangkan para pemain dan mengarahkan supaya menyerang dan mendapatkan gol seawal mungkin untuk meredakan tekanan. Ini kerana perlawanan kedua menentang Vietnam lebih sukar dan sebarang kecederaan pemain akan menggugat taktikal dan corak permainan.



Pengalaman beberapa pemain senior amat diharapkan supaya Harimau Muda mampu mengawal keadaan dan emosi ketika berdepan Timor Leste malam ini. Mungkin kita diletakkan sebagai pasukan pilihan dan pemain harus berwaspada dengan setiap gerakan pemain lawan. Kekalkan keputusan tanpa bolos kerana itu mungkin menentukan sama ada Malaysia mampu ke separuh akhir atau tidak.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Penuh Bola Sepak Sukan SEA 2015 Singapura

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , ,

IBU SEGALA PINGAT EMAS



Bola sepak merupakan sukan yang paling dinanti-nantikan setiap kali berlangsungnya kejohanan Sukan SEA. Dek kerana popularitinya, ada yang menggelarkan pingat emas sukan bola sepak sebagai ibu segala pingat. Tahun 2013 merupakan pencapaian buruk skuad negara apabila hanya berjaya menamatkan saingan di tempat ke-4 berbanding 2 edisi sebelumnya yang mana kita menjadi juara.



Bermain di Singapura selaku tuan rumah pastinya menjanjikan persaingan sengit. Malaysia diundi bersama juara 2013 (Thailand) dan Vietnam dalam kumpulan B. Dua pencabar terkuat ini akan menjadi penghalang utama kemaraan skuad Harimau Muda ke separuh akhir nanti. Laos, Brunei dan Timur Leste melengkapkan senarai kumpulan.



Singapura dijangka mudah mengungguli kumpulan A dengan kejayaan Lions XII dalam Final Piala FA tempoh hari. Majoriti pemain malam itu merupakan skuad bawah 23 tahun yang akan diturunkan dalam Sukan SEA 2015 yang akan bermula petang ini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Perlawanan Bola Sepak Sukan SEA 2015 Singapura | Harimau Muda

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

KEMBALIKAN ZAMAN KEGEMILANGAN


Updates : Senarai pemain Harimau Muda ke Sukan SEA [Klik]


Malaysia perlu merebut dua tempat teratas dalam kumpulan B jika mahu layak ke separuh akhir bola sepak Sukan Sea 2015. Misi itu tampak sukar dengan juara bertahan Thailand dan Vietnam diundi bersama pasukan Harimau Muda. Tiada pilihan lain kecuali Malaysia menang menentang salah satu pencabar terkuat dan pastikan jaringan lebih besar ketika menentang pasukan kerdil lain.



Esok anak buah Ong Kim Swee akan turun bermain dalam perlawanan pertama bertemu skuad Timur Leste. Di atas kertas, Malaysia mungkin tidak menghadapi sebarang masalah untuk menang. Apa yang dirisaukan adalah perlawanan kedua dan ketiga menentang Vietnam dan Thailand. Susunan jadual tidak memberi kelebihan kepada kita kerana jika tewas kepada Myanmar, perlawanan dengan Thailand pasti memberi lebih tekanan.



Seterusnya Malaysia akan menamatkan saingan kumpulan bertemu Brunei dan Laos. Perbezaan jaringan mungkin menjadi penentu pasukan mana yang akan layak ke separuh akhir. Jadi pasukan Harimau Muda harus menyempurnakan peluang yang ada untuk mencari bekalan gol sebanyak mungkin.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Analisis : Peluang Harimau Muda Layak Ke Pusingan Kalah Mati di Sukan Asia 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

MENANG ATAU BUNGKUS


Jadual & Keputusan Bola Sepak Sukan Asia 2014 [Klik]

Semua pastinya sudah tahu Malaysia diundi dalam kumpulan sukar dalam kejohanan Sukan Asia 2014. Dua perlawanan sudah berlalu dan skuad Harimau Muda kini mengumpul 3 mata di kedudukan ketiga di belakang Korea Selatan (tuan rumah) dan Arab Saudi.



Mampukah kita mara ke pusingan kalah mati dan mencapai sasaran ke suku akhir? Jawapannya 'YA' dengan syarat kita menang dalam perlawanan penentuan dan terakhir menentang Arab Saudi. Hanya menang dan 3 mata mampu mengubah nasib Malaysia. Kekalahan besar 0-3 kepada Korea Selatan tempoh hari memberi kesan pada kedudukan kumpulan A.



Difahamkan sewaktu perlawanan pertama, pemain senior Aidil Zafuan tidak dapat beraksi kerana kecederaan. Dalam perlawanan kedua, Malaysia turun bersemangat dan mencatat kemenangan besar 4-0 ke atas Laos dengan bantuan kemasukan Gary Stevan Robbat pada 30 minit terakhir.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Live Streaming Bola Sepak Malaysia vs Indonesia 14 September 2014 Astro Arena

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

PERSEDIAAN KE PIALA AFF SUZUKI 2014


Keputusan akhir : Malaysia 0-2 Indonesia


Skuad senior kebangsaan akan menentang pasukan Indonesia dalam aksi persahabatan sebagai persediaan sebelum Kejohanan Piala AFF Suzuki 2014 nanti. Karier Dollah Salleh sebagai jurulatih Malaysia bermula dengan langkah kiri apabila Harimau Malaya tumpas di tangan Tajikistan 1-4 bulan lalu.



Di saat beberapa pemain utama terlibat dengan Piala Asia di Incheon hari ini, Dollah Salleh perlu menurunkan pemain lain untuk menilai sejauh mana potensi mereka di peringkat antarabangsa. Kemenangan sudah pasti diharapkan peminat tempatan apatah lagi Indonesia merupakan musuh utama dalam saingan Asia Tenggara.



Sama-sama kita memberi sokongan moral kepada anak buah Dollah Salleh yang mungkin dapat memberi sinar menjelang Kejohanan Piala AFF Suzuki 2014 pada bulan November nanti. Malaysia Boleh!!

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Bola Sepak Sukan Asia 2014 | Harimau Muda Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

LALUAN SUKAR HARIMAU MUDA



Malaysia mendapat undian sukar dalam acara bola sepak Sukan Asia 2014. Bersama-sama skuad Harimau Muda nanti adalah pasukan tuan rumah, Korea Selatan, Arab Saudi dan Laos. Untuk mara ke pusingan kalah mati, Malaysia perlu sekurang-kurangnya berada pada kedudukan kedua. Ini bermakna anak buah Datuk Ong Kim Swee perlu menang 2 dari 3 perlawanan untuk layak secara automatik.



Acara bola sepak ini disertai 29 buah negara dan dibahagikan kepada 8 kumpulan. Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke pusingan 16 terakhir. Kejohanan ini akan bermula pada 14 September hingga 3 Oktober 2014. Setiap pasukan perlu menghantar skuad bawah 23 tahun dan 3 pemain senior dibenarkan untuk turut serta.



Pencapaian terbaik pasukan negara pada tahun 1962 dan 1974 di mana kita berjaya mendapat tempat ketiga atau pingat gangsa sewaktu era kegemilangan bola sepak tanah air. Jepun merupakan juara bertahan pada edisi 2010. Korea Selatan ketika itu berada di tempat ketiga dan mereka pernah menjuarainya pada tahun 1986 yang mana mereka juga selaku tuan rumah.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Pemain Kebangsaan Harimau Muda - Bawah 23 Tahun ke Sukan Asia 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

SASARAN KE SUKU AKHIR



Mungkin bunyinya seperti angan-angan kosong. Persoalan dari peminat nanti, mampukah Malaysia layak ke suku akhir? Tapi itulah keyakinan yang ditunjukkan Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Asia Incheon 2014. Beliau meletakkan sasaran berdasarkan mutu persembahan pemain muda negara.



Seramai 20 orang pemain termasuk 3 pemain senior akan menggalas cabaran negara dalam acara bola sepak Sukan Asia 2014. Malaysia diundi dalam kumpulan A bersama tuan rumah, Korea Selatan, Arab Saudi dan Laos.



Cabaran sengit sudah pasti menentang Korea Selatan dan Arab Saudi. Jika pasukan Harimau Muda mampu menang dalam salah satu perlawanan kita akan ada harapan. Laos akan menjadi penentu negara mana yang akan layak ke suku akhir atas tiket dua tempat teratas setiap kumpulan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai 23 pemain Malaysia vs Tajikistan 8 Ogos 2014 | Harimau Malaya

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

PILIHAN DOLLAH SALLEH



Jadual Live Streaming Malaysia vs Tajikistan [Klik sini]

Jurulatih baru skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh telah dilantik menggantikan tempat Datuk K. Rajagobal. Datuk Ong Kim Swee sebelum ini memikul tugas pengendali sementara FAM mencari calon yang sesuai. Terima kasih Ong Kim Swee kerana mengubah senario bola sepak Malaysia sepanjang 6 bulan terakhir.



Dari 3 perlawanan di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee, Malaysia masih belum pernah tewas. Kita seri 0-0 dua kali dengan Filipina dan menang sekali dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan kelayakan Piala Asia 2015 menentang Yaman. Jadi tugas Dollah Salleh sekarang ialah menyambung konsistensi tersebut.



Malaysia dijadualkan menentang Tajikistan untuk perlawanan persahabatan pada 8 Ogos 2014. Kemudian pada 11 Oktober 2014 Malaysia akan bertemu Jordan sebagai persiapan Piala AFF Suzuki November depan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming Malaysia vs Yaman 5 Mac 2014 Kelayakan Piala Asia | Astro Arena

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

SERAH PADA TAKDIR


Keputusan akhir : Malaysia 2-1 Yaman

Datuk Ong Kim Swee mampu menjadi penyelamat atas kesilapan besar FAM yang mempertaruhkan nasib Malaysia dalam edisi kelayakan Piala Asia 2015. Walaupun harapan untuk layak agak tipis, sekurang-kurangnya peminat sudah melihat perubahan jelas dalam pemilihan pemain pasukan kebangsaan dan taktikal baru OKS.



Baki satu perlawanan malam ini harus digunakan Harimau Malaya sebagai lembaran baru dan suntikan semangat untuk lebih banyak kejayaan selepas ini. Kumpulan ini mampu pergi lebih jauh di bawah bimbingan Datuk OKS. Dalam pertemuan dengan Filipina tempoh hari, peminat dapat menyaksikan peningkatan mutu permainan mereka. Cuma nasib tidak menyebelahi kita.



Yaman merupakan negara paling lemah dalam kumpulan D. Setakat 5 perlawanan, mereka masih gagal mengutip sebarang mata. Sebelum ini, Malaysia pernah menang 2-1 di Stadium Bukit Jalil dalam bulan Mac 2013.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming Malaysia vs Filipina 1 Mac 2014 di Astro Arena

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

PERLAWANAN PERTAMA DATUK OKS


Keputusan akhir : Malaysia 0-0 Filipina


Datuk Ong Kim Swee buat pertama kalinya bakal memimpin pasukan Harimau Malaya menentang Filipina malam ini. Tumpuan peminat bola sepak tanah air pastinya kepada corak taktikal dan pemilihan pemain yang akan diturunkan. Jika sebelum ini nama OKS sinonim dengan pasukan remaja, tetapi malam ini beliau bersama pasukan senior.



Jika dilihat pada ranking dunia, Filipina jauh meninggalkan pasukan kebangsaan. Ini semua berpunca dari persembahan buruk sepanjang tahun 2013 yang hanya menghasilkan 2 kemenangan. Ong Kim Swee adalah calon paling sesuai untuk menggantikan Rajagobal yang seolah-olah sudah semakin buntu.



Sama-sama kita memberi sokongan moral kepada anak buah Datuk Ong Kim Swee yang mungkin dapat memberi sinar menjelang perlawanan terakhir Piala Asia 2015 menentang Yaman nanti. Malaysia Boleh!!

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Analisis : Thailand Juara Bola Sepak Sukan SEA 2013 | Harimau Muda Kecewa

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

ALASAN TAK LOGIK?

PUNCA FAKTOR HARIMAU MUDA MALAYSIA KALAH DI SUKAN SEA 2013, MALAYSIA GAGAL BAWA BALIK PINGAT DI SUKAN SEA 2013


Tahniah diucapkan kepada pasukan remaja Thailand kerana kembali menguasai bola sepak Sukan SEA setelah kali terakhir menang pada tahun 2007.  Penguasaan Harimau Muda di pentas Asia Tenggara hanya bertahan selama 2 edisi bermula 2009 hingga 2011. Kenapa kali ini persembahan mereka nampak lesu dan tidak bermaya?



Kita gagal membawa pulang sebarang warna pingat pada tahun ini. Kecoh di dada akhbar mempersoalkan jumlah pelaburan RM 10 juta yang tidak menampakkan hasil. Bukan kata nak cipta hatrik pingat emas, gangsa pun tak dapat!. Itu kata media dan peminat tempatan.



Aku sebagai pemerhati bola sepak melihat perkara atau isu ini dari sudut positif. Kita masih mempunyai masa depan yang cerah jika pendedahan seperti ini diteruskan. Namun peminat sekalian harus realistik kerana kegagalan ini semua ada sebab yang tidak dapat dinafikan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming Malaysia vs Singapura Sukan SEA 21 Disember 2013 | Astro Arena

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

BURU PINGAT GANGSA

MALAYSIA VS SINGAPURA TEMPAT KE 3/4 SUKAN SEA 2013, LIVE TEMPAT PINGAT GANGSA MALAYSIA VS SINGAPORE

Keputusan akhir : Malaysia 1-2 Singapura

Harapan untuk melihat pasukan Harimau Muda melengkap hatrick pingat emas Sukan SEA berkecai apabila tendangan penaliti terakhir pemain Indonesia masuk menerjah gawang menewaskan Idzham Tarmizi. Begitulah agaknya kesedihan yang dirasakan oleh pemain Indonesia sewaktu kalah dalam final Sukan SEA 2011. Mungkin ada kelemahan yang kita boleh perbaiki untuk masa akan datang.



Peminat tidak boleh menyalahkan pemain Malaysia 100% kerana dari awal-awal lagi kita sudah diuji dengan kehilangan beberapa tonggak utama yang sudah berlatih selama 2 tahun bersama skuad emas ini. Sususan jadual perlawanan juga tidak memihak kepada kita dengan kesemua perlawanan peringkat kumpulan dipaksa bermain pada waktu 4.00 petang.



Hanya mereka yang berpengalaman sahaja yang tahu betapa penatnya beraksi di dalam cuaca panas. Indonesia pula agak beruntung kerana mendapat kelebihan rehat satu hari berbanding pasukan Malaysia. Jadi faktor begini perlu dinilai sebelum kita meletakkan kesilapan di bahu mereka. 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming Malaysia vs Indonesia Sukan SEA 19 Disember 2013 | Astro Arena

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

SELANGKAH SAJA LAGI

LIVE SUKAN SEA MALAYSIA HARIMAU VS GARUDA INDON

Kedudukan semasa : Malaysia (3) 1-1 (4) Indonesia

Malaysia akhirnya menepati ramalan layak ke pusingan separuh akhir walaupun dipaksa bertahan dalam perlawanan menentang Vietnam. Kita gagal menyaingi kepantasan permainan yang ditunjukkan pemain mereka yang begitu inginkan kemenangan. Akhirnya gol lewat perlawanan sekali lagi membantu dan menyusun pertemuan dengan Indonesia.



Gandingan dua penyerang nampaknya kurang berhasil dalam perlawanan besar. Datuk Ong Kim Swee perlu menurunkan Nazmi Faiz di bahagian tengah untuk mengawal tempo permainan. Antara Thamil dan Rozaimi perlu bersaingan untuk mengisi posisi serangan. Saavindran dan Ashri Chucu bermain cemerlang dan boleh dikekalkan.



Formasi 4-5-1 nampak lebih sesuai dengan Malaysia kerana kita bermain secara posession football. Indonesia yang berjaya menewaskan Myanmar tidak boleh dipandang mudah. Mereka juga finalis bola sepak Sukan SEA 2011 sebelum tewas sepakan penalti kepada Harimau Muda.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming Malaysia vs Vietnam Sukan SEA 17 Disember 2013 | Astro Arena

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

JANGAN KALAH!

SUKAN SEA MALAYSIA HARIMAU MUDA VS VIETNAM B23 17 DIS 2013, JADUAL MALAYSIA VS VIETNAM SUKAN SEA 2013

Keputusan akhir : Malaysia 2-1 Vietnam

Petang ini adalah penentu sama ada Malaysia akan layak ke separuh akhir bola sepak Sukan SEA 2013 atau pulang dengan tangan kosong. Peluang awal terlepas apabila kita hanya mampu seri 1-1 dengan Singapura tempoh hari. Malaysia tidak boleh kalah dalam perlawanan menentang Vietnam jika mahu layak seterusnya menjadi juara kumpulan.



Ya benar. Kalau Malaysia seri sekalipun kita akan menjadi juara kumpulan. Kenapa? Nanti kita akan lihat. Jika layak ke pusingan separuh akhir, Malaysia akan bertemu Indonesia yang tidak disangka-sangka menewaskan tuan rumah yang penuh kontroversi, Myanmar dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.



Walaupun berkongsi mata, tetapi format Sukan SEA mengambil kira pertemuan kedua pasukan yang terlibat. Apabila Indonesia berjaya mengalahkan Myanmar secara automatik perbezaan jaringan tidak dikira. 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/