Pameran PC Fair 6 - 8 Disember 2013 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

PC FAIR 2013 (III)


pikom pc fair 2013 disember, lokasi pc fair 2013 bulan disember, pameran it komputer disember 2013


Pameran komputer terbesar, PC Fair 2013 akan berlangsung esok di KL Convention Centre bermula pada 6 hingga 8 Disember 2013. Sempena musim cuti sekolah, PC Fair akan sesak dengan pelawat tak kira dewasa atau kanak-kanak. Jadi datanglah awal supaya anda boleh membeli belah dengan selesa.


Program : PC Fair 2013

Tarikh : 6 - 8 Disember 2013

Tempat : KL Convention Centre (Sebelah KLCC)

Masa : 11 pagi - 9 malam

Bayaran Masuk : PERCUMA

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Penuh Harimau Muda vs FC Ryukyu | 4 Disember 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

PERTUKARAN TAKTIK PUNCA KEMENANGAN

TAKTIKAL ONG KIM SWEE DENGAN HARIMAU MUDA, KEPUTUSAN HARIMAU A VS RYUKYU FC, GOL THAMIL ROZAIMI VS FC RYUKYU 2013

Keputusan akhir : Malaysia 3-1 FC Ryukyu

Jurulatih yang hebat akan membuat pertukaran secepat mungkin dan mampu menaikkan semangat pemain di saat pasukan ketinggalan. Dibelenggu masalah kecederaan serius yang menimpa beberapa tonggak pemain utama Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee tidak mudah panik. Misi pertahankan pingat emas Sukan SEA sentiasa menjadi keutamaan beliau.



Di sini para peminat boleh lihat perbezaan dua orang Datuk. King Gobal lebih gemar memilih pemain yang sama walaupun tidak menunjukkan prestasi yang baik. Ong Kim Swee pula menetapkan syarat supaya buktikan kualiti persembahan di atas padang sebelum dipilih. Sebab itu kenapa pasukan Harimau Muda bermain lebih baik.



Gol dari Thamil (47') dan Rozaimi (50',91) meletakkan Harimau Muda di depan setelah Shunta menghukum kesilapan pertahanan negara dalam separuh masa pertama. Perlawanan ini memberi gambaran kepada Ong Kim Swee tentang barisan terbaik yang akan dibawa ke Myanmar minggu depan. Short passing dan kepantsan counter attack menjadi senjata utama pasukan Malaysia. Tahniah! Anda semua penyelamat maruah bola sepak negara.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming Malaysia B23 vs FC Ryukyu | 4 Disember 2013 di Astro Arena

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

PERSAHABATAN HARIMAU MUDA

MALAYSIA B23 VS FC RYUKYU DI ASTRO ARENA WAKTU MALAYSIA, HARIMAU MUDA A VS FC RYUKYU 4 DISEMBER 2013
kredit : Astro Arena 801
Keputusan akhir : Malaysia 3-1 FC Ryukyu

Malam ini skuad harapan negara yang dibarisi pemain bawah 23 tahun akan melayan kunjungan kelab divisyen 3 Jepun, FC Ryukyu di Stadium MBPJ pada jam 8.45 malam. Anda boleh saksikan secara langsung di Astro Arena (801) atau live streaming di sini. Perlawanan persahabatan ini merupakan persediaan terakhir Malaysia sebelum ke Myanmar minggu depan.



Jurulatih FC Ryukyu menyatakan minatnya untuk mendapatkan lebih ramai pemain Harimau Muda. Wan Zack Haikal dan Nazirul Naim antara pemain negara yang sudah beraksi bersama kelab Jepun itu.



Bagi mengelakkan kecederaan pemain, Datuk OKS akan membuat pertukaran di setiap babak perlawanan di samping menguji beberapa pemain untuk beraksi lebih dari satu posisi. Ini penting untuk menghadapi sebarang kemungkinan sewaktu beraksi di Sukan SEA 2013 nanti. Jadual penuh di sini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/