Harga Tiket Final Piala Malaysia 2013 | Kelantan vs Pahang

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

TIKET MULA DIJUAL RABU INI

TIKET FINAL PIALA MALAYSIA 2013 PAHANG VS KELANTAN, HARGA TIKET PAHANG VS KELANTAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2013
kredit : sokernet.com




Tiket Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2013 antara Kelantan vs Pahang akan mula dijual Rabu ini. Sebanyak 75,000 keping tiket disediakan FAM untuk dijual kepada peminat bola sepak tempatan. Harga tiket ditetapkan pada RM 40 untuk dewasa dan RM 5 untuk kanak-kanak.



Dari sejumlah 75,000 tiket, 30,000 diperuntukkan kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan 30,000 lagi untuk Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP). Baki 15,000 tiket akan dijual di kaunter Pintu A dan C Stadium Shah Alam mulai jam 9 pagi, 30 Oktober 2013.



Peminat yang berada di Kelantan dan Pahang boleh dapatkan tiket di negeri masing-masing pada hari yang sama. Untuk makluman, pintu masuk stadium pada hari perlawanan akan dibuka mulai 3 petang. Pintu B dan C untuk penyokong Kelantan manakala pintu A dan D untuk penyokong Pahang.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Panas] Tiket Final Super Spontan 2013 | 1 November Sungai Petani Kedah

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , ,

PAS MASUK PERCUMA SUPER SPONTAN 2013


TIKET FINAL SUPER SPONTAN 2013, HARGA TIKET PAS MASUK FINAL SUPER SPONTAN 2013 1 NOVEMBER, LOKASI TIKET FINAL SUPER SPONTAN 1.11.2013

Updates : Keputusan Final Super Spontan 2013 [Klik]

Minggu ini merupakan minggu terakhir pertandingan Super Spontan 2013. Tinggal 6 peserta sahaja yang akan merebut hadiah utama berjumlah RM 100,000. Siapakah juara pilihan anda antara Jep, Johan, Tauke, Yus, Nabil dan Rahim. Edisi Final Super Spontan 2013 akan diadakan di Dewan  Kenangan MPSP, Sungai Petani, Kedah.



Kepada mereka yang teringin untuk menyaksikan Final Super Spontan 2013 secara langsung boleh dapatkan tiket atau pas masuk percuma di perkarangan Dewan Kenangan MPSP bermula jam 10 pagi hingga 4 petang pada hari Jumaat ini (1 November 2013).



Tiket adalah terhad. Orang-orang Kedah jom pakat tengok! Jumaat korang cuti so boleh lah beratur panjang-panjang. Bagi yang tidak berkesempatan ke Sungai Petani, Kedah, anda boleh menyaksikan Siaran Langsung Final Super Spontan 2013 di kaca TV anda.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Siaran Langsung Capital One Cup 2013/14 4th round | Pusingan Ke-4

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

TEMPOH MENCABAR ARSENAL BERMULA


ARSENAL VS CHELSEA LIVE ASTRO 30.10.2013, NEWCASTLE VS MAN CITY LIVE ASTRO 31.10.2013


Arsenal akan melalui tempoh paling sukar dalam musim 2013/14 bermula dengan perlawanan menentang Chelsea dalam Piala Capital One minggu ini. Ramai penyokong mereka mula resah dengan susunan jadual ini tatkala mereka selesa di persada EPL. Maklum sajalah agak lama sejak kali terakhir Arsenal menjulang sebarang trofi.



Selepas itu, Arsenal akan menanti kunjungan sebuah lagi kelab yang juga bermula agak baik setakat ini, Liverpool. Kelebihan Liverpool musim ini ialah mereka tidak perlu bersusah-payah untuk bertanding dalam piala lain dan hanya bermain seminggu sekali sahaja (EPL).



Dalam perlawanan UCL, Arsenal akan bertandang ke Dortmund untuk mencari kemenangan bagi mencerahkan peluang layak ke pusingan kalah mati sebelum ke Old Trafford dalam perlawanan penting EPL menentang Manchester United.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/