LIVE ASTRO : LEE CHONG WEI VS CHEN LONG | FINAL TERBUKA DENMARK 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

PERLAWANAN AKHIR | DENMARK OPEN 2013


REKOD PERTEMUAN LEE CHONG WEI VS CHEN LONG 2013, LIVE CHEN LONG VS CHONG WEI 20.10.2013, BILA FINAL LEE CHONG WEI VS CHEN LONG DENMARK, JADUAL BADMINTON DENMAR OPEN WAKTU MALAYSIA

Updates : Lee Chong Wei kalah 22-24, 19-21

Tahniah kepada Datuk Lee Chong atas kejayaan mara ke final Kejohanan Badminton Terbuka Denmark 2013. Malam semalam Chong Wei dipaksa bekerja keras sebelum menang dalam rubber set menentang pemain muda China, Du Pengyu yang juga pilihan ke-3 kejohanan.



Agak merisaukan melihat prestasi Chong Wei dalam Terbuka Denmark. Sudah 3 kali beliau tewas dalam set pertama dan terpaksa menghabiskan perlawanan dalam 3 set. Antaranya ketika menentang Nguyen Tien Minh (19-21, 21-18, 21-7) Jan O Jorgensen (8-21, 21-18, 21-5) dan terbaru Du Pengyu (20-22, 21-6, 21-15).



Lawannya di final malam ini pemain ranking ke-2 dunia, Chen Long dan kesilapan itu diharapkan tidak diulang oleh Lee Chong Wei. Dalam perlawanan akhir tekanannya lebih tinggi dan psikologi memainkan peranan untuk muncul juara.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Video] Gol Perlawanan Pahang vs Sarawak | 19 Oktober 2013 Separuh Akhir Piala Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

TOK GAJAH MENGGANAS DI KUANTAN



Keputusan Penuh : Pahang 3-1 Sawarak


Tiga gol yang dijaringkan dalam masa 9 minit memberi Pahang kemenangan selesa ke atas Sarawak malam tadi. Alex muncul wira skuad Tok Gajah dengan menyumbat 2 gol pada minit ke-29 dan 33 sebelum Matias Conti menambah derita Sarawak dengan lob menarik dari jarak 30 meter (38'). Sarawak mendapat gol saguhati menerusi sepakan kapten pada malam itu, Shahrul yang terbias pada minit ke-40.



Gerakan Pahang lebih banyak tertumpu dari belah sayap kerana larian pantas Gopi kerap kali memberi tekanan kepada pertahanan Sarawak. Sani Anuar, penjaga gol Sarawak juga banyak melakukan kesilapan dan perlu bertanggungjawab terhadap gol ke-3 Pahang. Nantikan perlawanan separuh akhir kedua pada 26 Oktober 2013.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming Pahang vs Sarawak 19 Oktober 2013 | Separuh Akhir Piala Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

SIARAN LANGSUNG PAHANG VS SARAWAK


SIARAN TV1 PAHANG VS ASTRO 19 OKT 2013, LIVE SEPARUH AKHIR PIALA MALAYSIA 2013 PAHANG VS SARAWAK, LIVE STREAMING PAHANG VS SARAWAK 19 OKT 2013 DI ASTRO
kredit : www.mysumber.com

Keputusan Akhir : Pahang 3 - 1 Sarawak [Video Gol]

Setelah Kelantan meletakkan sebelah kaki ke Final Piala Malaysia semalam dengan kelebihan jaringan 2-1 ke atas ATM, malam ini giliran skuad Tok Gajah pula melayan Sarawak di Stadium Darul Makmur. Akhbar Metro membangkitkan isu dendam Sarawak kepada Pahang yang menyebabkan mereka terpaksa beraksi dalam Liga Perdana musim ini.



Pahang harus berhati-hati untuk tidak memberi sebarang gol kepada Sarawak jika mahu layak ke final nanti. Bak kata Dollah Salleh mereka perlu menang sekurang-kurangnya 2-0. Mereka mempunyai pemain yang pantas dan ini memberi kelebihan kepada mereka untuk melakukan counter attack.



Sarawak pula tidak kurang hebatnya dengan kehadiran Junior Edstal di bahagian tengah. Memiliki susuk tubuh yang tinggi dan tegap, Junior boleh menjadi ancaman kepada pasukan Pahang jika Sarawak dihadiahkan sepakan percuma dan sepakan sudut.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/