LIVE : LEE CHONG WEI VS DU PENGYU | SEMI FINAL TERBUKA DENMARK 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

SIARAN LANGSUNG SEPARUH AKHIR | DENMARK OPEN 2013


LEE CHONG WEI VS DU PENGYU LIVE ASTRO 2013, LIVE STREAMING LEE CHONG WEI VS DU PENGYU SEMI FINAL SEPARUH AKHIR TERBUKA DENMARK 2013

Keputusan akhir : Lee Chong Wei mng 20-22, 21-6, 21-15

Datuk Lee Chong Wei seperti biasa menjadi wakil tunggal dan harapan Malaysia untuk melakar kejayaan di Terbuka Denmark minggu ini. Terbaru beregu utama negara Koo Kient Keat / Tan Boon Heong tumpas kepada beregu Korea dalam perlawanan suku akhir awal pagi tadi.



Dalam acara perseorangan lelaki, Lee Chong Wei nyaris dikejutkan pemain tuan rumah Jan O Jorgensen sebelum bangkit untuk memenangi perlawanan rubber set itu. Jan O Jorgensen menang set pertama 21-8 dan hampir menewaskan pemain nombor satu dunia itu dalam set kedua. Bagaimanapun Lee Chong Wei menggunakan pengalamannya untuk mengawal keadaan dan merampas set kedua 21-18.



Seperti mendapat suntikan semangat baru, Lee Chong Wei terus mengasak dalam set ketiga dan menang 21-5.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Video] Gol Perlawanan ATM vs Kelantan | 18 Oktober 2013 Separuh Akhir Piala Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

KELANTAN DAPAT BEKALAN 2 GOL





Kelantan menewaskan ATM 2-1 di Stadium Selayang malam semalam. Gol Kelantan dijaringkan oleh Piya (15') dan Farhan (78') manakala gol tunggal ATM dijaringkan oleh Christie pada minit ke-19



ATM mensiakan peluang terbaik pada minit ke-14 menerusi Fitri Omar dan selang seminit Kelantan di depan dengan 1-0. Kekalahan ini menyukarkan laluan ATM ke final Piala Malaysia kerana Kelantan amat kebal di tempat mereka. Perlawanan separuh akhir kedua akan diadakan pada 25 Oktober 2013.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming ATM vs Kelantan 18 Oktober 2013 | Separuh Akhir Piala Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

SIARAN LANGSUNG ATM VS KELANTAN


LIVE STREAMING ASTRO ATM VS KELANTAN, SIARAN LANGSUNG ATM VS KELANTAN 18 OKTOBER 2013, LIVE ATM VS KELANTAN ASTRO ARENA, LIVE STREAMING TV1 ATM VS KELANTAN PIALA MALAYSIA, SEPARUH AKHIR PIALA MALAYSIA ATM VS KELANTAN 18 OKTOBER 2013, SEPARUH AKHIR ATM VS KELANTAN LIVE STREAMING
kredit : Speaker Pecah

Keputusan Akhir : ATM 1-2 Kelantan [Video Gol]


Malam ini akan berlangsung perlawanan pertama separuh akhir Piala Malaysia 2013 antara pasukan ATM dan Kelantan. Kelantan selaku penyandang juara sudah pasti ingin mempertahankan piala yang dimenangi mereka tahun lalu. ATM akan menggunakan kelebihan tuan rumah untuk mencari bekalan sebesar mungkin kerana mereka perlu ke Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu minggu depan.



Anda boleh menonton siaran langsung perlawanan ATM vs Kelantan di saluran TV1 atau Astro Arena (801) pada jam 8.45 malam. Perlawanan akan diadakan di Stadium MP Selayang, Selangor bukan lagi di Stadium Shah Alam ekoran bantahan dari pemain ATM yang mahukan keselesaan beraksi di laman sendiri.



Secara logiknya isu penonton yang ramai tidak timbul kerana tiket yang dijual seharusnya mengikut jumlah tempat duduk yang disediakan. Bukan hanya ingin mengaut keuntungan, soal keselamatan juga perlu diambil perhatian.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/