Keputusan Piala Capital One 2013/14 | Pusingan Ke-3

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

TIADA KEJUTAN BERLAKU


KEPUTUSAN PERLAWANAN PIALA CAPITAL ONE CUP 2013/14 MAN UTV VS LIVERPOOL 26 SEPTEMBER 2013



Sebanyak 11 perlawanan berlangsung pagi tadi dan seperti dijangka kesemua pasukan pilihan mara ke puisngan seterusnya. Kepada anda yang ketinggalan perlawanan Piala Capital One Pusingan ke-3 jangan bersedih. Follow Facebook dan Twitter untuk dapatkan info awal mengenai perlawanan bola sepak Inggeris.


Manchester City dan Tottenham yang berbelanja besar dalam musim perpindahan musim ini tiada masalah menewaskan lawan masing-masing dengan jaringan 5-0 dan 4-0. Manchester City menebus kekecewaan kalah kepada Wigan dalam Final Piala FA musim lalu manakala Jovetic mencatatkan nama sebagai penjaring dalam perlawanan itu.



Chelsea yang mendapat undian mudah juga menang di Swindon Town. Sementara itu, pasukan kebanggaan Malaysia, Cardiff City bagaimanapun tewas kepada West Ham sekaligus terkeluar dari saingan Piala Capital One 2013/14.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Aktiviti Karnival Usahawan Desa 2013 | 25 - 29 September di Putrajaya

Penulis: Que | Kategori: , , , ,

KUD 2013 PASTI MERIAH


BILA KARNIVAL USAHAWAN DESA 2013, DI MANA KARNIVAL USAHAWAN DESA 2013, BAYARAN TIKET KARNIVAL USAHAWAN DESA 2013,AKTIVITI PAMERAN KUD 2013



Karnival Usahawan Desa 2013 merupakan siri kelima yang akan diadakan selama lima hari bermula 25 hingga 29 September 2013 bertempat di Laman 1 Malaysia, Persint 2, Putrajaya. Acara ini menyasarkan hasil jualan sebanyak RM 5 juta dengan menjangkakan jumlah pengunjung seramai 700, 000 orang.



Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan. Seramai 600 usahawan seluruh Malaysia akan mengambil bahagian dalam program kali ini. Antaranya demo masakan dan produk, 60 minit Ustaz Don, permainan rakyat, persembahan kebudayaan dan macam-macam lagi.



Bermula pada jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari, karnival ini bakal dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 26 September2013.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Perlawanan Akhir Lee Chong Wei vs Kenichi Tago | Final Badminton Terbuka Jepun 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

MALAYSIA VS JAPAN

statistik lee chong wei vs kenichi tago 2013 japan open, siaran langsung live streaming LEE CHONG WEI VS KENICHI TAGO TERBUKA JEPUN 2013


Updates : Lee Chong Wei mng 23-21 21-17


Tahniah Datuk Lee Chong Wei yang baru saja memenangi perlawanan separuh akhir sebentar tadi. Lawan dari Vietnam, Nguyen Tien Minh nyata tidak setanding dengan pemain nombor satu dunia itu apabila mudah dijinakkan dengan straight set 21-10 21-5. Kini hanya pemain tuan rumah, Kenichi Tago yang menjadi penghalang untuk Lee Chong Wei merebut kejuaraan Super Series 2013.



Kenichi Tago yang juga pilihan ke-7 kejohanan menewaskan pemain muda China Gao Huan 21-12 21-12. Dari segi rekod, Datuk Lee Chong Wei belum pernah tewas kepada Tago. Kali terakhir mereka bertemu di Terbuka India 2013 dalam rubber set. Tetapi bermain di hadapan penyokong sendiri kali ini agak sukar untuk kita jangkakan.


Sama-sama kita berikan sokongan padu kepada wira tunggal negara petang esok. Lee Chong Wei vs Kenichi Tago.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/