UCL : Keputusan Perlawanan Barcelona vs AC Milan | 13 Mac 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

MESSI BUKTIKAN DIRINYA MASIH BERBISA

KEPUTUSAN PERLAWANAN BARCELONA VS AC MILAN 13 MAC 2013,GOL BARCELONA MESSI

FT : Barcelona 4-0 AC Milan


Messi menjaringkan 2 gol untuk membantu pasukan Barcelona bangkit dari ketinggalan 2 gol di tempat lawan. Barcelona layak ke suku akhir dengan agregat 4-2. Kini peluang Barcelona kembali cerah dalam kempen UEFA Champions League.


AC Milan nyata gagal mengulangi corak bertahan yang dipamerkan 3 minggu lalu. Messi meledak seawal minit ke-5 dan menambah jaringan sebelum tamat masa pertama. Villa dan Alba masing-masing menjaringkan gol di separuh masa kedua untuk memberikan kemenangan selesa kepada pasukan tuan rumah


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

KENAIKAN ISTIMEWA GAJI PENJAWAT AWAM JULAI TAHUN 2013

Penulis: Que | Kategori: , , ,

BERITA BAIK UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN DENGAN GAJI MAKSIMUM


MUAT TURUN PEKELILING KGT 2013, KENAIKAN GAJI TAHUNAN KAKITANGAN PENJAWAT AWAM KERAJAAN TAHUN 2013


Keputusan Permohonan PPA1M Putrajaya [Klik sini]


Semalam Perdana Menteri mengumumkan kenaikan gaji tahunan (KGT) bagi semua penjawat awam yang sudah mencapai gaji maksimum dalam skala gaji mereka. Atau bahasa gomen kita panggil 'langgar dinding'. Pertambahan sebanyak tiga (3) tangga gaji khas berkuatkuasa 1 Januari 2013. Contohnya untuk gred 17 KGT sebanyak RM 90, mereka akan nikmati kenaikan selama 3 tahun lagi bermula 2013.



Selain itu bagi semua penjawat awam akan menerima kenaikan gaji tahunan (KGT) istimewa  pada JULAI 2013. Difahamkan dalam pekeliling tersebut pada tahun 2014 kenaikan masih seperti biasa. Kenaikan sebanyak RM 80 - RM 320 mengikut gred.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

FA CUP : Keputusan Perlawanan Manchester United vs Chelsea | Suku Akhir 11 Mac 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

 UNITED MENSIAKAN 2 GOL AWAL


FT : Manchester United 2-2 Chelsea

Dua (2) gol awal dalam 11 minit gagal digunakan oleh Manchester United untuk menempah tempat ke separuh akhir Piala FA 2012/2013. Chelsea memulakan perlawanan dengan kesilapan Cech yang cuba keluar dari kawasan gol untuk menangkap bola tinggi Carrick. Chicharito yang sering menjadi masalah untuk pertahanan Chelsea mudah menanduk masuk ke arah gawang yang terbuka pada minit ke-5.


Selang 6 minit kemudian, giliran Rooney pula menambah derita Chelsea dengan gol sepakan percuma yang menerjah masuk ke jaring melepasi semua pemain dalam kotak penalti. Jika dilihat dari penguasaan bola United sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk menambah jaringan. 2 peluang terbaik disiakan Rooney dan Chicharito.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/