NO COMMENTS
Rebat Tol 20 Peratus Untuk Semua Lebuhraya PLUS Sempena Hari MERDEKA 2013
Penulis: Que | Kategori: event , jimat duit , lebuh raya , merdeka , plus , rebat , smarttag , tol , touch n go
KEMPEN SISTEM PEMBAYARAN ELEKTRONIK
Updates : Tol percuma di LDP dari 12.01 am hingga 11.59 pm (31 Ogos 2013)
Sempena Hari Kemerdekaan ke-56 yang bakal tiba, pihak PLUS dengan bermurah hati memberikan rebat tol untuk semua lebuhraya kendalian PLUS kecuali di Plaza Tol Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar dan jambatan Pulau Pinang. Rebat sebanyak 20 peratus ini hanya akan dinikmati pada tanggal 31 Ogos 2013 dan pengguna yang menggunakan sistem elektronik seperti kad PLUSMiles, Touch 'n Go dan SmartTAG.
Ini adalah salah satu langkah PLUS untuk memeriahkan sambutan Hari Merdeka 2013 dan juga sebagai strategi menggalakkan pengguna lebuhraya menggunakan sistem elektronik yang lebih cepat dan tepat. Rebat boleh dituntut di pusat khidmat pelanggan PLUS apabila pengguna menambah nilai kad elektronik mereka 16 September hingga 15 Disember ini.
Tips : Gunakan Touch & Go untuk menjimatkan masa mencari duit tol yang tepat atau menunggu baki duit dari jurutol.
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq