NO COMMENTS
Live Streaming Selangor vs Singapura | Piala Sultan Selangor 28 September 2013
Penulis: Que | Kategori: 2013-2014 , bola sepak , jadual , keputusan perlawanan , live streaming , pemain , piala sultan selangor , rekod , selangor , siaran langsung , singapura , sukan , tv3
PIALA MILIK SIAPA?
Malam esok merupakan malam yang sangat dinanti-nantikan oleh penyokong pasukan negeri Selangor yang akan berentap dengan pasukan pilihan Singapura bagi merebut Piala Sultan Selangor 2013 edisi ke-12. Kekecewaan gagal mara ke pusingan suku akhir Piala Malaysia masih dirasai. Kemelut itu membawa kepada perletakan jawatan jurulatihnya Irfan Bakti akhir bulan Ogos lalu.
P. Maniam yang dilantik sebagai jurulatih sementara berjaya mendapatkan kemenangan sulung Selangor di kempen Piala Malaysia 2013 apabila mereka menundukkan Johor 2-1 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.
Misi penting malam esok tidak boleh dipandang enteng. Skuad pilihan Singapura bakal membariskan pemain utama mereka seperti Aleksandar Duric (Tampines Rovers FC) yang pernah menjadi duri dalam daging ketika menentang pasukan Malaysia.
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq