Home » , , , , , » Cara Menggunakan Google Street View Malaysia | Lihat Pemandangan 360 Darjah Dari PC Anda

Cara Menggunakan Google Street View Malaysia | Lihat Pemandangan 360 Darjah Dari PC Anda

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

JALAN-JALAN DENGAN INSTANT STREET VIEW

Jalan Taman Zooview di Kemensah


Google Malaysia memperkenalkan satu lagi perkhidmatan atas talian yang membolehkan pengguna melihat jalan-jalan di Malaysia (Semenanjung sahaja) secara 'real view' dan 360 darjah. Instant Street View berfungsi untuk memudahkan pengguna mengenali kawasan sekitar lokasi dan juga bangunan 'landmark' sebelum tiba di sesuatu destinasi.



Contohnya seperti gambar di atas, bagi pengguna yang mencari lokasi Zoo Negara akan keluar gambar jalan berhampiran beserta kenderaan yang dirakam sewaktu pembangunan perkhidmatan ini (bukan 'real time' view). Konsepnya mudah sekali. Anda cuba cari alamat rumah anda. Pasti anda akan terkejut bila melihat gambar itu nanti.



Tetapi jangan risau kerana projek ini atas usaha sama Google dan Tourism Malaysia. Semua integriti maklumat dalam gambar tidak akan didedahkan termasuk nombor rumah dan nombor plat kenderaan.



Bagi sesiapa yang ini mencuba boleh layari www.instantstreetview.com. Perkhidmatan ini diintegrasikan bersama Google Maps. Anda hanya perlu taipkan lokasi pilihan di ruangan carian dan alihkan ikon 'people' di sekitar peta untuk lihat kawasan berhamprian.



Klik rajah untuk lebih jelas


Instant Street View di KLCC



Langkah-langkah menggunakan Google Instant Street View. (Rujuk gambar di atas)

1. Taip nama jalan atau lokasi

2. Klik ikon 'Toggle maps/street view'

3. 'Drag mouse' ke kiri atau kanan dalam pusingan 360 darjah

4. Klik semula ikon 'Toggle maps/street view'

5. Ubah destinasi atau jalan dengan 'drag' ikon 'people' ke ke kawasan lain

6. Ulang langkah 2 hingga 5 jika perlu.



Nota : Hanya jalan yang berwarna biru sahaja yang ada 'street view'

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

2 Responses to " Cara Menggunakan Google Street View Malaysia | Lihat Pemandangan 360 Darjah Dari PC Anda "

  1. Hasbullah Pit Says:

    Tutorial menarik...

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  2. Que Says:

    @Hasbullah Bin Pitterima kasih tuan ;)

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets