Home » , , , , , , , , , , , , , , » Live Perlawanan Akhir Lee Chong Wei vs Lin Dan | Final Badminton Dunia 2013

Live Perlawanan Akhir Lee Chong Wei vs Lin Dan | Final Badminton Dunia 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

NO. 1 DUNIA VS PENYANDANG JUARA DUNIA




Beliau sudah memenangi kesemua gelaran badminton dunia. Pemain handalan China ini tidak lagi memikirkan tentang ranking. Yang pasti beliau mahukan gelaran Juara Kejohanan Badminton Dunia 2013. Itulah Lin Dan, pemain kidal yang sering mencetuskan kontroversi di sebalik penarikan diri beliau dalam kejohanan super series kebelakangan ini.



Halangan terakhir ini perlu dihadapi oleh wakil negara,  Lee Chong Wei yang berazam menamatkan kemarau pingat emas dalam Final Kejohanan Badminton Dunia 2013. Kelebihan sudah pasti memihak kepada Lin Dan yang bermain di tempat sendiri di hadapan ribuan. Lee Chong Wei perlu menguatkan mental dan fizikal sebelum turun ke gelanggang petang ini.



China terkenal dengan muslihat mereka. Mereka sedaya upaya cuba untuk mengganggu fokus Lee Chong Wei seterusnya memadamkan harapan Malaysia untuk menamatkan kemarau pingat emas. Rekod pertemuan kedua pemain jelas menunjukkan Lin Dan lebih gagah dalam pertandingan kelas dunia. Lihat statistik di bawah dan renungkan.



HEAD TO HEAD LIN DAN VS LEE CHONG WEI 2013



Perbezaan ranking yang begitu ketara. 285 tangga membezakan dua jaguh dunia ini. Tetapi rekod masih dipegang oleh Lin Dan. 70 % kemenangan ke atas Datuk Lee Chong Wei jelas memberi gambaran apakah yang akan berlaku esok. Rakyat Malaysia hanya mampu terus menyokong dan mengharapkan keajaiban.


Jadual Perlawanan Akhir Kejohanan Badminton Dunia 2013


JADUAL PENUH PERLAWANAN AKHIR FINAL BADMINTON DUNIA 2013 CHINA, JADUAL LEE CHONG WEI VS LIN DAN WAKTU MALAYSIA 11 OGOS 2013


Hanya kategori beregu lelaki menyaksikan tiada wakil China di perlawanan akhir Kejohanan Badminton Dunia 2013. Adakah Lee Chong Wei mampu memenangi pingat emas untuk Malaysia?



Siaran Langsung Final Kejohanan Badminton Dunia2013

11 Ogos 2013 (Ahad)

Bermula jam 1.00 pm waktu Malaysia



Perlawanan ke 5 : Lee Chong Wei vs Lin Dan

Dijangka jam 6.00 pm waktu Malaysia ke atas

Live @ Astro Supersport 4 (817) HD (835)





Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Live Perlawanan Akhir Lee Chong Wei vs Lin Dan | Final Badminton Dunia 2013 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets