Home » , , , , » UCL : Siaran Langsung Perlawanan Real Madrid vs Manchester United 2013

UCL : Siaran Langsung Perlawanan Real Madrid vs Manchester United 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , ,

REAL MADRID VS MANCHESTER UNITED | LAST 16 
UEFA CHAMPIONS LEAGUE 2012/2013

JADUAL SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN REAL MADRID VS MANCHESTER UNITED VS REAL MADRID UEFA CHAMPHIONS LEAGUE LAST 16 PUSINGAN KALAH MATI 2013,REKOD PERTEMUAN REAL MADRID VS MANCHESTER UNITED,RONALDO DEGEA IKER CASILLAS

Updates : Jadual Perlawanan 2nd Leg Man Utd vs Real Madrid [Klik]


Perlawanan tumpuan dalam pusingan kalah mati 16 terakhir UEFA Champions League bakal menemui anda. Real Madrid vs Manchester United mungkin terlalu awal dan salah satu pasukan akan terkeluar dari saingan Eropah dalam masa 3 minggu.


Tapi apakan daya undian telah dilakukan dan Real Madrid hanya mampu menjadi naib juara peringkat kumpulan di belakang Dortmund. Dari 6 kebarangkalian atau 16.67 % pasukan diundi,  pertembungan Jose Mourinho dan Sir Alex Ferguson paling ingin dielakkan dalam pusingan last 16.


Rekod pertemuan terakhir memihak kepada Real Madrid dalam peringkat suku akhir musim 2002/2003 . Mereka layak ke separuh akhir dengan agregat 6-5. Perlawanan pertama di Bernabeu Madrid menang 3-1 hasil jaringan Figo dan Raul manakala United pada ketika itu bergantung pada gol Van Nistelrooy.


Highlight Perlawanan Klasik Manchester United vs Real Madrid 2003





Dalam perlawanan kedua di Old Trafford United menang 4-3 tapi sudah terlalu lewat dengan Ronaldo (Brazil) menewaskan Barthez 3 kali. Nistelrooy dan Beckham menjaringkan gol untuk United.


10 tahun berlalu. Harap tuah kali ini memihak kepada United



Sebagai peringatan dan maklumat kepada korang semua, perlawanan kalah mati UCL mementingkan gol tempat lawan. Jika keputusan agregat terikat maka jumlah gol tempat lawan akan dikira. Boleh baca peraturan UCL di sini [klik]


Jadi perlawanan kali ini mungkin akan ditentukan menerusi gol tempat lawan. United perlu dapatkan gol di Stadium Bernabeu walaupun tugas itu nampak sukar. Peluang ini perlu digunakan kerana Real Madrid mungkin terpaksa beraksi tanpa kapten mereka Iker Casillas yang tercedera.






De Gea akan kembali ke negara asalnya manakala Cristiano Ronaldo akan bertemu bekas pasukan yang memenangi UEFA Champions League pada musim 2008/2009.


Prestasi United kini berada pada tahap terbaik dan hanya bolos 6 dari 9 perlawanan sejak kembalinya Vidic dalam barisan utama pada awal Januari. Yang pastinya pertahanan United perlu bekerja keras untuk menghalang jentera serangan Madrid yang beraksi di hadapan penyokong mereka.



Barisan United ke Madrid..

De Gea, Lindegaard; Büttner, Evans, Evra, Ferdinand, Jones, Rafael, Smalling, Vidic; Anderson, Carrick, Cleverley, Giggs, Nani, Valencia, Young; Hernandez, Kagawa, Rooney, van Persie, Welbeck.



Jadual Penuh Perlawanan Pusingan Kalah Mati UEFA Champions League [Klik]


 


Nota : Siapa belum updates pasukan fantasy UCL sila ambil tindakan segera [Link]

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

2 Responses to " UCL : Siaran Langsung Perlawanan Real Madrid vs Manchester United 2013 "

  1. MalizaMah Says:

    TAK SABAR NAK TUNGGU MAN UTD BERAKSI.

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  2. Que Says:

    @Leeza dayasari [santai leeza] Jom set alarm kul 3.45 am. Hehe

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets