Home » , , , , , , » LEE CHONG WEI VS JAN O JORGENSEN | SEMI FINAL BADMINTON MALAYSIA OPEN 2013

LEE CHONG WEI VS JAN O JORGENSEN | SEMI FINAL BADMINTON MALAYSIA OPEN 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

SEPARUH AKHIR PERSEORANGAN LELAKI | MAYBANK OPEN 2013




Updates : Lee Chong Wei  mng 21-13,17-21,21-12

Hanya tinggal seorang wakil negara dalam kategori perseorangan lelaki dalam pusingan separuh akhir Badminton Terbuka Malaysia 2013. Selebihnya terkandas walaupun beraksi di halaman sendiri. Tidak seperti pemain China, apabila mereka beraksi di tempat mereka, begitu jelas dominasi China dalam semua kategori.


Inilah cabaran dan hakikat yang perlu peminat badminton Malaysia faham dan terima. Sukan kita sering dikuasai oleh orang politik. Hala tuju perjuangan asal untuk menaikkan nama negara sudah tidak jelas. Masing-masing ada kepentingan peribadi dan kedudukan yang perlu dipertahankan. Redha sajalah..


Tahun 2013 nampaknya kita masih lagi bergantung pada kudrat dan semangat Datuk Lee Chong Wei untuk membawa nama Malaysia ke peringkat tertinggi dalam arena badminton. Tatkala Lin Dan sedang berehat makan kuaci sambil memberi ruang kepada pemain muda China, Datuk masih giat melompat di tengah gelanggang.


Akhirnya, bila tiba perlawanan penting di kejohanan dunia, Malaysia masih lagi gagal menewaskan atlet negara China yang mempunyai 4@5 orang pemain yang bertaraf dunia. Keletihan dan kecederaan akan menjadi punca bila kejayaan gagal dikecapi.


Datuk Lee Chong Wei mara ke semi final selepas menundukkan lawan dari Hong Kong, Hu Yun dengan straight set 21-12 21-9. Lawannya Jan O Jorgensen menwaskan pemain muda negara Liew Daren dalam perlawanan rubber set.


Jika dilihat rekod head to head, Lee Chong Wei mempunyai kelebihan 5-1. Jadi diharapkan wakil tunggal negara ini mampu menceriakan peminat sukan tempatan. Lawan yang akan menanti di peringkat akhir mungkin Kenichi Tago, Sasaki Sho atau pun Sony Dwi Kuncoro.

 



 Anda pengguna tegar Android? Jom download app games badminton dalam smartphone @ tablet anda



 
Saksikan perlawanan Lee Chong Wei vs Jan O Jorgensen pada esok hari di Stadium Putra Bukit Jalil

Separuh Akhir Badminton Terbuka Malaysia 2013



19 Januari 2013 (Sabtu)

Live @ Astro Arena (810) Super Sport (811) HD (833)

Bermula jam 2.00 pm waktu Malaysia




Jadual perlawanan dan maklumat tiket boleh didapati di sini [Klik] 

 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " LEE CHONG WEI VS JAN O JORGENSEN | SEMI FINAL BADMINTON MALAYSIA OPEN 2013 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets