EPL : Siaran Langsung Perlawanan Manchester United vs Liverpool | 13 Januari 2013
Penulis: Que | Kategori: analisis , bola sepak , EPL , manchester united , sukan
PERTEMBUNGAN HEBAT DUA KELAB INGGERIS
Walaupun 21 mata memisahkan kedua pasukan ini, tiada siapa yang boleh menyangkal sejarah musuh ketat ini suatu ketika dahulu. United sudah pasti ingin mengekalkan penguasaan di takhta liga. Liverpool pula ingin menebus kekalahan di Anfield tempoh hari.
Keputusan dengan 'big four' musim ini sangat membanggakan. Menang ketika menentang Manchester City@Away (3-2), Liverpool@Away (2-1), Chelsea@Away (3-2) dan Arsenal@Home (2-1). Fakta menarik ialah Robin Van Persie menjaringkan gol dalam setiap perlawanan. Pembelian yang berbaloi-baloi kan.
Prestasi United agak cemerlang sejak kebelakangan ini. Sejak tewas kepada Norwich pada 17 November 2012, pasukan Manchester United telah mengutip 25 mata dari 27 mata. Dalam 15 perlawanan terakhir pula, United mengutip 40 mata dari 45 mata. Perlawanan malam esok amat penting bagi mengekalkan momentum kemenangan.
Sana sini orang bercakap pasal dua penyerang terbaik dalam EPL baut masa ni. Sebenarnya tak jauh beza kualiti masing-masing. Cuma di Manchester United beban menjaringkan gol dikongsi sama rata antara Van Persie, Rooney & Chicharito. Tapi di Liverpool tanggungjawab dipikul oleh Suarez seorang. Jika dilihat dari statistik 'Shots On Target" Suarez melebihi Van Persie antara faktor jelas Liverpool tiada penyerang lain. Hanya baru-baru ini mereka membeli Sturridge dari Chelsea
SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN ENGLISH PREMIER LEAGUE
Manchester United vs Liverpool
13 Januari 2013 [Ahad]
9.30 pm waktu Malaysia
Live @ Astro ESPN (812) HD (832)
Link Live Streaming [klik]
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
Leave a Reply
Terima kasih atas komen anda :)
Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK
Selamat Mencuba..