Home » , , , , , » EPL : Manchester United Seri Kali Ke-2 | Peminat City Gembira

EPL : Manchester United Seri Kali Ke-2 | Peminat City Gembira

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

KEPUTUSAN PERLAWANAN TOTTENHAM VS MANCHESTER UNITED


Full Time : Tottenham 1 - 1 Manchester United


Perlawanan sengit malam tadi berakhir dengan keputusan seri 1-1. Kedua pasukan terpaksa bekerja keras beraksi dalam cuaca sejuk dan bersalji. United mendahului pada minit ke-25 menerusi penyerang sensasi Robin Van Persie. Namun kekebalan benteng United akhirnya bocor pada minit terakhir perlawanan apabila Dempsey menolak masuk bola ke dalam gawang United.


SAF menurunkan barisan yang hampir sama ketika menentang Liverpool. Hanya Young digantikan dengan Jones untuk menguatkan barisan tengah. Jika dilihat dari keputusan di Old Trafford, United pada waktu itu tewas 2-3 dengan Aaron Lennon dan Gareth Bale mengganas dalam perlawanan tersebut.


Menyedari akan bahayanya counter attack Spurs, SAF mengekalkan pertahanan yang sama dibantu oleh Carrick dan Jones di bahagian tengah. Welbeck yang bermain cemerlang dalam derby diberi kepercayaan untuk mengisi bahagian sayap ketika Nani & Valencia masing-masing out of form.


Keputusan ini seharusnya membuatkan penyandang Juara EPL, Manchester City dan peminat mereka bertepuk tangan. Kelebihan 5 mata memang tidak banyak memandangkan komitmen City kini hanya tinggal piala domestik sahaja. Ini bermakna mereka akan fokus untuk EPL dan Piala FA selang seminggu.






Ini berbeza dengan Manchester United yang masih perlu memikirkan tentang Liga Juara-Juara Eropah menentang Real Madrid. 2 perlawanan timbal balik midweek akan diapit oleh perlawanan EPL dan Piala FA. Walaupun begitu, United masih mampu mengharungi semua perlawanan disebabkan mereka mempunyai skuad yang besar. Even SAF boleh menurunkan 11 pemain berbeza dalam 2 perlawanan.



pasukan handalan epl 8 top teams epl



AWAS! Jangan terlalu gembira kerana selepas tamat perlawanan dengan Tottenham, United sudah bermain hampir kesemua pasukan top 8 EPL musim 2011/2012 di tempat lawan kecuali Arsenal. Man City (menang 3-2) Chelsea (menang 3-2) Everton (kalah 0-1) Liverpool (menang 2-1) Newcastle (menang 3-0) & Tottenham (seri 1-1)


City sebaliknya masih perlu bertandang ke Goodison Park (Everton), Old Trafford (Man Utd) dan White Hart Lane (Spurs). Ketiga-tiga ini bukan perlawanan yang mudah.


Sedikit analisa Perlawanan Tottenham vs Manchester United


1) United hanya berjaya melakukan 4 shots on target ke arah pintu gol Spurs (17)

2) Aaron Lennon - Man Of The Match dengan larian pantas dan skill yang tinggi

3) De Gea menyelamatkan cubaan awal Dempsey untuk gol penyamaan

4) Ronney gagal memperoleh sepakan penalti apabila dikasari Caulker

5) United dan Spurs hanya menggunakan 2 orang pemain gantian

6) Counter attack kedua pasukan memang hebat



Seri adalah keputusan yang adil. Mungkin United perlu menggunakan peluang dengan lebih baik dan mencari gol ke-2 untuk berada dalam keadaan selesa.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

2 Responses to " EPL : Manchester United Seri Kali Ke-2 | Peminat City Gembira "

  1. miss yatie Says:

    KY pun pentokong MU juga, nasib baik serikan? eeemmm...hihi

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  2. Que Says:

    @ KY : aah seri lg bgus dari kalah. lgpun Spurs kt tmpt dorg mmg kuat ;)

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets